Home » , , , , » Seronoknya Bercinta

Seronoknya Bercinta

Thursday, January 20, 2011

BERKORBAN apa saja ungkapan sesuai bagi menggambarkan keadaan pasangan yang asyik dilamun cinta.

Mereka sanggup melakukan apa saja demi cinta sehingga maruah dan kehormatan diri tergadai. Terdapat juga yang asyik bercinta dengan ‘pak hitam’ dan ‘bapak dari seberang’ lalu lari meninggalkan keluarga dan menderita di negeri orang.



Akibat hubungan cinta terlarang juga terdapat pasangan kekasih yang tergamak membuang bayi tanpa nilai kemanusiaan dan kasih sayang. Justeru, Islam sangat mengambil berat persoalan ini kerana jika tidak diurus baik pasti akan mengundang perbuatan zina.

Untuk menentukan supaya percintaan berkenaan mencapai matlamat perkahwinan yang disyariatkan, beberapa nasihat berguna boleh dijadikan panduan pasangan yang asyik dilamun cinta. Cinta sejati dan hakiki hanya untuk Allah dengan taat melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.

Semua ini dilakukan demi memperhambakan diri kepada-Nya sambil mengharap beroleh kenikmatan menyaksikan zat-Nya Yang Mulia di syurga.

Begitu pula cinta kepada Rasul yang wajib didahulukan daripada cinta kepada makhluk sebagai syarat untuk mendapat syafaat al-kubra di akhirat kelak.

Perkara ini pernah ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu cinta kepada tiga perkara; Cinta kepada Nabi mereka, Cinta kepada ahli keluarga Nabi dan cinta kepada al-Quran”.

Segala perlakuan mesti dimulai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah, maka begitu pula apabila ingin bercinta dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang secocok dan berakhir ke jenjang pelamin.

Jika ditakdirkan terjadi perpisahan, perpisahannya juga kerana Allah supaya setiap pasangan pasrah akan takdir Ilahi bahawa tiada jodoh antara mereka dan menerima dengan hati terbuka.

Bercinta bukan tiket untuk menghalalkan apa saja. Oleh itu, setiap pasangan wajib menjaga batas pergaulan.

Elakkan bersikap memandang remeh terhadap perbuatan saling berpegangan tangan yang diharamkan kerana akan mengundang dosa lebih berat sedikit demi sedikit. Tujuan bercinta bukan sekadar untuk berseronok dan selama-lamanya. Ia hanya perintis jalan untuk berkenal-kenalan sebelum melangsungkan pernikahan yang disyariatkan.

18 dah komen:

IMANSHAH 1/20/2011 4:44 PM  

hurm, cinta zaman sekarang mana ada pantang larang, makin dilarang makin galak

nanad 1/20/2011 6:39 PM  

good entry ;) thumbs up~

LiFe KaMi 1/20/2011 6:46 PM  

yang cinta sampai zina pastu buang anak ,tu le yg tak bole diterima,patut hukuman lagi berat dikenakan..
harap mereka segera insaf..

Niesa 1/20/2011 8:08 PM  

kita becinta bertahun2 pn kalau Allah dh tentukan dia bukan jodoh kita x guna cinta bagai nk rak..

"Cinta mmg wujud.Ia lhir bsama manusia,Cuma kta yg xdpt menilai erti sebenar cinta.Saat kta lahir ke dunia ini kta diwarnai dgn cinta ke2 ibu bapa kta. Manusia gemar menyalahkn cinta bila apa yg mreka hrpkan tdk ksampaian.Kita lupa cinta hanyalh pnjaman Yg Maha Esa agr kta thu mcintai dri sndiri.."
(^_^)

Niesa 1/20/2011 8:54 PM  

typo url niesa...hihih...

azie 1/20/2011 9:34 PM  

Mijie tgh di lamun cinta ke ni hehe

Anip 1/21/2011 10:20 AM  
This comment has been removed by the author.
Anip 1/21/2011 10:21 AM  

tengok kiri ada couple pegang2 tangan..tengok kanan..ada couple peluk2...tengok tv...ada aksi cium2...bebudak mana la tak terikut2..gue pon bukan baik sgt nk komen lebih2...kehkehkeh..

Yuni Aisyah 1/21/2011 3:02 PM  

setuju dgn mijie...:)
tp kan mijie berpegangan tgn tu cam da biasa da ngn psgn bercinta...cm da susah nak bendung gejala tu..huhuh

Yuni Aisyah 1/21/2011 3:06 PM  

setuju dgn mijie...:)
tp kan mijie berpegangan tgn tu cam da biasa da ngn psgn bercinta...cm da susah nak bendung gejala tu..huhuh

zulkbo 1/22/2011 2:59 AM  

Salam Mijie..
rasa cinta pasti ada
pada insan yang bernyawa
jika perolehi cinta sesama
manusia hargainya kerana
sementara sahaja..cintakan
Allah yang abadi..wallahualam

mira_nas 1/22/2011 8:07 AM  

Cinta kepada Allah.. insyaAllah akan dapat Cinta dari HambaNYa

puteri ain 1/22/2011 12:24 PM  

masa tgh bercinta semua nmpk indah..

sukahaha 1/23/2011 8:32 AM  

bagus entri mijie ni.. tu yang page rank dah naik tu kekeke...

jemput sini yer

blog Matdin

areripe 1/23/2011 4:27 PM  

cinta tak salah, tapi cinta sekarang dah saalahguna dan salah tafsit.
adoiyaiiii!!

im already followed your blog!
and if u think my blog interesting, u can do the same thing!

misyamissyou 1/23/2011 6:52 PM  

kurang pendidikan agama..mcm tu la jadinye..

Siti Safiyyah 1/23/2011 9:31 PM  

sebab tulah mijie, saya prefer cinta selepas perkahwinan..selamat dan halal..kan kan mijie.. ;)

Entry Terbaru : Lega masalah dah setel :)

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.