Live Streaming Terengganu VS Selangor || Piala Malaysia || 22 Oktober 2011

Saturday, October 22, 2011

Hanya beberapa minit lagi, perlawanan antara Terengganu VS Selangor & T-Team VS Negeri Sembilan separuh akhir ke-2 akan bermula. Ini lah saat-saat yang mendebarkan bagi keempat-empat pasukan untuk layak ke pestas akhir.


Yang paling di tunggu oleh rakyat Terengganu adalah untuk menyaksikan perlawanan antara Terengganu VS Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Tapi sayangnya tiada siaran langsung dalam TV1.

Tapi tak pe, mijie dah sediakan link untuk korang tengok live streaming walaupun t
idak mempunyai rangkaian astro.

Untuk menonton secara live T-Team VS Negeri Sembilan. Klik sini

Untuk menonton secara live Terengganu VS Selangor. Klik sini.

Harap-harap Terengganu layak ke final untuk memenangi Piala Malaysia pada 29 Oktober 2011 nanti.


PETEH TEGANU PETEHHH..
BEREH SOKMO...



Video Saat Kemaatian Muammar Al Qaddafi & Jasa beliau Untuk Rakyat



Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia.

Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

p/s : Fikir-fikirkan lah. Adakah kematian Muammar Al Qaddafi sebagai seorang pejuang atau petualang??..Hanya DIA yang mengetahui segala-galanya. Apa-apa pun al-fatihah untuk arwah.

Sumber : Blog Zulkbo

Sumber Video : Blog Assoyfinger & Youtube

Piring Astro Mengadap Kiblat??..Betul Ke Nie??

Friday, October 7, 2011

Assalamualaikum. Hari ni ada sedikit fakta yang agak menarik untuk di kongsi. Mungkin sudah ramai yang telah mengetahui hal ini tetapi tidak mustahil masih lagi ramai yang belum mengetahui kan. Jom baca artikel nie. Menarik sangat-sangat tau.

BACA DAN CEK BETUL KE TAK PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT... Betulkah Piring Astro Menghadap Kaabah


Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di copy paste ini.

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. 

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.

Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti.

Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah.

Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth".

Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi.

Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini. Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Sumber : http://www.NurulAmir.com/

Kenapa lovebite berbahaya?

Sunday, October 2, 2011

Salam. Entry kali ni sesuai untuk yang sudah berkahwin yer. Yang belum berkahwin tu boleh je nak baca sekadar untuk pengetahuan kan. Tapi yang bercouple tu jangan cuba-cuba untuk buat bende ni pulak. Kan jadi macam perkara di bawah nie. kan susah. 



Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya.

Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya.

Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

Keystroke : Hati-hati bila di CyberCafe

Saturday, October 1, 2011


Keystroke@ KeyShark adalah salah satu peranti yang boleh menyimpan setiap data yang di masukkan oleh pengguna melalui keyboard anda. Peranti ini disambungkan antara keyboard dengan cpu anda. Kebanyakkan ia digunakan di Internet Cafe, pameran, hotel dan lapangan terbang.

Antara Kelebihannya :
- mengawal aktiviti-aktiviti anak anda semasa akses internet
- mengawal aktiviti-aktiviti yang staf lakukan(bahaya juga nie)
- mengambil(recovery) semula data yang telah dimasukkan apabila komputer hang, error atau bekalan elektrik terputus.
- senang untuk digunakan, hanya plug in sahaja.

Antara Keburukannya :
- Orang lain akan tahu password dan username kita bila peranti ini dicuri.
- Data yang penting akan dicuri
- Amat berbahaya kepada pengguna bila peranti ini digunakan di Cyber Cafe.

Justeru itu, anda perlu periksa terlebih dahulu ada ke tak peranti ini sebelum guna PC di Cyber Cafe. Lebih malang apabila anda mengakses akaun bank online atau site-site yang penting. Dengan mudah pemilik peranti tersebut membuka akaun anda.

Jadi, berhati-hatilah sebelum terkena. Semoga info ini berguna untuk semua dan mijie sendiri.
DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.