Home » , , , » Olimpik London 2012 : Lee Chong Wei Hampiri misi emas

Olimpik London 2012 : Lee Chong Wei Hampiri misi emas

Saturday, August 4, 2012

SPONTAN...aksi Chong Wei sebaik menewaskan Chen Long, malam tadi.

LEE Chong Wei yang turun dengan tekad tidak mahu tewas, menampilkan riak wajah lega apabila memastikan final kedua berturut-turutnya selepas menundukkan pencabarnya dari China, Chen Long, semalam.

Kemenangan 21-13, 21-14 di separuh akhir itu bermakna dia hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah sebagai pemain pertama Malaysia memenangi pingat emas, sekali gus menebus kegagalannya di Beijing empat tahun lalu.

Cara Chong Wei menyingkirkan Chen Long yang pada mulanya dianggap mampu memberikannya tentangan, menggambarkan pemain negara itu sudah bersedia untuk melakukannya kali ini.

Dia akan bertemu Lin Dan yang mengecewakannya di final empat tahun lalu esok.

“Saya tidak sangka dapat menang selesa kerana persiapan saya sebelum ke Olimpik ini tidak begitu menyeluruh akibat kecederaan yang saya alami,” katanya.

Chong Wei yang meraikan kejayaannya dengan menunjukkan genggaman tangan ke udara, berkata dia memberitahu dirinya supaya menganggap sedang beraksi di final.

“Saya tidak mahu tewas, nanti sukar untuk buat persiapan dari segi mental sekali lagi apabila bermain bagi pingat gangsa,” katanya.

Jurulatih Tey Seu Bock berkata, Chong Wei mengawal perlawanan itu seperti mana yang dirancangkan sebelum dia turun ke gelanggang.

‘Kami merancang strategi agar Chong Wei mempelbagaikan aksinya di antara pantas dan perlahan bagi memerangkap Chen Long.

“Chen Long nyata tidak dapat memberikan aksi biasanya kerana dia tidak boleh menyaingi rentak Chong Wei,” katanya.

Chong Wei memulakan cabaran dengan selesa apabila mendahului 6-0 sebelum terlebih dulu meraih mata rehat dengan 11-4.

Dia kembali menguasai selepas itu dengan 19-10 sebelum menang dalam masa 23 minit.

Set kedua menyaksikan Chong Wei sekali lagi mendahului dari awal dengan tidak memberi ruang kepada lawannya untuk mengheret saingan itu ke set penentuan apabila mengambil masa 28 minit untuk memastikan tempatnya ke final.

Seu Bock menganggap yang perlawanan akhir nanti menentang Lin Dan, akan menggunakan taktik sama.

“Chong Wei hanya selangkah lagi sebelum memenangi emas dan kali ini kami mahu memastikan dia berjaya melakukannya kerana saya rasa dia boleh,” katanya.

Sumber : Harian Metro

1 dah komen:

proactol plus 1/30/2013 8:56 PM  

Chong wei tetap tak dapat menandingi Lin Dan...amat malang...chong wei lahir satu era dgn Lin Dan,,kekuatan mereka sama...cuma,,Lin Dan bijak bermain psikologi....

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.