Home » , , , , » Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Saturday, January 1, 2011


Salam semua. Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi, KL. Menurut sumber allahyarham meninggal dunia pada 1 Januari 2011, pukul 2.30 petang tadi.

Arwah yang pernah berlakon dalam siri adamaya sebagai Dani, dan dalam siri terbaru akasia, Tiramisu sebagai Alias adalah drama yang terakhir lakonan Arwah. Faizal juga merupakan bekas suami penyanyi popular Siti Nordiana(Nana) yang meninggalkan seorang anak berusia 2 tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie.


Al-fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Notakaki : Tengok dalam lakonan Faizal, tak sangka pula dia ada penyakit tu kan. Muda-muda dah kena serangan jantung, samada tua atau muda tidak terlepas daripada serangan penyakit berbahaya dan kita juga perlu bersedia untuk kembali kepada-NYA.

3 dah komen:

azie 1/01/2011 5:46 PM  

Al-fatihah bt arwah

KHAIRUNNIESA 1/01/2011 9:33 PM  

Al-fatihah buat arwah n takziah buat keluarga...semoga arwahyarham ditempatkan di kalangan org yg beriman...amin...

armouris 1/02/2011 8:58 AM  

takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.