Home » , , , , , » Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Sunday, July 31, 2011


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

KemualiaanMu ya Allah Tuhan Maha Terpuji,
Kemuliaan yang tidak mungkin sama sekali dapat diatasi,
Indahnya hidup ini kerana diawasi,
OlehMu ya Allah yang Maha Tinggi.


Ramadhan Engkau ya Allah hampir tiba kini,
Datang Membawa Keberkahan yang tidak terperi,
Panjangkan usiaku ya Allah ya Robbi,
Hingga ke titik akhir Ramadhan tahun ini.


Sebelum ini, Ramadhan datang dan Ramadhan pergi,
Membawa rahsia keikhlasan diri di sisi Ilahi,
Aku sedar dan aku menyesali,
Akan lemahnya diri dan iman ini disaat Ramadhan pergi.


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Memahami,
Diri ini amat rindukan Ramadhan di sisiMu Ilahi,
Aku azam dan aku tekad kini,
Untuk manfaatkan sebaiknya Ramadhan ini sebelum ia pergi.


Berikan kekuatan kepadaku ya Robbi,
Untuk mencintai Ramadhan seikhlas hati,
Persiapan dan persediaan iman perlu ditingkat lagi,
Agar tidak menyesal buat kesekian kali.


Ramadhan madrasah iman untuk para Da’ie
Tonik terbaik untuk muhasabah diri,
Renungkanlah kembali diri di sisi Ilahi,
Agar tidak menjadi Da’ie yang rugi.


Ya Allah ya Rahim, Tuhan Maha Perkasa dan Maha Kuasai
Dengan hadirnya Ramadhan yang mulia ini,
Jangan Engkau golongkan aku di kalangan Da’ie yang rugi,
Da’ie yang tidak mampu melawan hasutan kemewahan duniawi.


Berikanlah petunjukMu kepadaku ya Allah ya Robbi,
Agar dapat menguasai nafsu diri daripada merajai,
Dengan Keazaman dan jatidiri yang tinggi,
Untuk menjadi Da’ie yang diredhai,


Ramadhan oh Ramadhan jangan engkau pergi,
Tanpa meninggalkan diri ini dengan kesan tarbiyah Ilahi,
Aku tak rela lagi melepaskan peluang keemasan ini,
Kerana aku sedar nyawaku kepunyaan mutlak Ilahi.


Marilah sama-sama kita merenung kembali,
Sejauhmana keihklasan hati di hadapan Ilahi
Jangan sampai kematian menjemput nanti,
Ketika itu tiada lagi rayuan didengari.


Nukilan Dari :

Rosidi Shahari
Mantan Pengerusi PEMBINA Perak

Sumber : http://pembinaperak.net/

4 dah komen:

zulkbo 7/31/2011 1:39 PM  

Salam Bro Mijie..

Selamat berpuasa buat saudara.. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk terus beramal ibadat di bulan penuh barakah ini dan di kurniakaan pengampunan akhirnya.Amin.

Wanzi 7/31/2011 7:30 PM  

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga penghayatan Ramadan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya kerana kita tidak mengetahui, adakah kita masih ada peluang untuk bertemu Ramadan seterusnya. Wassalam

Mijie 7/31/2011 10:47 PM  

@zulkbo

Wsalam bro zulkbo..

Terima kasih zul..
Selamat berpuasa juga buat saudara zulkbo sekeluarga.Moga2 ramadhan kali ini diberkati dan diperbanyakkan amal ibadah. Amin..;)

Mijie 7/31/2011 10:51 PM  

@Wanzi

TQ Wanzi.. HArap2 macam tu lah. smoga kesempatan ini di ambil dengan sebaik nya. ;)

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.