WYY 9999 dijangka jadi rebutan tahun depan

Wednesday, May 30, 2012


Selepas nombor pendaftaran WWW 1 berjaya dibida pada harga RM520,000, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meramalkan WYY 9999 bakal menjadi rebutan para pembida tahun depan.

Pengarahnya, Mohd. Nadzri Osman berkata, ini kerana WYY 9999 merupakan nombor terakhir bagi pendaftaran kenderaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ia ditukarkan kepada satu siri nombor baharu yang masih belum diputuskan kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mula menerima beberapa pertanyaan daripada individu yang berminat untuk membida nombor pendaftaran tersebut.

“Kita menjangkakan ramai akan berminat untuk memiliki nombor terakhir itu yang dijangka mula digunakan pada Ogos tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kaspersky Lab, ITU temui ancaman siber baru yang lebih licik

Tuesday, May 29, 2012

Kaspersky Lab mengesan satu program virus berniat jahat yang sangat licik, Worm.Win32.Flame, yang kini digunakan secara aktif sebagai senjata siber yang mengancam entiti di beberapa negara.

Worm.Win32.Flame boleh mencuri maklumat penting, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan paparan komputer, maklumat mengenai sistem sasaran, fail yang disimpan, data hubungan, malah perbualan audio, kata syarikat antivirus berkenaan.
"Perisian perosak itu ditemui oleh pakar Kaspersky Lab semasa siasatan yang dimulakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)," katanya dalam satu kenyataan.

ITU ialah agensi utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi teknologi komunikasi dan maklumat.


Kajian awal mendapati perisian perosak yang dikenali sebagai Flame sudah muncul lebih dua tahun lepas - sejak Mac 2010.


Berdasarkan kedudukannya yang sangat kompleks, selain bentuk sasaran serangan, tiada perisian keselamatan yang dapat mengesannya.

Kaspersky Lab berkata pakar-pakarnya kini menjalankan analisis mendalam ke atas Flame.

"Dalam tempoh beberapa hari siri catatan blog akan mendedahkan lebih banyak maklumat ancaman baharu itu apabila ia didedahkan," katanya.

Sementara itu, ITU akan menggunakan rangkaian Rakan Usaha Sama Multilateral Menentang Ancaman Siber (IMPACT) yang melibatkan 142 negara dan beberapa penggiat industri, termasuk Kaspersky Lab, bagi memberi amaran kepada kerajaan dan komuniti teknikal mengenai ancaman siber ini dan menyegerakan analisis teknikal. - BERNAMA

Bob Kuman Meninggal Dunia

Thursday, May 3, 2012


Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.

Menurut Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Al-Fatihah buat arwah. Semoga roh dicucuri rahmat.
DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.