Home » , , , , » Salah Ke Beli Kereta Tanpa Deposit @ Dowpayment?

Salah Ke Beli Kereta Tanpa Deposit @ Dowpayment?

Wednesday, March 16, 2011

Salam semua reader. Ada yang baca paper kosmo ari ni tak?. Sebenarnya mijie tengah konfius ni. Sebelum ni mijie pernah survey-survey kereta, pastu ada jugak wakil penjual ada beritahu yang boleh buat full loan, tapi yang ni under skim graduan. So yang bukan graduan tu memang tak layak untuk mohon yer. Sekian..hehe..


PETALING JAYA - Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, apa yang berlaku sekarang ramai wakil penjual kereta memanipulasikan perkara itu demi mengejar komisen.

"Wakil penjual kereta akan memanipulasi pembayaran deposit sebanyak 10 peratus tersebut dengan mengatakan mereka boleh mendapatkan pembiayaan seratus peratus.

"Akhirnya, pembeli terperangkap dengan amaun yang jauh lebih tinggi dan akhirnya tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan,'' katanya pada sidang akhbar sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di sini semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai ramai penjawat awam diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar pinjaman pakej pembelian kenderaan tanpa deposit.

Menurutnya, pengguna turut cuai kerana terlalu mempercayai wakil penjual kereta berbanding mendapatkan maklumat dari agensi profesional.

"Tidak ramai pembeli diberitahu bahawa syarat bayaran pendahuluan 10 peratus itu sebenarnya dibuat bagi tujuan memastikan kemampuan seseorang untuk membeli kenderaan," katanya.
So, bila baca artikel ni, bermakna yang skim graduan tu pun termasuk sekali kan sebab dah ternyata syarat bahawa di mestikan untuk membuat bayaran 10% untuk membeli kereta. Tapi skim graduan ni hanya orang-orang yang tertentu(graduan) je dapat kan bukan semua orang dapat.

So, bagi korang yang tahu pasal ni, macam mana yer?..Hanya untuk berkongsi. Bagi mijie kalau nak beli kereta, baik bayar downpayment kan, monthly payment murah sikit.

11 dah komen:

Rama2Ungu 3/16/2011 11:22 PM  

ada baiknya bayar downpayment tu..bulan2 nnt kurang..n loan pun snang lulus..

Mijie 3/17/2011 8:38 AM  

@Rama2Ungu

a'ah..tu r. x sakit nk bayar utk tiap2 bulan kan.

Norfa 3/17/2011 9:03 AM  

baik bayar dwnpayment skit,sekurangnya xla membebankan tiap2 bulan.

Mijie 3/19/2011 11:15 PM  

@Norfa

emm..ok gak tue..thanks yer..:)

dhiera 3/24/2011 12:00 PM  

hai, mijie.. baru perasan ada entri.
ok sejujurnya, saya beli kereta guna skim graduan (zero downpayment dan tak ada penjamin).

pada pendapat saya la kan, kalau nak beli kereta biar ikut kemampuan.

since, masa saya beli kereta tu saya baru je kerja hampir 3bulan, saving pun tak berapa nak mantap. jadi, dalam banyak-banyak kereta yang saya rasa saya mampu nak beli hanyalah viva.
kebetulan akhir tahun lepas, perodua ada buat sale untuk kereta manual. kalau tak silap ada less rm2k ke 2.5k.
tapi saya amek viva 850 je la sebab bila discus2 dengan parents n dealer, monthly payment dianggarkan less than 400. ok la kan? dari saya amek 1.0cc yang hampir 500/month n saga. plus, saya memang nak amek kereta yg monthly less than 400 sebb saya tak mahu tanggungan saya banyak sangat, dah la nak bayar PTPTN sekali.
saya buat loan 31 800. itupun ada baki rm7++ yg mana saya guna untuk tinted brand v-kool (voucher + topup rm300), tmbh spoiler (tong2 dgn dealer) + beli no plat KL (rm60). oh ya, loan tu termasuk sekali dengan insurance kereta. saya tak ingat berapa yg pasti cecah rm1k.

