Home » , , , » Lagi Bas Ekspres Terbabas Di KM363, Raub - Bentong

Lagi Bas Ekspres Terbabas Di KM363, Raub - Bentong

Sunday, December 26, 2010

Pagi tadi, sebuah lagi bas ekpress terlibat dalam kemalangan di KM363, Jalan Raub Bentong. Terlalu banyak kemalangan melibatkan bas sekarang ni. Adakah bas sekarang dah tidak selamat lagi?..Kemalangan yang berlaku di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pun belum sampai seminggu lagi. Tapi kali ini alhamdulillah tidak seteruk yang dulu dan tiada nyawa yang terkorban.  



TEMERLOH: Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.

Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah. - BERNAMA

10 dah komen:

SyUhAdA 12/26/2010 7:01 PM  

Alhmdlah pegi Cameron aritu selamat pergi dan balik..~

Norhayati Rostam 12/26/2010 9:08 PM  

Ush, mujur tak perlu naik bas ekspres ni.
Ala, Mijie tak payah naik bas lagi kan.

zulkbo 12/26/2010 10:52 PM  

salam mijie..
jadi fobia la pulak
nak naik bas lepas ni

Mijie 12/27/2010 11:31 PM  

@IMANSHAH

a'ah sama ar..tp nsib baik mijie dh x naik bas..mmg dh keje t kg ..

Mijie 12/27/2010 11:32 PM  

@SyUhAdA

oo..bgs ar..alhamdulillah..;)

Mijie 12/27/2010 11:33 PM  

@Norhayati Rostam+

hehe..a'ah..mijie dh tak naik bas dh skrg..kan keje kt kampung je..hehe..tak ssh2 naik bas, dan tak ssh2 nak beli tiket bas..hehe

Mijie 12/27/2010 11:34 PM  

@zulkbo

wsalam..a'ah 2 r.mijie pun sama..lbh2 lg bas 2 tingkat kan..macam2..

Norhayati Rostam 12/27/2010 11:43 PM  

Yela2.
Pasni kalau nak jumpa member2 lama, naik kereta je la ye.

Mijie 12/29/2010 12:42 PM  

@Norhayati Rostam

a'ah..btul2..naik kereta jelah..jaga diri sendiri kan..;)

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.