MiJiE BLoG pun dah tukar rumah baru

Tuesday, March 29, 2011

Salam.. Yeaahhaahh.. Akhirnya rumah mijie bertukar wajah jugak..Dah lama sebenarnya ada niat nak ubah ni. Jealous tengok blogger-blogger lain asyik bertukar je. Mijie pun nak jugak. Sekali sekali tukar taste kan.

Siang tadi mijie tak pergi kerja sebab hujan terlalu lebat. Banyak jalan yang ditutup sebab air naik tau. So, boleh lah mijie buat rumah baru untuk MiJiE BLoG nie. Kali ini mijie nak tukar tema dari warna kelabu kepada warna purple. PurpleBoyz gitu.. Haha. Kelakar pulak sebut PurpleBoyz kan. Macam tema website UiTM pulak kan.

Ok. Nie design MiJiE BLoG yang lama..Entah kenapa header tak keluar. 

Untuk design yang baru nie.. Banyak jugak perubahan yang mijie buat. Antaranya yang paling ketara adalah :-

1 - Tukar tema dari kelabu ke purple.
2 - Ubah 3 column kepada 2 column.
3 - Tukar dari ajax popup shoutbox kepada yang standard(Maybe akan tukar balik kot).
4 - Buat auto readmore untuk images center.
5 - Dan lain-lain


Nilah rumah baru MiJiE BLoG. PurpleBoyz. Cuma header je rasa macam tak lawa sikit kan kan. Nantilah mijie ubah balik. Mijie guna color purple sebab rasa ceria sikit.



Untuk tinggal message kat shoutbox, korang perlu klik [+/-] kat title tu. Kalau dulu mijie guna ajax shoutbox. Tapi sekarang nak kembali kepada asal pulak.  Harap-harap korang jumpa cari kan. Tapi tak pasti lepas ni guna yang ajax shoutbox jugak. Klik je [+/-] pada title tu untuk lihat yang lain-lain jugak.

Oklah. Korang rasa design ni ok tak?.. Ada masalah@ lembab tak untuk loading terutama yang pakai broadband macam mijie nie..

Pemenang Akademik Al-Quran Musim Ke-5

Sunday, March 27, 2011

Alhamdulillah. Akhirnya malam ni berakhir sudah perjuangan peserta-peserta Akademik Al-Quran musim ke-5. Walaupun Akademik Al-Quran musim ke-5 telah tamat, tapi diharapkan berjuangan mereka dalam menegakkan kitab suci Al-Quran tidak akan tamat. Berjuangan dan bakat mereka akan terus memberi sinaran kepada umat Islam yang lain.

Seramai 4 orang peserta telah berjuang pada malam tadi yang telah berlangsung di Pusat Konvokesyen Antarabangsa PutraJaya (PICC) dan bersiaran langsung di TV9. Antara peserta-peserta tersebut adalah Mohd Syahriansyah Apin (25 Tahun, Sabah), Mohamad Husaini Mahmor (19 Tahun, Negeri Sembilan), Muhamad Nasir Mohamad Salleh (21 Tahun, Kuala Lumpur) dan Suhailah Zulkifly(22 tahun, Melaka).


Pemenang untuk Akademik musim ke-5 adalah Mohd Syahriansyah Apin yang membawa pulang wang berjumlah RM30,000 beserta hadiah iringan termasuk biasiswa tajaan Universiti Antarabangsa Madinah.


TAHNIAH kepada semua peserta Akademik Al-Quran 5. Anda adalah golongan-golongan yang bertuah. Yang pasti Akademik Al-Quran merupakan rancangan realiti yang selalu melahirkan bakat-bakat baru dalam mengetengahkan bacaan Al-Quran yang berkualiti. 

Gempa Bumi 6.8 Skala Richter Musnahkan Ratusan Bangunan, Ragut Puluhan Nyawa

Saturday, March 26, 2011

YANGON: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh di Myanmar dan seorang lagi di Thailand manakala beratus-ratus bangunan musnah selepas gempa bumi dengan ukuran 6.8 skala Richter di kawasan Segi Tiga Emas, berdekatan sempadan Thai malam kelmarin, kata pegawai kerajaan kedua-dua negara. Laporan menyatakan gegaran dapat dirasai hingga ke Bangkok, Thailand kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian China.


Seorang pegawai kerajaan Myanmar berkata berpuluh orang terbunuh di dua bandar berdekatan dengan pusat gempa.

“Jumlah kematian meningkat lebih 50 orang di pekan Tarlay dan Mine Lin,” kata pegawai.

