Home » , , , , » Iktibar Daripada Sebatang Pensel

Iktibar Daripada Sebatang Pensel

Friday, July 6, 2012


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
Anak:”Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”
Ibu :”Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting dari itu iaitu pensel ini.”
Anak:”Apa yang istimewa tentang pensel ini?”
Ibu :”Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. mahu tahu?.”
Anak: “Ya, Ibu.”
Pertama.
Pensel Ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dlm hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu ALLAH S.W.T. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-NYA.

Kedua.
Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahkannya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut. tetapi hasilnya ia menjadi tajam & bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga.
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula, Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat.
Tahukah anak ibu, mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima.
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsif yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka.

Renung-renungkanlah!!!

Sumber : Bicara Islam

1 dah komen:

Wanzi 7/07/2012 5:01 PM  

Begitu besar maknanya yang tersirat dalam sebatang pensil... terima kasih kerana kongsi info ini....

p/s : Bro Mijie dah lama kita tak BW... sama-sama bz dgn kerjaya masing2... Selamat maju jaya...

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.