Home » , , , , » Pemenang Akademik Al-Quran Musim Ke-5

Pemenang Akademik Al-Quran Musim Ke-5

Sunday, March 27, 2011

Alhamdulillah. Akhirnya malam ni berakhir sudah perjuangan peserta-peserta Akademik Al-Quran musim ke-5. Walaupun Akademik Al-Quran musim ke-5 telah tamat, tapi diharapkan berjuangan mereka dalam menegakkan kitab suci Al-Quran tidak akan tamat. Berjuangan dan bakat mereka akan terus memberi sinaran kepada umat Islam yang lain.

Seramai 4 orang peserta telah berjuang pada malam tadi yang telah berlangsung di Pusat Konvokesyen Antarabangsa PutraJaya (PICC) dan bersiaran langsung di TV9. Antara peserta-peserta tersebut adalah Mohd Syahriansyah Apin (25 Tahun, Sabah), Mohamad Husaini Mahmor (19 Tahun, Negeri Sembilan), Muhamad Nasir Mohamad Salleh (21 Tahun, Kuala Lumpur) dan Suhailah Zulkifly(22 tahun, Melaka).


Pemenang untuk Akademik musim ke-5 adalah Mohd Syahriansyah Apin yang membawa pulang wang berjumlah RM30,000 beserta hadiah iringan termasuk biasiswa tajaan Universiti Antarabangsa Madinah.


TAHNIAH kepada semua peserta Akademik Al-Quran 5. Anda adalah golongan-golongan yang bertuah. Yang pasti Akademik Al-Quran merupakan rancangan realiti yang selalu melahirkan bakat-bakat baru dalam mengetengahkan bacaan Al-Quran yang berkualiti. 

0 dah komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.