Home » , , , , » Susah ke untuk berubah ??

Susah ke untuk berubah ??

Thursday, March 10, 2011

Setiap orang pasti ada keingingan untuk berubah, cepat atau lambat bergantung pada sekuat mana keinginan kita untuk berubah.


Jika anda sudah serik dilanda berbagai masalah dan kesusahan kesan dari fikiran-fikiran negatif yang bersarang di minda anda, maka seharusnya kekuatan yang lahir dari kemahuan pasti dapat membuat perubahan dengan cepat.

Seharusnya, kita perlu memilih untuk menjadi orang yang berfikiran positif dan berubahlah kerana anda mahu menikmati kehidupan yang lebih gembira, lebih tenang dan lebih mendamaikan. Itu niat yang baik.

Jangan berubah dari fikiran negatif ke fikiran positif hanya kerana anda mahu mengalahkan seseorang, bersaing dengannya atau hanya ingin menunjuk-nunjuk pada orang disekeliling anda. Sikap begini adalah sikap yang akan menghalang perubahan kekal dari fikiran negatif ke fikiran positif.

KEINGINAN + USAHA = KEJAYAAN

1 dah komen:

budak ice 3/10/2011 11:38 PM  

btol2..stuju sgt dgn mijie..
tak susah nak berubah kalau ada ksungguhann :)

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.