Senarai 10 Model Kereta Turun Harga

Wednesday, June 12, 2013


KUALA LUMPUR: Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

"Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini. BERNAMA

SENARAI 10 MODEL KERETA TURUN HARGA

1-PEUGEOT 108 - 11%
2-VOLKSWAGEN GOLF - 7.1%
3-PERODUA VIVA - 5.4%
4-PERODUA MYVI - 4.0%
5-PROTON PERSONA - 3,8%
6-PERODUA ALZA - 3.4%
7-PROTON PREVE - 3.0%
8-HONDA JAZZ HYBRID - 2.5%
9-PROTON SAGA - 1.1%
10-PROTON EXORA - 0.7%

* Walaupun harga kereta turun. Aku tetap setia pada yg satu.. MySaga FL...Hihi..;)

Cintalah Seseorang Kerana Kekurangnya...

Tuesday, June 11, 2013

Jika kamu mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum.
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu.
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan.
Jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih.
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!

Jika ingin BERCINTA :
janganlah cinta pada KELEBIHANNYA,
tetapi cintalah pada setiap KEKURANGAN yang ada pada dirinya,
kerana kekurangan itu yang MEMBEZAKAN dia dengan orang yang lain 

TULISAN : Pakar Diari Hati
DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.