Home » , , , , , » Discount Kek Lapis Sarawak.. Nyumm Sedapnyaaaa.

Discount Kek Lapis Sarawak.. Nyumm Sedapnyaaaa.

Sunday, March 20, 2011

Salam semua. Apa kabar yer..Hari ini genap 3 hari Kek Lapis Sarawak yang mijie order hari Khamis baru ni dah sampai. Yeye..Nyumm nyumm bestnye. Sape nak sape nak.. Angkat tangan !! Aihks ramai pulak yang angkat tangan yer. Mijie gurau jelah. Jangan marah yer, nanti cepat tue..hihihi

Emm. Ok2..Kalau korang nak. jom lah datang tengok sini. Nanti akan dapat discount 10% tau dari harga sebenar. Cuma bagitau yang korang tahu dari MiJiE BLoG.. Khas untuk member and reader MiJiE BLoG ni je taw..;)

Ok. Disini mijie ingin kongsi sedikit maklumat @ pengenalan tentang Kek Lapis Sarawak ni. Sila baca dibawah nie.

Kek Lapis Sarawak merupakan hasil kerja tangan tradisi warga Bumi Kenyalang yang diwarisi secara turun temurun. Penghasilan Kek Lapis Sarawak melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa maka tidak hairanlah harganya yang sedikit mahal.

Kesabaran dan kesenian tinggi akan menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz. Kami sekadar menamakan beberapa jenis kek seperti Domino, Ketupat dan Coklat chip merupakan antara kek pelbagai rasa dan corak yang mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan kami.

Keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberikan impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini. Kek Lapis Sarawak di samping menjadi menu utama hari – hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai, turut menjadi pilihan di Majlis Perkahwinan, Pertunangan malahan tidak ketinggalan badan-badan korporat juga memilih Kek Lapis Sarawak menjadi cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka sebagai satu bentuk kelainan.

Kini, Kek Lapis Sarawak merupakan industri besar yang bakal menjengah ke pasaran global sesuai dengan keunikannya yang cantik dilihat dan sedap dimakan.
Emm. Unik kan Kek Lapis Sarawak nie..Rasanya pun amat best dan sedap taw. Tapi yang anti kek tu tak tau lah macam mana, maybe diorang rasa lain kot. Tapi yang pasti ramai yang suka kek ni kan..:)

Bungkusan ni yang sampai petang tadi.. Dihantar melalui Nationwide Express. Memang express betul. Best2.. Tak sabar nak buka nie.. Ayuh jom buka sama2.


Satu lagi bungkusan yang rapi kat dalam. Kemas kan. 


Tadaa. Semua bungkusan dah buka, so nampak lah benda kat dalam tu. Nilah dia.. Namanya Kek Lapis Sarawak. Emm. Bestnye. Warna warni je dan menarik. 


Ok. Apa lagi. Makan lah. Tak payah tunggu lama-lama.. Nyammm Nyammmm..Besttt


Emm ok. Kalau korang nak rasa boleh lah order yer. Mijie bagi discount 10% dari harga biasa tu. Khas untuk kawan-kawan dan reader blog mijie je taw. :)

Untuk order, korang boleh datang sini ataupun klik je gambar screenshot kat bawah nie.. CEPAT-CEPAT !!!..


Ok. Terima kasih yer sudi jenguk..;)

8 dah komen:

dhiera 3/21/2011 4:17 PM  

wahhh..nampak sedap sangat~macam terliur rasanya~

Mijie 3/21/2011 5:30 PM  

@dhiera

a'ah..mmg sedap..^-^

KHAIRUNNIESA 3/21/2011 7:31 PM  

mijie, penah try kek lapis cadbury?sedap tau...hikhik..(^_^)

Mijie 3/22/2011 10:23 AM  

@KHAIRUNNIESA

penah jgk..mmg best kan..;)

BezBuddy 3/22/2011 1:03 PM  

rindunye nk mkn kek lapis..memg sedap sgttt

Mijie 3/22/2011 4:34 PM  

@BezBuddy

a'ah..mmg sedap..order lah..mijie bg discount ni..;)

Norhayati Rostam 3/23/2011 12:51 AM  

Ala Mijie ni.
Dengan Yati pun nak berkira.
Kata nak bagi rasa, free sudah la.
hahaha.

Mijie 3/23/2011 11:32 PM  

@Norhayati Rostam

hehe..nak free je ke?..emmm kene pikiq nie..hihi

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.