“Jalan ditutup. Mengikut maklumat yang diperoleh, lebih 130 bangunan runtuh akibat gempa itu. Mungkin lebih banyak kemusnahan dan kecederaan,” katanya.

Sementara itu di kawasan sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata seorang wanita berusia 52 tahun terbunuh di daerah Mae Sai, selepas dinding rumahnya runtuh. Radio Myanmar mengumumkan 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera tetapi angka kematian dijangka meningkat. Ia melaporkan 390 rumah, 14 kuil Buddha dan sembilan bangunan kerajaan rosak teruk.

Pegawai daripada Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan teruk berlaku di kampung Mong Lin, lapan kilometer dari Tachileik dengan 29 dilaporkan terbunuh dan 16 lagi cedera.

Akhbar melaporkan dua orang terbunuh termasuk kanak-kanak berusia empat tahun di Tachileik, bandar bersempadan dengan Mae Sai, wilayah Chiang Rai, Thailand.

Penduduk yang ketakutan di wilayah itu meninggalkan rumah masing-masing, ketika bangunan tinggi runtuh, manakala hospital dan sekolah dikosongkan ketika gempa bumi itu.

Di Yangon, pengarah wilayah bagi badan kebajikan World Vision, Chris Herink berkata kemusnahan prasarana akibat gempa tidak begitu kelihatan di kawasan terjejas seperti Kengtung dan Tachileik, walaupun banyak bangunan retak dan gangguan bekalan air di beberapa kawasan.

“Kawasan bergunung ganang berdekatan sempadan antara Thailand dan Laos, dikenali sebagai Segi Tiga Emas. Banyak perniagaan dijalankan di kawasan ini,” katanya.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer timur laut Chiang Mai, destinasi pelancong terkenal Thailand.

Jabatan Kaji Cuaca Thailand mencatatkan enam gempa susulan selepas gempa bumi kuat itu.

Penduduk di bandar Chiang Rai berlari keluar dari rumah masing-masing semalam sebaik gempa susulan kembali.

Empat kuil di pekan bersejarah Chiang Saen berdekatan sempadan utara Thai turut musnah termasuk Chedi Luang, apabila tiangnya setinggi tiga meter tumbang.

Stesen Radio Kebangsaan China melaporkan gegaran turut dirasai di wilayah Yunnan, tetapi tiada kematian atau runtuhan bangunan berlaku. – AP/AFP/Agensi

Elakkan Penipuan Internet - Phishing

Wednesday, March 23, 2011

Terpedaya dengan e-mel yang disangka datangnya dari sebuah bank, seorang lelaki kerugian RM700 apabila dia mengemas kini data akaun bank miliknya mengikut arahan yang tertera dalam Internet.
Petikan dari Harian Metro..

Makin hari, makin ramai yang tertipu dengan kuasa internet walaupun kebanyakan perkara yang biasa di war-warkan. So, kita perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan internet, lebih-lebih lagi yang selalu menggunakan perbankan atas talian. 

Phishing adalah sebuah bentuk kejahatan yang menggunakan email sebagai media penyebarannya. Phishing yang berasal dari perkataan "Fishing" yang bererti "memancing" . So, yang dimaksudkan Phishing adalah email yang mengandugi informasi yang menipu yang memancing penerima untuk melakukan hal yang merugikan si penerima.

Contohnya satu link bank yang dihantar yang menyatakan bahawa anda perlu mengemakini maklumat peribadi anda, website tersebut adalah seakan-akan website yang sebenar. Ketika kita mengemaskini maklumat kita, kita telah memberikan maklumat kita kepada pemilik website phishing tersebut.

Mijie pun pernah menerima email sebegini.

Email phishing, So kena berhati-hati,

Bila klik je link yang diberikan. Page ni yang keluar. Maybe Google Chrome dapat detect phishing.

Korang tengok link address kat atas tu. Yang ini perlu berhati-hati. Setiap kali anda ingin mengemaskini maklumat peribadi, pastikan address tersebut betul seperti yang asal, contoh kalau Maybank http://www.maybank2u.com.my atau facebook http://facebook.com

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu menaip url website tersebut pada address bar. Jangan sembarangan klik link pada email yang dihantar. Pastikan anda betul-betul kenal link tersebut. Lebih-lebih lagi yang menggunakan url short form

Jangan pernah memberikan informasi penting kepada sesiapapun. Kebanyakan bank tidak pernah menanyakan informasi PIN ataupun Password Perbankan anda.

Harap-harap kita sama-sama lebih berhati-hati apabila menggunakan internet supaya dapat menggelakkan penipuan.

