Home » , , , » Elakkan Penipuan Internet - Phishing

Elakkan Penipuan Internet - Phishing

Wednesday, March 23, 2011

Terpedaya dengan e-mel yang disangka datangnya dari sebuah bank, seorang lelaki kerugian RM700 apabila dia mengemas kini data akaun bank miliknya mengikut arahan yang tertera dalam Internet.
Petikan dari Harian Metro..

Makin hari, makin ramai yang tertipu dengan kuasa internet walaupun kebanyakan perkara yang biasa di war-warkan. So, kita perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan internet, lebih-lebih lagi yang selalu menggunakan perbankan atas talian. 

Phishing adalah sebuah bentuk kejahatan yang menggunakan email sebagai media penyebarannya. Phishing yang berasal dari perkataan "Fishing" yang bererti "memancing" . So, yang dimaksudkan Phishing adalah email yang mengandugi informasi yang menipu yang memancing penerima untuk melakukan hal yang merugikan si penerima.

Contohnya satu link bank yang dihantar yang menyatakan bahawa anda perlu mengemakini maklumat peribadi anda, website tersebut adalah seakan-akan website yang sebenar. Ketika kita mengemaskini maklumat kita, kita telah memberikan maklumat kita kepada pemilik website phishing tersebut.

Mijie pun pernah menerima email sebegini.

Email phishing, So kena berhati-hati,

Bila klik je link yang diberikan. Page ni yang keluar. Maybe Google Chrome dapat detect phishing.

Korang tengok link address kat atas tu. Yang ini perlu berhati-hati. Setiap kali anda ingin mengemaskini maklumat peribadi, pastikan address tersebut betul seperti yang asal, contoh kalau Maybank http://www.maybank2u.com.my atau facebook http://facebook.com

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu menaip url website tersebut pada address bar. Jangan sembarangan klik link pada email yang dihantar. Pastikan anda betul-betul kenal link tersebut. Lebih-lebih lagi yang menggunakan url short form

Jangan pernah memberikan informasi penting kepada sesiapapun. Kebanyakan bank tidak pernah menanyakan informasi PIN ataupun Password Perbankan anda.

Harap-harap kita sama-sama lebih berhati-hati apabila menggunakan internet supaya dapat menggelakkan penipuan.

7 dah komen:

dhiera 3/24/2011 11:23 AM  

saya pun pernah dapat emel macam ini. lagi pelik, sebab saya tak ada akaun maybank pun~

iza 3/24/2011 2:15 PM  

As salam..
Pernah jgk dapat email mcm ni tapi masalahnya, "sejak bila aku bagi email kat bank???"

Mijie 3/24/2011 4:04 PM  

@dhiera n iza

a'ah..maybe diorang hntr je..sape yg kene, nsib die ar.

Yastro 3/24/2011 5:04 PM  

Ade lagi yg terkene...hmmm tak tau laaa

Mijie 3/24/2011 7:04 PM  

@Yastro

Emm.. tu r kan...ada kala benda mcm ni x serik2 kn..

caliph shuriken 3/24/2011 10:04 PM  

bulan lepas byk trima emel cmni.. mmg ngarot sbb bank x kn mntak kita update cara ni, huh...

latest en3: keyword hot macam pizza

CiK QiQi 3/25/2011 9:44 AM  

bhye gk ye kalo untuk dak baru nk knal dunia IT ni.haishh..

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.