Irfan Bakti Meninggalkan Pasukan Terengganu
Tuesday, November 1, 2011
Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim hari ini mengumumkan akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia itu apabila kontraknya berakhir 31 November ini.
Jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu memberitahu sidang media di sini bahawa beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama Terengganu.
Beliau berkata, Terengganu adalah antara pasukan paling bagus pernah dibimbingnya dan dia tidak akan melupakan negeri Penyu itu.
"Memang sedih nak tinggalkan negeri ini dan pemain, namun di saat ini saya terpaksa buat keputusan ini demi masa depan pasukan dan diri sendiri," katanya tanpa mengulas lanjut punca sebenar beliau mengambil tindakan itu.
Di bawah kendaliannya selama dua musim, Terengganu berjaya menjuara Piala FA, menjadi naib juara Liga Super dan terbaru naib juara Piala Malaysia selepas kalah kepada Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir Sabtu lalu.
Pemergian Irfan Bakti bakal menyaksikan Terengganu musim depan akan dikemudi jurulatih baru.
Ia juga menimbulkan teka-teki ke mana Irfan Bakti selepas ini.
Bagaimanapun beliau tetap akan diingati sebagai jurulatih yang bertanggungjawab menjadikan Terengganu gergasi bola sepak Pantai Timur. - BERNAMA
Kata-kata Haji Irfan :: "Saya sayangkan Terengganu, pemain & penyokong 'peteh', ia sungguh unik bagi saya".




























0 dah komen:
Post a Comment