Papan tanda Maulidur Rasul dijadikan lantai tarian

Thursday, September 29, 2011

Salam. Entry ini adalah sambungan daripada entry kejadian ribut di Kuala Terengganu baru-baru ini. Apa yang nak dikongsi adalah papan tanda Maulidur Rasul yang di jadikan lantai tarian di Taman Shah Bandar. 

Adakah ini salah satu bala daripada Allah s.w.t ataupun kebetulan??.. Sama-sama kita renungkan dan mengambil iktibar atas segala yang berlaku. 


Bumbung jeti Shahbandar yang baru siap dibina awal tahun ini turut runtuh. 






Gambar di atas di ambil daripada blog kalampatah.

Video Kejadian Ribut Yang Melanda Bandar Kuala Terengganu

Wednesday, September 28, 2011

Salam semua. Sesungguhnya kuasa Allah S.W.T itu amat dahyat. Ribut yang melanda Bandar Kuala Terengganu semalam (27 September 2011)yang hanya mengambil masa 5 minit telah menumbangkan banyak pokok dan kerosakan harta benda di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Semasa kejadian mijie dalam perjalanan ke Bandar Kuala Terengganu untuk membeli hadiah untuk kawan. Mijie keluar rumah dalam pukul 8.45 malam, keadaan masih ok, tak ada tanda-tanda untuk hujan@ribut. Mijie ambil kawan di Chendering dalam pukul 9 malam, time tu pun belum hujan lagi.

Perjalanan sampai di simpang 4 batu buruk, time tu hujan dah mula turun. Sampai je dekat simpang 3 hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah dalam pukul 9.15 hujan lebat dan ribut mula melanda.

Sampai je di Bulatan Ladang, ribut dah berhenti tapi hujan masih turun. Bayangkan jarak antara Hospital Kuala Terengganu dengan Bulatan Ladang jauh mana?. Rasanya lebih kurang 5 minit. Tapi dalam masa 5 minit tersebut. Banyak pokok tumbang, signboard tepi-tepi jalan terbalik dan kerosakan harta benda. Ada juga kereta yang di hempap pokok.

Kerosakan yang paling ketara adalah di Taman Shah Bandar, sekitar Bandar Kuala Terengganu dan Pantai Batu Buruk.

Alhamdulillah setakat ni tak ada dengar lagi nyawa yang terkorban. Harap-harap tak ada lah ye.








Alhamdulillah syukur sebab mijie terselamat daripada kejadian buruk yang berlaku pada malam tadi. Harap-harap kita sentiasa berdoa supaya dapat mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku.

Video kontroversi hantu bonceng & Penjelasan Ustaz Azhar

Wednesday, September 21, 2011

Salam. Sedutan Kontroversi "Hantu Bonceng" yang dikatakan menghina Nabi Muhammad s.a.w. Zizan telah merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus mengenai adengan tersebut. Dibawah ada penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai hal tersebut.. Ayuh kita dengar sama-sama. Semoga memperolehi iktibar daripada video ini.













Skuad Olimpik Malaysia Tewas 2-0 kepada Jepun

PASUKAN Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun pada Rabu.

Gol pertama skuad Samurai Biru itu dihasilkan oleh Higashi Keigo pada minit ke-9 perlawanan.

Bagaimanapun kecekapan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pasukan tuan rumah itu memberi sedikit kelegaan kepada barisan negara untuk bangkit pada separuh masa kedua.

Ternyata hantaran tepat dan kepantasan yang dipamerkan skuad muda Jepun ini telah membuatkan benteng pertahanan negara terpaksa bekerja keras.

Sepanjang 45 minit pertama, skuad Jepun berjaya melakukan lebih kurang sebelas percubaan, manakala tidak ada percubaan ke arah gol oleh pasukan Malaysia.

Minit ke-40 juga menyaksikan pemain Malaysia Wan Zack Haikal Wan Nor diusung keluar kerana mengalami kecederaan dan digantikan oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Sementara itu, babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan kendalian Ong Kim Swee ini belum cukup kuat untuk menembusi kubu pertahanan Jepun dan hanya satu percubaan dilakukan sepanjang perlawanan ini.

Pada minit ke-75, pasukan yang dilatih oleh Suzikuza Takashi ini sekali lagi merobek gawang Malaysia menerusi jaringan kemas oleh Yamazaki Ryohei.

Sehingga tamat permainan, skuad Malaysia gagal meraih sebarang gol.

Skuad Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan bertemu Syria pada 23 November ini.

