Home » , , , , , » BlackBerry Playbook bakal saingi android

BlackBerry Playbook bakal saingi android

Thursday, September 8, 2011

KEHADIRAN telefon pintar BlackBerry nyata memberi impak tersendiri hingga menjadi satu fenomena dikalangan peminat telefon bimbit. Justeru kehadiran peranti tablet BlackBerry Playbook dilihat mampu menyaingi kehebatan peranti android yang semakin digemari pada hari ini.

Terbaru syarikat perkhidmatan komunikasi, Maxis Berhad (Maxis) tampil memperkenalkan tawaran pakej eksklusif kepada pengguna.

Tampil dengan kelebihan operasi berprestasi tinggi, BlackBerry Playbook bakal memberikan pengalaman pengkomputeran mobiliti unik dan berkuasa kepada pengguna. Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis,

Jean Pascal Van Overbeke, Maxis sentiasa berusaha membawa penggunanya menikmati pengalaman komunikasi masa depan secara konsisten.

“Kita telah membangunkan ekosistem telekomunikasi yang bersesuaian seperti peranti dan pelan data menarik, liputan rangkaian serta perkhidmatan pelanggan terbaik bagi melengkapkan keperluan pengguna.

“Kita berbangga kerana menjadi syarikat pertama membawa peranti berteknologi tinggi ini kepada rakyat Malaysia untuk membantu mereka melancarkan operasi kerja dan peribadi dalam satu,” katanya pada majlis pelancaran BlackBerry Playbook baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, gajet komputer tablet ini turut dipacu dengan pemproses berkembar yang membolehkannya melaksanakan pelbagai operasi secara serentak selain spesifikasi multimedia yang berkualiti.


Gajet ini didatangkan bersama skrin LCD sentuh bersaiz tujuh inci beresolusi 1024x600 sudah pasti memberikan keselesaan paparan kepada anda. Dengan ketebalan hanya 10 milimeter (mm) dan berat 425 gram (g) menjadikannya mudah untuk dibawa dan digunakan secara mudah alih.

Peranti ini turut disokong oleh sistem operasi QNX yang mesra pengguna dengan binaan RAM satu megabit (MB) selain pilihan memori binaan dalam berkapasiti 16, 32 dan 64 gigabit (GB). Melihat keupayaan multimedianya, BlackBerry Playbook turut menyokong permainan video beresolusi tinggi (HD) 1080p, mempunyai output HDMI serta kamera belakang lima megapiksel dan hadapan tiga megapiksel.

Tidak terhenti setakat itu, BlackBerry Playbook boleh diintegrasi bersama telefon bimbit pintar BlackBerry untuk mengakses kandungan data seperti emel, BlackBerry Messenger (BBM), kontak dan sebagainya menerusi capaian Bluetooth dengan kadar sekuriti yang tinggi.

Gajet ini didatangkan bersama skrin LCD sentuh bersaiz tujuh inci beresolusi 1024x600 sudah pasti memberikan keselesaan paparan kepada anda. Maxis kini menawarkan BlackBerry Playbook pada harga pasaran RM1,599 untuk 16GB, RM1,899 (32GB) dan RM2,199 (64GB).

Bagi pengguna yang telah mempunyai pelan Perkhidmatan Internet BlackBerry (BIS) daripada Maxis pula, mereka berpeluang mendapatkan BlackBerry Playbook dengan hanya RM990 apabila melanggan pelan data 3GB.

Untuk maklumat lanjut mengenai BlackBerry Playbook dan tawaran pakej Maxis, sila layari laman web www.maxis.com.my/playbook.

Sumber mstar.

2 dah komen:

zulkbo 9/08/2011 12:23 AM  

salam..
nampak iklan Blakberry Tablet ini di Suria KLCC, teringin juga nak explore, apa yang menarik di dalamnya..belum berkesempatan



Selamat hari raya..
maaf andai ada kesilapan
antara kita selama ini..
:)

Mijie 9/12/2011 10:45 PM  

@zulkbo

Wsalam..
Xpe2..nanti ada kesempatan dapat lah sebijik kan..;)

Selamat hari raya jugak utk Zulkbo..
Saling maaf memaafi kan..;)

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.