lagi satu, macam mana cara kita berurusan dgn dealer pun penting jugak.
masa buat pilihan ni, saya minta dealer datang kat rumah dan discus dgn my parent esp ayah yang memang berpengalaman banyak kali beli kereta.

dan ambil tahu setiap inci perkara sebb kita keluarkan duit bukan untuk membazir.
cth: tinted. berapa percent tahan dr UV n etc? lepas JPJ tak? kalau kena saman dgn JPJ, perodua yg bertanggungjawab n etc ke tak? insuran pula apa kelebihan dia? cover seumur hayat kereta ke tak?

urusan bank settle dalam beberapa hari je. bank telefon saya hari kamis dan hari isnin tu, saya dah boleh sain kontrak. kira dalam 3 hari je.

monthly memang saya bayar less 400 tanpa mengganggu jumlah saving saya. saya rasa skim ni worth it in my case la. tak tahu la orang lain.
yang penting kena tahu kemampuan dan tak terlalu tamak walaupun kereta idaman saya adalah swift.

eh, macam boleh buat entri pula. sorry ya membebel panjang~

dhiera 3/24/2011 12:13 PM  

oh lagi 1, sekarang ini bank dah mula bagi loan kereta sama macam loan beli rumah yang mana interest setiap tahun akan berbeza bergantung pada pasaran.

Yg saya difahamkan, dorang guna sistem ini untuk elak dari alami kerugian kalau pasaran naik. bab ini memang saya tak terfikir langsung masa beli kereta sebab yang saya tahu interest kereta tetap sama. dan kebetulan, sales girl tu baru 1st time dapat kes mcm ni.

macam biasa lah saya discuss dengan ayah saya sebab beliau pun pernah beli rumah mesti lagi fhm.

perbezaan interest tak akan naik banyak biasanya dalam 0.5% je. kalau bayaran naik pun, dalam puluh ringgit o ringgit-ringgit je. tapi apa-apa pun bank akan call tanya kat kita samada nak tetap bayar dengan bayaran yang sama atau tidak.
kalau pasaran turun, kita juga yg untung jika masih bayar dalam bayaran sekarang ni sebab loan kita akan habis lebih awal.

erk, faham ke? macam sush nak nak cerita je ni~

Mijie 3/24/2011 6:41 PM  

@dhiera

Terima kasih dhiera atas penjelasan yang cukup baik dan dapat berkongsi info..banyak maklumat baru mijie dapat sebelum beli kereta ni.

Bestnya bila ada discount macam tu kan..Baru ni pun mijie terjumpa saga fl yang ada discount tapi utk saga fl standard, mijie nk yg executive. So, mijie postpone dulu.

Emm..tanya sikit..kalau suruh dealer tersebut tambah spoiler, ada bayaran tambahan tak ek, agak2 spoiler tersebut berapa ringgit kat kedai?.

Emm..satu lagi, semua bank guna konsep macam ni ke?..akan naik ikut semasa?. Bimbang jugak kot akan naik terlalu tinggi.

dhiera 3/25/2011 1:04 PM  

yup, ada bayaran tambahan. yang tu, kamu kena survey la. tapi rasa ye harga spoiler yang saya guna tu lagi mahal dari kedai2.orang kata barang perodua lg mahal~disebabkan tong-tong bayar, saya ok aje la~

rasa ye tak semua bank kot. tapi sales girl 2 cakap memang byk bank nak start buat macam 2 tapi dorang selidik kemampuan n etc dl la baru offer loan 2~

Mijie 3/29/2011 4:19 PM  

@dhiera

oo..igt sales advisor tu sponser..hehe..emm..tu r, kene hati2 jgk psal nie..at least kita tahu kan interest yg apply tu static @ x..

Anonymous,  5/12/2011 11:51 PM  

salam..nk tny, klu gaji dlm 1000 agak2 bleh x wat loan tuk bli viva auto..sy bru 2 bln k'ja.cdg nk bli viva..tp x brpa tau bab2 ni..

zairizabidi 11/30/2011 2:58 PM  

xde duit nk wt downpayment? xde duit nk renew insurance? xde duit nk service maintanance? xde duit nk modify kereta? klik sini. hanya RM20, anda boleh dapat sehingga RM 5k

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.