Home » , , , , , , , , » Video Kemalangan Ngeri di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan - 2 bas, 1 van , 3 kereta - 12 maut 40 cedera

Video Kemalangan Ngeri di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan - 2 bas, 1 van , 3 kereta - 12 maut 40 cedera

Monday, October 11, 2010



Ya Allah. Ngeri sungguh kemalangan yang berlaku di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Seramai 12 orang maut dan 40 lagi cedera. 



REMBAU
: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA


Ya Allah.. Tidak boleh nak bayangkan macamana keadaan penumpang dalam myvi ni. Dahsyat betul .


Ni video mengenai kemalangan tersebut. 

Gambar dan video dipetik dari blog sis DaHLia.

10 dah komen:

Ummu Hasanah 10/11/2010 4:10 AM  

Terkejut dgn berita ini...Minta dijahkan segala kemungkinan buruk yang andainya berlaku...

fazadilla,  10/11/2010 7:48 AM  

sy diantara yg tersekat kat jam nak ke kl semlm..ramai yg meraung menangis. insaf nak bwk kereta laju2..haish..Al-Fatihah.

Tomato Gurl's Life 10/11/2010 9:22 AM  

hurm..ajal maut tak mengira masa dan usia..

zulkbo 10/11/2010 10:55 AM  

salam mijie..
Allahuakbar..sedihnya
melihat kemalangan sebegini..
ajal maut di tangan-NYA..kadangkala atas ksalahan orang lain terpaksalah yang lain menanggung azabnya..takziah buat keluarga mangsa..

ProfHariz 10/11/2010 12:12 PM  

Dalam suka pasti ada duka.. Al-Fatihah

Siti Nurhanim 10/11/2010 1:08 PM  

ape yang jadi pada orang adalah peringatan untuk kita..

Amir Izzat 10/11/2010 7:37 PM  

takziah kpd kuarga mangsa..masyaAllah... skrg dah takut nak naik bas..aduhai...

KHAIRUNNIESA 10/12/2010 6:05 PM  

masyaALLAH....ngeri sungguh...takziah wat keluarga mangsa...al-Fatihah....

KHAIRUNNIESA 10/12/2010 6:06 PM  

masyaALLAH....ngeri sungguh...takziah wat keluarga mangsa...al-Fatihah....

dunspeak♥ 10/13/2010 10:41 PM  

kemalangan yang paling teruk bagi tahun ni..takziah buat keluarga mangsa

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.