BARISAN PEMAIN MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Muslim Ahmad,Mohd Zubir Mohd Azmi, Mahalli Jasuli, K. Gurusamy, Abdul Shukor Jusoh, Wan ZackHaikal Wan Nor (Wan Zaharulnizam Wan Zakaria), Mohd Fandi Othman, A. Tamil Arasu(Syahrul Azwari Ibrahim), Izzaq Faris Ramlan.

BARISAN PEMAIN JEPUN: Gonda Shuichi, Suzuki Daisuke, Sakai Hiroki, Hamada Mizuki, SakaiGotoku, Kiyotake Hiroshi, Yamamura Kazuya, Higashi Keigo (Yamazaki Ryohei), Ogihara Takahiro, Osako Yuya (Nagai Kensuke), Haraguchi Genki.

PENGADIL: Abdullah Balideh (Qatar)

Sumber : mstar

Cinta "Gila"

KATA orang, kalau takut mencuba, tidak akan dapat apa yang diinginkan. Betapa segaknya seorang lelaki, kalau takut mencuba, hilanglah sebahagian sifat lelakinya. Lebih baik hilang sifat kelelakian mencuba daripada hilang kerana langsung tidak mencuba. Sekurang-kurangnya kalau gadis pujaan hati tidak melayan, seseorang lelaki sudah meningkatkan tahap kelelakian melalui usaha mencuba.


Hubungan antara lelaki dengan gadis yang seperti ingin menafikan perasaan sebenar yang dirasai. Mengapa perlu melarikan diri daripada ‘cinta’ apabila ia berada di depan mata?. Ia dilihat wujud masalah komunikasi dan sifat berterus terang antara kedua-duanya.

Cinta itu sering kali lari apabila kita mencari, tetapi cinta juga sering kali dibiarkan pergi apabila ia menghampiri. Mengenai cinta, Mahatma Ghandi pernah berkata, ‘ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi.

 “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi kehilangannya.” Siapa kamu pula? Jawab titis air mata kedua itu. “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”

Jadi, jangan jadi lelaki dalam titis air mata kedua itu. Selamat mencuba dan semoga berjaya menawan hati gadis pujaan anda. .;)

Hantu Bonceng : Tiada Isu Tapi Tak Jadi Masalah Untuk Teliti Semula

Tuesday, September 20, 2011

Assalamualaikum semua. Ni kes "Hantu Bonceng" yang tengah hangat sekarang nie. Meh2 baca walaupun mijie lambat update ni yer.


Lembaga Penapisan Filem tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .

 "Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh. "Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama.

Harakahdaily pada Selasa melaporkan, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah.

Nasrudin mendakwa, babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan". Bagaimanapun, Raja Azhar tidak menolak kemungkinan filem yang ditonton oleh pihaknya mungkin berbeza sedikit daripada apa yang kini ditayangkan di pawagam.

"Justeru kita akan meneliti sekali lagi babak yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu," katanya. Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan.

Lady Gaga Tampil Fesyen Topi Sarang Burung

Sunday, September 18, 2011

PENYANYI sensasi Lady Gaga (gambar) belum berhenti untuk melakukan eksperimen dengan imejnya. Kali ini Gaga menggunakan sarang burung berukuran besar untuk dijadikan topi.


Dengan tutup kepala yang di bawahnya tertulis "F*** Fashion", Gaga sengaja menghadiri majlis 'New York Fashion Week'.

 Menurut The Sun, Isnin, penyanyi yang lahir di New York itu akan tampil pada majlis 'Children Gary Barlow' di Manchester pada 17 November ini. Khabarnya, dia sudah merancang kostum yang akan dipakai nanti. 

Sebelum ini, Gaga pernah menghadiri majlis 'Grammy Awards 2011' menggunakan sebiji replika telur raksasa yang diangkat oleh beberapa model lelaki saat melintasi karpet merah hingga ke pentas. Dia berbicara dengan Ryan Seacrest dari dalam telur tersebut.

Sementara pada majlis 'MTV Video Music Awards' itu, Gaga menggunakan daging mentah sebagai kostumnya. Dia sememangnya selesa menggunakan kostum-kostum unik.

Sumber : http://mstar.com.my

Meriahnya Sambutan Raya

Monday, September 12, 2011

Assalamualaikum.. Setiap tahun kebanyakkan syarikat mesti mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan Raya yang diadakan tadi amat meriah yang dihadiri oleh beribu-ribu orang. Menteri Besar Terengganu sendiri turut hadir pada awal majlis diadakan.

Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 2 petang tapi mijie g dalam pukul 9 sebab singgah office dulu lah. Balik-balik pukul 3 petang. Banyak betul makan kan. Opss.. Bukan makan lah tapi layan tetamu yang hadir . Hehe..

