Home » , , , » Soalan-Soalan Penemuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Soalan-Soalan Penemuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Thursday, October 14, 2010

Oleh MOHD HAFIZ

Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.

Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.

Untuk makluman anda, soalan temuduga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu soalan umum dan khusus. Soalan umum meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am, sementara soalan khusus pula menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai komputer dan teknologi maklumat.

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

Contoh Soalan Khusus:
1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

Mijie suka berkongsi yang ini sebab mijie adalah salah seorang graduate Diploma Sains Komputer. So, nanti boleh buat sebagai rujukan kan..Tak susah-susah nak cari kan..hihihi..

sumber rujukan http://www.mohdhafez.net

14 dah komen:

imanshah 10/14/2010 11:40 AM  

bagus mijie share..tapi saya tak terlibat..buat tambah ilmu, kot2 ada sedara mara yg nak temuduga

Affan Ruslan 10/14/2010 2:43 PM  

Salam mijie. Mijie dah keje kan? Hehe.

Owh ada jugak soalan khusus ye, tu macam blh kantoikan org. Tapi rasanya related to komp, so takde masalah sgt bg org macam mijie

Nureen 10/14/2010 7:43 PM  

erm..adeyh, susah gak soklan am uh..kna bukak buku form 3 balek..yg ingat cuma chin peng je..hehehehe..

Mijie 10/15/2010 1:25 AM  

@imanshah

a'ah..xpe skrg mmg xguna lg..nnti pasni mana tau kot2 diperlukn kan..

Mijie 10/15/2010 1:27 AM  

@Affan Ruslan


wsalam affan..a'ah mijie dh keje dah..mn tau nk buat rujukan next time kan..hehe

a'ah..klu x tau mmg kantoi kan tak ambil tahu pasal negara..hehe..eh mijie pun kdang2 mslh jgk..bk semua bende 2 mijie tau..

Mijie 10/15/2010 1:28 AM  

@Nureen

ala..snng je..zaman skrg kan maklumat di hujung jari kan..tanya je pakcik google..x susah2 nak cari buku yang dah lama 2..hihi

buzymovie 10/16/2010 9:36 AM  

sma la kita mijie..aku pun lepasan diploma sains komputer juga..

Wanzie 10/17/2010 12:36 AM  

Bagus mijie share sebagai panduan berguna nie....

CiK QiQi 10/18/2010 4:00 PM  

haiya...bgitu byk soalan ka.kalo qiqi da ingt2 lppeda mijie.hehehe

Mijie 10/24/2010 12:02 AM  

@buzymovie

owh yeke..bgs ar sama..nnti leh buat rujukan lau nk minta keje..tp rujukan je..bkn confirm kan ditanya pun..hehe

Mijie 10/24/2010 12:20 AM  

@Wanzie

a'ah..betul2..sebagai panduan je..bkn 100% msk soalan 2..hihi

Mijie 10/24/2010 12:32 AM  

@CiK QiQi

ala..bkn wajib pun soalan ni..kadang2 ad ar jgk salah 1..hehe..xpe asalkan sdty apa2 yang patut..

Amyna 10/24/2010 10:05 PM  

terima kasih mijie atas perkongsian ini. sangat berguna.

Myna nih banyak kali dah apply.. expired apply lagik. Maybe..belum rezki.. Ngee~~

Mijie 10/25/2010 12:48 AM  

@Amyna

a'ah..maybe tak ade rezeki lagi..yg penting jgn cepat putus asa..lain kali apply lg kan

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.