Selamat Menyambut Ramadhan Semua

Sunday, July 31, 2011

Assalamualaikum w.b.t. Ini adalah tahun kedua mijie berblog dalam bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini mijie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Semoga kita tidak melepaskan peluang yang ada dengan memperbanyakkan amal ibadah. Moga ia lebih baik daripada Ramadhan yang lepas dan belum tentu akan berjumpa pada bulan Ramadhan akan datang.



"RAMADHAN datang lagi,
Selangkah ke depan Usia menginjak,
Hati berdetik dimana bumi di pijak,
AZAM ditekad KEIMANAN di tingkat,

Namun jangan kita lupa kematian semakin dekat,
Kita RAIKAN Ramadhan ini dengan penuh KESYUKURAN,
Diberi kesempatan, Dilanjutkan ruang taubat, 
Agar diri lebih cemerlang serta mendapat BERKAT,

Mudah-mudahan tubuh bertambah SIHAT,
Kerjaya meningkat HEBAT,
Moga di redhai ILAHI,
Dunia dan Akhirat.


OK. Mari kt berniat puasa:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Notakaki : Jangan ponteng puasa tau tapi kalau perempuan tu faham-faham lah..hehe..;p.  

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

KemualiaanMu ya Allah Tuhan Maha Terpuji,
Kemuliaan yang tidak mungkin sama sekali dapat diatasi,
Indahnya hidup ini kerana diawasi,
OlehMu ya Allah yang Maha Tinggi.


Ramadhan Engkau ya Allah hampir tiba kini,
Datang Membawa Keberkahan yang tidak terperi,
Panjangkan usiaku ya Allah ya Robbi,
Hingga ke titik akhir Ramadhan tahun ini.


Sebelum ini, Ramadhan datang dan Ramadhan pergi,
Membawa rahsia keikhlasan diri di sisi Ilahi,
Aku sedar dan aku menyesali,
Akan lemahnya diri dan iman ini disaat Ramadhan pergi.


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Memahami,
Diri ini amat rindukan Ramadhan di sisiMu Ilahi,
Aku azam dan aku tekad kini,
Untuk manfaatkan sebaiknya Ramadhan ini sebelum ia pergi.


Berikan kekuatan kepadaku ya Robbi,
Untuk mencintai Ramadhan seikhlas hati,
Persiapan dan persediaan iman perlu ditingkat lagi,
Agar tidak menyesal buat kesekian kali.


Ramadhan madrasah iman untuk para Da’ie
Tonik terbaik untuk muhasabah diri,
Renungkanlah kembali diri di sisi Ilahi,
Agar tidak menjadi Da’ie yang rugi.


Ya Allah ya Rahim, Tuhan Maha Perkasa dan Maha Kuasai
Dengan hadirnya Ramadhan yang mulia ini,
Jangan Engkau golongkan aku di kalangan Da’ie yang rugi,
Da’ie yang tidak mampu melawan hasutan kemewahan duniawi.


Berikanlah petunjukMu kepadaku ya Allah ya Robbi,
Agar dapat menguasai nafsu diri daripada merajai,
Dengan Keazaman dan jatidiri yang tinggi,
Untuk menjadi Da’ie yang diredhai,


Ramadhan oh Ramadhan jangan engkau pergi,
Tanpa meninggalkan diri ini dengan kesan tarbiyah Ilahi,
Aku tak rela lagi melepaskan peluang keemasan ini,
Kerana aku sedar nyawaku kepunyaan mutlak Ilahi.


Marilah sama-sama kita merenung kembali,
Sejauhmana keihklasan hati di hadapan Ilahi
Jangan sampai kematian menjemput nanti,
Ketika itu tiada lagi rayuan didengari.


Nukilan Dari :

Rosidi Shahari
Mantan Pengerusi PEMBINA Perak

Sumber : http://pembinaperak.net/

Waktu Berbuka Dan Imsak Bagi Negeri Terengganu

Saturday, July 30, 2011


Assalamualaikum w.b.t. Bulan Ramadhan kian hampir. Mungkin ada yang masih tercari-cari waktu berbuka puasa untuk Negeri Terengganu. Berikut adalah senarai waktu berbuka puasa dan imsak bagi daerah Kuala Terengganu dan Marang, Besut dan Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.


Terengganu

Jalan-Jalan Mesra Mall

Sunday, July 10, 2011

Salam.. Terasa pulak nak post entry ni walaupun dah lama. Dah 2 hari kelewatan. Hehehe..Mijie g jalan-jalan Mesra Mall pada hari Jumaat lepas. Orang ajak, g jelah kan.. Sape yang ajak tu??. Tu rahsia.. hehe..

emm.. Pergi sana ingat dapat jugak tengok Transformers - Dark of the Moon 3D tapi tut tut semua tiket dah habis lah. SOLD OUT. Yang masih ada hanya pada waktu malam. Malas ar pulak nak tunggu sampai malam. Nanti mesti balik lewat. Tak nak lah balik lewat2. Mijie kan budak baik. Opss perasan kejap..hihi.. :p




So, pusing-pusing MM jelah. Emm boring jugak. Tak ade pape pun yang menarik sebenarnya. Nak shopping pun malas jugak. Opps bukan malas tapi tak ade pape nak beli. Semua bekalah dah mencukupi. Tidak elok membazir kan kan. Emmm.. So pusing-pusing jelah. 

Emm. sedih-sedih tak dapat tengok transformer.. Tapi xpelah tengok kat rumah jelah. Tutup lampu dan pasang speaker kuat-kuat. Macam tengok kat wayang jugak kan..haha..

Tempahan Kek Lapis Sarawak Raya Telah Dibuka !!

Friday, July 8, 2011



Salam. Tempahan kek lapis untuk Hari Raya Aidilfitri 2011 telah dibuka sekarang. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan. Sila lawati http://warnawarnikeklapis.blogspot.com atau klik sini. HARGA RUNTUH menanti anda. Tempahlah sekarang sebelum 31 Julai 2011 untuk menyerikan lagi hari raya anda. ;-)




DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.