Simpanan Dropbox

Sunday, January 8, 2017

Salam.. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang software(perisian) penyimpanan fail online iaitu Dropbox. Sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat untuk menyimpan fail-fail secara online antaranya photobucket, mediafire, dan sebagainya. 

Tapi bagi saya perisian dropbox adalah cara yang paling mudah untuk digunakan, hanya copy paste dan selamat digunakan. Ia mempunyai kapasiti penyimpanan data sehingga 2GB dan menyokong pelbagai jenis file. Bagi saya, kapasiti sebesar 2GB sudah mencukupi untuk hanya simpan fail.

Cara penggunaan dropbox adalah, masukkan fail dalam folder dalam komputer anda, dan secara automatik akan dimasukkan dalam server online.

Untuk menggunakannya, ikuti langkah berikut.
1. Create Akaun disini
2. Dowload Dropbox.
3. Kemudian, Install Dropbox di komputer anda.


4. Pilih samada anda sudah mempunyai akaun ataupun belum.


5. Selepas siap install. Buka fail Dropbox. My Dropbox => Public. Seterusnya, Paste kan fail anda disini dan kemudian klik kanan pada fail dan copy public link. Tapi sebelum copy public link, pastikan icon pada fail telah bertukar seperti anda lihat dibawah. Tanda warna hijau.


6. Paste kan link dimana-mana yang anda suka..Ok siap.. Mudah kan.

*Untuk memastikan fail tersebut dapat access ataupun tidak. Anda boleh paste kan link pada address di browser anda.
DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.