Home » , , , » Saya Blogger Terengganu

Saya Blogger Terengganu

Tuesday, December 28, 2010

Assalamualaikum. Salam blogger semua, sape-sape yang rasa diri nya berasal dari Terengganu kite. Ayuh kita ramai-ramai memeriahkan lagi dunia blogger ni dengan menyertai Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri yang direka oleh Blog Pilihan Malaysia(BPM). Untuk lebih lanjut, jom tengok kat sana.

Ok. meh mijie perkenalkan diri mijie dulu, sebab dalam syarat ada tertulis bende nie. Nama manja mijie nie, tak lain dan tak bukan memang mijie sejak dari dulu lagi. Kalau ubah rasa tak sesuai pulak. Tapi siti syorkan mijie guna nama MijieSenyumSokmo sebab asal Terengganu. Senyum Sokmo kan trademark negeri Terengganu. hehe.


Status mijie sekarang adalah single yang bermaksud belum berkahwin dan masih belum ada persiapan untuk berkahwin sebab rasa diri ini masih muda. Kursus kahwin pun belum ambik lagi. Tapi sebenarnya dah ramai kawan mijie sudah berkahwin tapi yang perempuan jelah, yang lelaki belum ada lagi kot. Yelah lelaki kan yang kena tanggung isteri. Besar tangungjawab tu..

Kalau nak hubungi mijie nie senang je. Taip http://mymijie.blogspot.com, pastu klik kat icon merah kat sebelah kanan tu. Confirm mijie ade kat stu. Cari lah kalau jumpa..haha. Kalau nak lagi rapat sila klik like kat sebelah kanan tu yer dan nak rapat lagi silalah add YM mijie di mijie0512@yahoo.com

Tempat mijie duk sekarang adalah Kuala Terengganu, dalam 10KM dari Bandaraya Warisan Pesisir Air. Tempat yang paling menarik sini adalah offcourse lah pantai kan. Nama dah bandaraya warisan pesisir air. Tapi mijie kurang lepak kat pantai nie..Pulau Kapas pun pernah pergi sekali dengan family, best juga keadaan disana dengan udara yang nyaman dan tenang. Nak lepaskan tension boleh lah g sana. Bukan lama pun, dalam 15 je dari jeti Pulau Kapas tu. 

Selain tu tempat menaik seperti Pulau Redang, Bukit Puteri pun ok. banyak khazanah tau, Muzium Negeri, muzium yang terbesar di Asia tau. Tapi yang pelik kan. Terengganu ni, ada sesetangah pulau yang berada di darat contohnya Pulau Kambing, Pulau Rusa, dan lupa pulak..Hehe. Memang banyak lah. Tapi ni sebenarnya nama kampung. Entah macam mana boleh letak nama macam tu kan. Hehe


Makanan yang paling popular sini adalah kepok lekor, kepok lekor yang mijie selalu beli adalah kat Kelulut kedai 008, Ala kedai yang warna kuning tu, kalau dari Kuantan ia duk belah kiri.  Best jugak kepok sini. Kalau korang datang sini jangan lupa beli yer. Hehe.. Siap promote lagi nie.. Nanti dapat kepok free mijie nie..Hakhak..

18 dah komen:

NuSaNa NoSa 91 12/28/2010 4:53 PM  

yezza~ trg tetap di hati~ idop trg~ tehehehehehe~ ^_^

Siti Safiyyah 12/28/2010 5:18 PM  

mijie..nak tambah lg..pulau kerengga..hahaha

kopok lekor kt kelulut tu mmg terbaik ah..tapi tak daye nak baeratur panjang..hehe

zulkbo 12/28/2010 5:50 PM  

salam Mijie..
na na na..GANU kite..he he..
biras saya seorang orang Ganu
bila pagi raya makan nasik Dagang
best..

Norhayati Rostam 12/28/2010 7:06 PM  

huwaa..sedih2.
tak dapat join.
takpe r.
takde rezeki.

wopp!
KT yer.
Tapi macam jauh je dengan Seberang Takir.
hee~
Takpe2.
Bulan 3 Yati serbu rumah Mijie.
Sila larikan diri ye.
wahaha.

Mijie 12/29/2010 4:18 PM  

@NuSaNa NoSa 91

hehe..yeye..tganu dihatiku..;)

Mijie 12/29/2010 4:22 PM  

@Siti Safiyyah

haha..lupe plk pulau kerengga sbb x pnh pegi..lalu je kot situ..hehe..

a'ah 2 r, mmg mals nk beratur, bese ar brg baik mst ssh nk dpt..hakhak..;)

Mijie 12/29/2010 4:23 PM  

@zulkbo

wsalam zulkbo..

a'ah..nasi dagang terengganu memg best..x leh lawan kt negeri lain kan..mijie mmg suke nasi dagang..;)

Mijie 12/29/2010 4:25 PM  

@Norhayati Rostam

xpe2..next time kalau ade blh lagi join kan..

eh Seberang takir..ala x lah jauh mana pun..x smpai sejam..hehe..

hah nk serbu bulan 3 umah mijie?..rasa mijie x buat open house..hehe

Norhayati Rostam 12/29/2010 4:30 PM  

@MijieWah..Yeke.
huhu.
sebab tu suruh larikan diri.
hee~

Yuni Aisyah 1/02/2011 7:55 PM  

sy blogger kl xde ke.??hehe

Mijie 1/03/2011 12:08 AM  

@Norhayati Rostam


haha..lariiii..mijie nk lari cept2 r sebelum yati jumpe kan..lariiiiii..hehe

Mijie 1/03/2011 12:14 AM  

@Yuni Aisyah

ala..yuni lmbt sgt..untuk KL dah lepas lah..tggu lain kali yer..hakhak

Norhayati Rostam 1/03/2011 12:18 AM  

@Mijie
Ceh
Lari r.
Sampai lubang cacing Yati cari nanti.
:D

Mijie 1/03/2011 8:33 AM  

@Norhayati Rostam

eh mn blh nk cari smpai lubang cacing. mijie tw yaty besar, tak muat nk masuk dalam lubang tu kan..hakhak..

Norhayati Rostam 1/03/2011 1:25 PM  

@Mijie
Uih, amboih2.
Tahula dulu Yati gemuk.
Sekarang ni lubang cacing tu lagi besar dari Yati tau.

Mijie 1/04/2011 8:11 AM  

@Norhayati Rostam

eleh yeke?..kalau yati kecik dari lubang cacing..lagi bahaya, kan tak pasal2 cacing tu ingat makanan, n then trus makan yati..haha

Norhayati Rostam 1/04/2011 11:07 AM  

@Mijie
Cancel la.
Cari kat tempat yang best sikit la macam ni.
Setakat kat KT tu.
Alang-alang boleh makan angin sekali.
:D

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.