Bukan nak menyanyi tapi bergambar je dekat atas pestas ni..Dah tak ada orang masa nie tau..hehe

 Nyum3..Best tau makan kambing nie..kambing bakar kot. 

Mana lagi ensem nie?..hakhak..Gurau je..Jangan marah ye..

Huh..Dah selesai pun makan.. Bergambar sekejap. Banyak lagi makanan belum mencuba time ni tau. 

Sapa nak tapir yang ada kat bawah tu. Tak sempat nak rasa tadi.  

 Rehat kan perut sekejap neh..;-)

Bergambar dengan salah seorang artis yang berada atas pentas tadi..hehe..

Bersama dengan budak-budak sekolah. Baru balik sekolah agak nya nie. hehe

 Makanan yang tak akan dilupakan bila ada Majlis Sambutan Hari Raya. Jom makan..Siapa nak?

Haa..Ni lah kambing panggang tu..Best nie..Siapa nak???

BlackBerry Playbook bakal saingi android

Thursday, September 8, 2011

KEHADIRAN telefon pintar BlackBerry nyata memberi impak tersendiri hingga menjadi satu fenomena dikalangan peminat telefon bimbit. Justeru kehadiran peranti tablet BlackBerry Playbook dilihat mampu menyaingi kehebatan peranti android yang semakin digemari pada hari ini.

Terbaru syarikat perkhidmatan komunikasi, Maxis Berhad (Maxis) tampil memperkenalkan tawaran pakej eksklusif kepada pengguna.

Tampil dengan kelebihan operasi berprestasi tinggi, BlackBerry Playbook bakal memberikan pengalaman pengkomputeran mobiliti unik dan berkuasa kepada pengguna. Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis,

Jean Pascal Van Overbeke, Maxis sentiasa berusaha membawa penggunanya menikmati pengalaman komunikasi masa depan secara konsisten.

“Kita telah membangunkan ekosistem telekomunikasi yang bersesuaian seperti peranti dan pelan data menarik, liputan rangkaian serta perkhidmatan pelanggan terbaik bagi melengkapkan keperluan pengguna.

“Kita berbangga kerana menjadi syarikat pertama membawa peranti berteknologi tinggi ini kepada rakyat Malaysia untuk membantu mereka melancarkan operasi kerja dan peribadi dalam satu,” katanya pada majlis pelancaran BlackBerry Playbook baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, gajet komputer tablet ini turut dipacu dengan pemproses berkembar yang membolehkannya melaksanakan pelbagai operasi secara serentak selain spesifikasi multimedia yang berkualiti.


Gajet ini didatangkan bersama skrin LCD sentuh bersaiz tujuh inci beresolusi 1024x600 sudah pasti memberikan keselesaan paparan kepada anda. Dengan ketebalan hanya 10 milimeter (mm) dan berat 425 gram (g) menjadikannya mudah untuk dibawa dan digunakan secara mudah alih.

Peranti ini turut disokong oleh sistem operasi QNX yang mesra pengguna dengan binaan RAM satu megabit (MB) selain pilihan memori binaan dalam berkapasiti 16, 32 dan 64 gigabit (GB). Melihat keupayaan multimedianya, BlackBerry Playbook turut menyokong permainan video beresolusi tinggi (HD) 1080p, mempunyai output HDMI serta kamera belakang lima megapiksel dan hadapan tiga megapiksel.

Tidak terhenti setakat itu, BlackBerry Playbook boleh diintegrasi bersama telefon bimbit pintar BlackBerry untuk mengakses kandungan data seperti emel, BlackBerry Messenger (BBM), kontak dan sebagainya menerusi capaian Bluetooth dengan kadar sekuriti yang tinggi.

Gajet ini didatangkan bersama skrin LCD sentuh bersaiz tujuh inci beresolusi 1024x600 sudah pasti memberikan keselesaan paparan kepada anda. Maxis kini menawarkan BlackBerry Playbook pada harga pasaran RM1,599 untuk 16GB, RM1,899 (32GB) dan RM2,199 (64GB).

Bagi pengguna yang telah mempunyai pelan Perkhidmatan Internet BlackBerry (BIS) daripada Maxis pula, mereka berpeluang mendapatkan BlackBerry Playbook dengan hanya RM990 apabila melanggan pelan data 3GB.

Untuk maklumat lanjut mengenai BlackBerry Playbook dan tawaran pakej Maxis, sila layari laman web www.maxis.com.my/playbook.

Sumber mstar.
DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.