Antara Isu PBSNT dan FAM

Thursday, January 12, 2012


PBSNT dan FAM dinasihatkan agar berdamai sesama sendiri demi bola sepak negara.


Pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu berbincang semula bagi menyelesaikan isu melibatkan pemain import yang melibatkan kedua-dua pihak, kata bekas pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.
Beliau berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak imej baik FAM dan sukan bola sepak negara daripada tercemar.
"Saranan saya adalah supaya kedua-dua pihak duduk semeja dan berbincang seperti adik-beradik dan cari penyelesaian terbaik mengenai perkara ini. Orang luar akan menuding jari kepada FAM sedangkan perkara ini adalah di peringkat jawatankuasa kecil dan saya rasa penyelesaian menang menang masih boleh dicari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam yang memberi kata dua kepada FAM dan mahukan badan itu bertindak menyelesaiakan masalah berkenaan dengan segera atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Ahmad dilaporkan mahu FAM membenarkan Terengganu menggunakan dua pemain import yang telah didaftarkan sebelum ini serta membayar ganti rugi kerana kerajaan negeri telah mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan dua pemain import berkenaan.
Selain itu, PBSNT juga mahu dua pasukan dari negeri itu untuk menarik diri dari Liga M dan Piala Malaysia sekiranya tiada jalan penyelesaian.
Isu itu timbul ekoran pekeliling FAM bertarikh 23 Dis 2011 berhubung pendaftaran pemain import yang dihantar oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad sebelum kontrak bersama pemain import ditandatangani untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2012.
Terengganu dikejutkan dengan keputusan FAM yang tidak membenarkan dua pemain import itu beraksi dalam Liga Super yang telah bermula dua hari lepas dengan alasan PBSNT gagal mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan.
Raja Ahmad Zainuddin, yang terlibat menyuarakan keperluan membawa semula pemain import ke kancah Liga Super musim ini, berkata beliau merasa terkilan dengan isu itu.
"Liga M dan Piala Malaysia akan pudar sekiranya kedua-dua pasukan Terengganu ini meninggalkan pertandingan," katanya.

Post Pertama 2012

Thursday, January 5, 2012

Assalamualaikum semua..

Nampaknya dah hampir 2 bulan mijie x update MiJiE BLoG nie..Maaf semua ye. Bukan apa, cuma mood utk berblog entah kemana pergi..Emmm..Ada yang cari @ rindu mijie tak??...Tak ade??..Sedihnya..Sob Sob Sobbb..Emmm..tak apelah, nak buat macam mana kan. Tak ade yang rindu..Waaaa

Rasanya belum terlambat lagi kot mijie nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Moga2 azam tahun ni akan tercapai kan. Azam mijie tahun ni adalah....RAHSIA..ehhe..Jangan marah...;p.

Rasa kekok pulak bila dah lama tak buat entry nie..Huh..Oklah..Jumpa lagi yaa...Mijie sentiasa santai di atas talian ni, cuma tak tinggal komen jee..:D
DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.