Keputusan Akhir Adik Adikku Musim Ke-2

Tuesday, March 22, 2011

Habis sudah rancangan Adik-adikku di TV1 yang berlangsung di PICC sebentar tadi. Semua adik-adik yang beraksi sungguh mantap dan amat menarik. Terpegun dengan kebolehan yang diorang ada kan. Boleh berpidato, bertaranum, bercerita, bersyair, dan sebagainya.

Rancangan ini sebaik-baik kerap diadakan sebab ia boleh mencungkil bakat-bakat si kecil. Mijie pun selalu layan citer nie pada pukul 6.30 petang setiap hari. Best tengok diorang berpidato kan. Sape yang tak tengok rugi taw..hihi..

Sebentar tadi seramai 7 orang peserta telah beraksi iaitu :-

1. Muhammad Amirul Munir Azlin, 9,
2. Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin,12,
3. Zaid Najmuddin Zul Akmal, 11,
4. Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, 11,
5. Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11,
6. Siti Nur Alia Safri, 11,
7. Iffah Ahmad Hilmi, 11.

Pemenang nya juga telah diketahui iaitu :-


Tempat Pertama - Muhammad Amirul Munir Azlin


Tempat Kedua - Syafiqah Fasiha Ahmad Safri


Tempat Ketiga - Zaid Najmuddin Zul Akmal

Pemenang tempat pertama menerima wang tunai RM 10,000 berserta hadiah sampingan, Tempat kedua bernilai RM 8,000 berserta hadiah sampingan, tempat ketiga RM 6,000 berserta hadiah sampingan, dan saguhati masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM 3,000 berserta hadiah sampingan.

Discount Kek Lapis Sarawak.. Nyumm Sedapnyaaaa.

Sunday, March 20, 2011

Salam semua. Apa kabar yer..Hari ini genap 3 hari Kek Lapis Sarawak yang mijie order hari Khamis baru ni dah sampai. Yeye..Nyumm nyumm bestnye. Sape nak sape nak.. Angkat tangan !! Aihks ramai pulak yang angkat tangan yer. Mijie gurau jelah. Jangan marah yer, nanti cepat tue..hihihi

Emm. Ok2..Kalau korang nak. jom lah datang tengok sini. Nanti akan dapat discount 10% tau dari harga sebenar. Cuma bagitau yang korang tahu dari MiJiE BLoG.. Khas untuk member and reader MiJiE BLoG ni je taw..;)

Ok. Disini mijie ingin kongsi sedikit maklumat @ pengenalan tentang Kek Lapis Sarawak ni. Sila baca dibawah nie.

Kek Lapis Sarawak merupakan hasil kerja tangan tradisi warga Bumi Kenyalang yang diwarisi secara turun temurun. Penghasilan Kek Lapis Sarawak melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa maka tidak hairanlah harganya yang sedikit mahal.

Kesabaran dan kesenian tinggi akan menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz. Kami sekadar menamakan beberapa jenis kek seperti Domino, Ketupat dan Coklat chip merupakan antara kek pelbagai rasa dan corak yang mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan kami.

Keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberikan impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini. Kek Lapis Sarawak di samping menjadi menu utama hari – hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai, turut menjadi pilihan di Majlis Perkahwinan, Pertunangan malahan tidak ketinggalan badan-badan korporat juga memilih Kek Lapis Sarawak menjadi cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka sebagai satu bentuk kelainan.

Kini, Kek Lapis Sarawak merupakan industri besar yang bakal menjengah ke pasaran global sesuai dengan keunikannya yang cantik dilihat dan sedap dimakan.
Emm. Unik kan Kek Lapis Sarawak nie..Rasanya pun amat best dan sedap taw. Tapi yang anti kek tu tak tau lah macam mana, maybe diorang rasa lain kot. Tapi yang pasti ramai yang suka kek ni kan..:)

Bungkusan ni yang sampai petang tadi.. Dihantar melalui Nationwide Express. Memang express betul. Best2.. Tak sabar nak buka nie.. Ayuh jom buka sama2.


Satu lagi bungkusan yang rapi kat dalam. Kemas kan. 


Tadaa. Semua bungkusan dah buka, so nampak lah benda kat dalam tu. Nilah dia.. Namanya Kek Lapis Sarawak. Emm. Bestnye. Warna warni je dan menarik. 


