Home » , , » Tindakan anda jika menerima SMS ini??

Tindakan anda jika menerima SMS ini??

Sunday, November 28, 2010

Assalamualaikum. Pagi tadi mijie telah menerima sepucuk SMS dari kawan mijie yang tertulis..


Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu'min
Ya Muhaimin
Ya Aziz
Ya Jabar
Ya Mutakabbir

Kirimkanlah kepada 9 orang asma ALLAH ini insyaAllah kamu akan mendapat berita baik esok. Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib yang buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9sen, kerana asma ALLAH? Dalam waktu 1 jam anda akan mendapatkan REZEKI yang tiada tara jumlahnya jangan dipermainkan demi ALLAH ini amanah dan jangan dihapus sebelum dikirimkan.

Adakah anda yakin dengan ugutan dalam kandungan SMS tersebut?..Mijie rasa kurang yakin dengan ugutan diatas sebab kalau kita nak buat sesuatu mesti ikhlas kerana ALLAH kan. Bukan kerana paksaan atau lebih lagi ugutan. Mijie memang pernah menerima SMS seperti ini, tapi kadang-kadang tidak hiraukan.

Asma Allah memang baik untuk disebarkan kepada umat Islam supaya kita sentiasa ingat kepada-NYA. Tetapi kenapa perlu ada perkataan ugutan seperti dalam kandungan SMS tersebut. Sebelum ni pernah menerima SMS seperti ini tapi yang atas nya tu lain lah cuma yang bawah itu masih sama dan perlu hantar ke 9 orang. Tapi kenapa 9 orang erk ??..Kenapa tak 3 ke 5 ke atau beberapa ikut suka.

Kalau memang tujuan nak sebarkan asma ALLAH ini, tidak perlu letak ugutan seperti ni, kerana semua umat Islam sudah mengetahui bahawa kalau kita sebarkan perkara yang baik dan ikhlas kerana ALLAH, pastinya akan mendapat ganjaran. Macamana kalau kita just forward asma ALLAH sahaja tanpa ugutan kepada
kawan-kawan lain, terpulang pada mereka untuk forward ataupun tidak.

Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia boleh merosakkan iman kerana lebih takut ugutan yang belum pasti dari siapa. Mijie pun tak berani nak menghuraikan lebih panjang. Nanti tersilap dan lebih baik tanya kepada Ustaz atau Ustazah yang lebih pakar.

Ni cuma pendapat mijie yang ilmu agama tidak seberapa. Segala kesilapan dalam entry ini harap dimaafkan dan diperbetulkan yer. Cuma mijie ingin berkongsi dan untuk menggelakkan kita tersalah faham dan iman menjadi kurang. Nak lebih selamat tanya kepada yang lebih pakar dalam bab agama ok.

16 dah komen:

Siti 11/28/2010 6:22 PM  

mijie...saya baru je post pasal ni kat dalam blog saya.kalau nak tengok, bolehlah baca di sini.

http://lurvemyblog.blogspot.com/2010/11/sejauh-mana-kebenaran-sms-ini.html

jangan mudah percaya dgn mende2 macam ni..kene pesan kt kawan2..

dya adriza 11/28/2010 6:26 PM  

saya benci mesej macam ni. nak bagi peringatan, tapi sesat. huh jgn layan.. bkn diorang yg tentukan takdir kita. delete terus!

bibi 11/28/2010 6:51 PM  

delete terus...buat baik bersyarat pulak..tak ikhlas dan bimbang rosak aqidah nanti..

Mijie 11/28/2010 6:53 PM  

@Siti

thanks siti..mijie dh baca. mudah-mudahan kita dan kawan2 dijauhkan daripada perkara yg blh merosakkan iman.

Mijie 11/28/2010 6:56 PM  

@dya adriza

a'ah..mmg dari dulu mijie tak layan msg2 mcm nie..a'ah btul3..bkn diorang yg menentukan takdir kita.

Mijie 11/28/2010 7:10 PM  

@bibi

a'ah btul2..delete jelah..nnti rosak akidah plk

Cikbelog 11/29/2010 12:31 AM  

selalunya wat tak layan je bila dapat msg camni..hari tu adik cikbelog dapat msg lebih kurang camni la..dalam sms tu gtaW kena foward kepada 15 orang..pastu adik tanya la, "akak, adik foward kat 12 orang je. Xpeke ? dosa x adik ?"..adoii ..rosak pemikiran bebudak..

NuSaNa NoSa 91 11/29/2010 1:17 AM  

xlyN~~ rosak akidah klu lyn ugutan cm2.. huk3~ ^_^

Mijie 11/29/2010 1:30 AM  

@Cikbelog

wah bahaya tu kalau budak2 yang menerima msg cam nie..confirm mereka percaya kan..kita akak2 n abg2 nie yg kene ajar adik2 baik2 yer..

zulkbo 11/29/2010 1:41 AM  

salam Mijie...
setuju dengan anda..
islam itu indah,mudah dan
adil...kenapa nak ugutan

Mijie 11/29/2010 2:09 AM  

@zulkbo

wsalam..a'ah btul2..islam itu indah kan..xde paksaan atau ugutan..buat sesuatu dgn rela hati..

amira 11/29/2010 7:58 AM  

actually ada pendapat yang mengatakan mempercayai SMS sebegini bermaksud mensyirikkan Allah..
jadi.. delete je terus..ok?

iza 11/29/2010 9:02 AM  

Salam..

Betul tu...kalau buat sesuatu krn ugutan, tak ikhlas namanya...

azril 12/03/2010 7:15 AM  

Orang yg bg msg tu ke yg menentukan takdir kita? So tk pyh layan la. Dulu jgn kate sms, emel pun byk. Ntah ape tujuan ntah bg sms camni.

iRfan Johan 12/04/2010 2:12 PM  

itu hak kita untuk smpai kn kepada org lain atau tidak...msj seperti ini dinamakan berantai...kerana org yg percaya akan forward...ini dilarang~! :)

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.