Ok. Apa lagi. Makan lah. Tak payah tunggu lama-lama.. Nyammm Nyammmm..Besttt


Emm ok. Kalau korang nak rasa boleh lah order yer. Mijie bagi discount 10% dari harga biasa tu. Khas untuk kawan-kawan dan reader blog mijie je taw. :)

Untuk order, korang boleh datang sini ataupun klik je gambar screenshot kat bawah nie.. CEPAT-CEPAT !!!..


Ok. Terima kasih yer sudi jenguk..;)

Perodua Myvi Baru @ Extreme 2011 dilancarkan April ini?

Saturday, March 19, 2011

Salam semua. Biar betul Perodua Myvi 'extreme' ni akan keluar April @ Mei nie. Pasti ramai yang ternanti-nanti kan, maklum lah kereta paling laris di malaysia buat masa sekarang. Huh makin pening lah nanti mijie nak buat keputusan untuk beli yang mana satu nie.

Sebelum nie memang dah survey antara Perodua Myvi SE dangan Proton Saga FL. Dan keputusannya lebih kepada Saga FL sebab kereta ni lebih murah dan ada bonet untuk kepentingan masa akan datang. Bentuk nya pun sporty jugak dan dalam lebih luas, cuma engin je berkapasiti 1.3.

Tapi lepas ni akan keluar pulak Perodua Myvi 'Extreme' 2011 ni. Kan kalau beli Saga FL sekarang menyesal pulak nanti kan.. Aiissshh.. Sabar2.. Tunggu Myvi ni keluar dulu kan. Baru beli. Tapi kalau lah lepas ni akan keluar pulak model lain. Perlu tunggu lagi ke?.. Alamaknya tak pakai kereta lah. Huhu


Haa.. Nilah Perodua Myvi 'Extreme' 2011 tu. Bentuk sporty kan. Engine berkapasiti 1.5. Harap-harap harga jangan lah terlalu tinggi yer.

Gambar dari google. : Masa kat kilang lagi kot.

Ni pun same, masa kat kilang. Sape tau rajin yang shot ni

Ni plk Saga FL. Smart and sporty jugak kan.. 
Emm. Dah banyak dah kat jalan raya tu kan. Tak payah masuk gambar banyak-banyak ar kan. Semua dah tau kan..

So, macam mana sekarang perlu tunggu ke?..Atau pun angkat je Saga FL nie..Bagi korang mana lagi ok antara Saga FL atau MYVI SE atau MYVI EXTREME ?????@@##

Salah Ke Beli Kereta Tanpa Deposit @ Dowpayment?

Wednesday, March 16, 2011

Salam semua reader. Ada yang baca paper kosmo ari ni tak?. Sebenarnya mijie tengah konfius ni. Sebelum ni mijie pernah survey-survey kereta, pastu ada jugak wakil penjual ada beritahu yang boleh buat full loan, tapi yang ni under skim graduan. So yang bukan graduan tu memang tak layak untuk mohon yer. Sekian..hehe..


PETALING JAYA - Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, apa yang berlaku sekarang ramai wakil penjual kereta memanipulasikan perkara itu demi mengejar komisen.

"Wakil penjual kereta akan memanipulasi pembayaran deposit sebanyak 10 peratus tersebut dengan mengatakan mereka boleh mendapatkan pembiayaan seratus peratus.

"Akhirnya, pembeli terperangkap dengan amaun yang jauh lebih tinggi dan akhirnya tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan,'' katanya pada sidang akhbar sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di sini semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai ramai penjawat awam diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar pinjaman pakej pembelian kenderaan tanpa deposit.

Menurutnya, pengguna turut cuai kerana terlalu mempercayai wakil penjual kereta berbanding mendapatkan maklumat dari agensi profesional.

"Tidak ramai pembeli diberitahu bahawa syarat bayaran pendahuluan 10 peratus itu sebenarnya dibuat bagi tujuan memastikan kemampuan seseorang untuk membeli kenderaan," katanya.
So, bila baca artikel ni, bermakna yang skim graduan tu pun termasuk sekali kan sebab dah ternyata syarat bahawa di mestikan untuk membuat bayaran 10% untuk membeli kereta. Tapi skim graduan ni hanya orang-orang yang tertentu(graduan) je dapat kan bukan semua orang dapat.

So, bagi korang yang tahu pasal ni, macam mana yer?..Hanya untuk berkongsi. Bagi mijie kalau nak beli kereta, baik bayar downpayment kan, monthly payment murah sikit.

Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan

Sunday, March 13, 2011


1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4. Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Quran ke 4. Rujuk di Quran.
i. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

ii. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138) so dlm 1432, 14 dh di ketahui Juzuk Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 3+6+1+3+8 = 21 so next 2+1 = 3 proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53 makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 so next 3+0 = 3. *proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

iii. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6 masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. so 1+4+4+6 =15 so next 1+5 = 6 *proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

iv. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. Wallahu A'lam. Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

[TERKINI] - Video Tsunami di Jepun 2011

Friday, March 11, 2011




Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud



TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

Sumber : Berita Harian

Dasyhat betul Tsunami yang berlaku di Jepun ni kan. Dalam dalam tv3 tadi, di Malaysia, iaitu Labuan dan Sabah akan terkena "tempias" Tsunami ini antara pukul 6 hingga 12 tengah malam ini. Semua di dinasihati berhati-hati dengan kemungkinan ini. Ya Allah selamatkan negara kami dari malapetaka ini.

Susah ke untuk berubah ??

Thursday, March 10, 2011

Setiap orang pasti ada keingingan untuk berubah, cepat atau lambat bergantung pada sekuat mana keinginan kita untuk berubah.


Jika anda sudah serik dilanda berbagai masalah dan kesusahan kesan dari fikiran-fikiran negatif yang bersarang di minda anda, maka seharusnya kekuatan yang lahir dari kemahuan pasti dapat membuat perubahan dengan cepat.

Seharusnya, kita perlu memilih untuk menjadi orang yang berfikiran positif dan berubahlah kerana anda mahu menikmati kehidupan yang lebih gembira, lebih tenang dan lebih mendamaikan. Itu niat yang baik.

Jangan berubah dari fikiran negatif ke fikiran positif hanya kerana anda mahu mengalahkan seseorang, bersaing dengannya atau hanya ingin menunjuk-nunjuk pada orang disekeliling anda. Sikap begini adalah sikap yang akan menghalang perubahan kekal dari fikiran negatif ke fikiran positif.

KEINGINAN + USAHA = KEJAYAAN

Cara buat link pada menu header

Friday, March 4, 2011

Salam semua.. Semalam mijie ada terima satu soalan berikut berkenaan untuk buat menu header. Sorry semalam busy tak sempat nak buat.
Salam..sy fiza..maaf kalo sy mnganggu..sy dpt email nie dari blog mijie..sy dh try buat menu blog,tp sy x fhm macam mana nk masukkan perkara dlm setiap menu?cthnya utk menu "tentang saya"..mcm mana sy nk link dngan menu header..lg 1 sy nk tnya, mcm mna sy nk wat blog yg ada 3 colum?sy btul2 x fhm..sbb byk istilah yg wat sy confius mcm jquery..arap mijie blh tlg sy..sy x tau nk tnya sapa dh tq
Ok. Firstly, thanks pada fiza kerana bertanya. Ok untuk buat link tersebut, sila ikut step dibawah nie.  Untuk buat link "Tentang Saya" pada menu diatas tu adalah dari page dan yang lain-lain adalah dari labels.

Step 1 - Ok untuk buat page, pergi ke "Posting", pastu ambik "Edit page" and then click pada "New page".

Step 2 - Kemudian "Publish page" dan "Copy link address" page tersebut.



Step 3 - Kemudian, paste link tersebut pada tutorial sebelum ni..Contohnya 

  • TESTING



  • Step 4 - Ok siap untuk buat menu link dari page.


    Ok seterusnya nak buat link melalui labels atau kategori.

    Step 1 - Create satu entry, kemudian pada bahagian labels letak satu perkataan. Contohnya tutorial. Untuk next entry, anda perlu labelkan nama yang sama iaitu tutorial jika entry tersebut adalah tutorial.

    Step 2 - Kemudian create satu link seperti berikut
    http://mymijie.blogspot.com/search/label/tutorial

    Nama tutorial adalah sama seperti pada nama yang anda create pada label tadi.

    Step 3 - Kemudian, ikuti langkah seperti step 2 diatas atas tadi.

  • TUTORIAL



  • Ada sesetengah blogger yang menggunakan link pages untuk setiap menu tersebut tapi bagi mijie lebih suka buat link menu berdasarkan labels@kategori kerana page pada menu tersebut akan update jika kita buat entry dengan menggunakan labels yang sama tapi jika guna pages, setiap page hanya mempunyai satu entry sahaja pada satu-satu masa.

    Ok siap.. harap-harap faham yer dengan penerangan di atas ni yer. Kalau tak jadi jugak sila komen dibawah nie yer..Untuk buat 3 column, nanti kan tutorial selepas ini..

    Lagi tutorial klik sini yer
    DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.