20 Syawal = Open house

Wednesday, September 29, 2010

Assalamualaikum. Hari ni dah 20 Syawal tapi open house masih ada disana disini. Mijie pun telah menghadiri majlis open house yang di Taman Botani, Putrajaya petang tadi. Nak kata house tak juga sebab buat kat garden kan. So open garden(betul ke ni??) ar..hihi.. Sambutan nye agak meriah kerana ramai yang datang memeriahkan suasana tersebut.


Tapi yang kurang bestnya hujan pula turun dengan lebatnya, habis basah basuh dan seluarku. Haha.. Macam nak buat cerita pulak kan, teringat masa darjah 6 dulu.  Ala yang sambung cerita tu. “Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat, tiba-tiba …“. Lebih kurang macam tu lah kot. hehe.

Ok berbalik kepada cerita petang tadi. Sambutan hari raya ni adalah anjuran eNcOral. Banyak juga lah makanan yang disediakan tapi disebabkan hujan yang turun mencurah-curah dan baju dan seluar yang basah kuyup, rasa malas pulak nak makan banyak-banyak, mijie just makan nasi arab, udang goreng, rojak buah dan sedikit kuih muih je + air itu wajib. Rugi pula kan makan sikit-sikit, patutnya masa ni lah nak makan banyak-banyak. Ala bukan selalu pun program macam ni kan. Apa salahnya. hihi..


Yang tahun lepas lagi best anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PMINT) yang dibuat di Taman Tamadun Islam(TTI). Siap berpakaian tradisional lagi gitu, dan ada juga acara nyayian. Meriah sikit kan. Jangan tanya mijie nyayi tak, sebab memang mijie tak suka naik pentas.. Mijie ni pemalu tau..haha..


Apa-apa pun terima kasih pada pihak eNcOral kerana telah menjemput mijie dan kawan-kawan lain. Moga-moga dengan program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama staf.

** Hari ini rezeki mijie murah sikit. Makan pagi ada seorang kakak yang bermurah hati belanja mijie, tengahari lepas meeting ada jamuan raya kat bilik meeting, lepas tu ada jamuan raya pulak kat Taman Botani..Syukur Alhamdulillah..;)

Tambah Senang, Kurang Tenang

Thursday, September 23, 2010

Assalamualaikum w.b.t. Di pasar malam semalam ada seorang budak sedang menangis teresak-esak, lalu datang seorang pakcik tua bertanya,  “Mengapa adik menangis?”, lalu budak itu menjawab “Duit saya hilang...” “Berapa duit kamu hilang?”, tanya pakcik itu lagi. “Seringgit,” jawab budak itu teresak-esak sambil tangan mengesap air mata yang keluar.

Atas dasar kasihan, pakcik tersebut menyeluk saku dan memberikan seringit kepada budak tersebut. “Nah, ini duit seringit mengantikan duit kamu yang hilang tadi. Dah, jangan menangis lagi yer.” Budak itu terus berlalu dari situ.

Namun, belum jauh berjalan, budak itu menangis lagi, kali ini lebih kuat. “Kenapa pula ni?, bukankah pakcik dah ganti duit kamu yang hilang tadi?”. “Sebab itulah saya menangis, sekiranya duit saya tidak hilang, tentu sekarang saya dah ada 2 ringgit. Tapi sekarang ada seringgit sahaja,” jawabnya terus menangis..Waaaaaaa”..

Pengajaran :- Ramai manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang ada. Jika miskin, merintih inginkan kekayaan. Tetapi bila kaya, hati terus gelisah kerana hendakkan lebih kekayaan. Kekadang tambah senang, menjadikan kita kurang tenang. Sekian..Wassalam.Sama2 ambil iktibar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wednesday, September 8, 2010


Assalamualaikum. Apa kabar pagi ni, semua dah balik ke kampung halaman masing-masing ke?. Kepada yang belum balik. Harap-harap berhati-hati di jalan raya. Rancang perjalanan anda dengan sebaik-baiknya dan harap bersabar ketika dijalan raya. Jangan jadikan jalan raya sebagai medan maut. Hargai nyawa anda dan ingat orang yang tersayang.

Dikesempatan ini, mijie ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan ingin menghulur 10 jari pohon kemaafan kepada semua pembaca MiJiE BLoG secara langsung atau tak langsung andai pernah diri ini melakukan kesalahan yang mungkin tidak disedari sepanjang mijie menulis blog ini, dan mungkin ada sesetengah entry mijie ada yang menyinggung perasaan korang semua, harap dimaafkan yer. Kira 0-0. :)

Persiapan Raya dan Cermin Mata Baru

Monday, September 6, 2010

Salam. Tak berapa lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Aidilfitri akan menjelma. Masing-masing sibuk  membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Ada yang sibuk membeli belah, membuat kuih raya, membersih rumah dan sebagainya. Ada juga yang bermain mercun dan meriam, adui tak serik-serik lagi.




Emm..Bagi mijie pula, baju raya dah shopping sebelum balik kampung baru ni tapi seluar je belum lagi. Nak beli malam raya, murah sikit kan. hihi. Kuih pun buat 2 3 hari sebelum raya, lagipun dah banyak juga kuih yang telah dibeli, buat kuih yang simple2 je. Rumah pun belum siap bersih lagi, buat dalam 2 3 hari sebelum raya kot, tunggu semua family balik dulu, baru syok kan..

Semalam mijie membeli cermin mata baru, yeaaahhh dapat cermin mata baru. Mijie beli di Penney Pang Eyewear. Harga disitu ok jugak dan banyak pilihan, tambahan pula staf situ mesra pelanggan. Kalau tak nak beli pun akan terasa nak beli dengan layanan mereka. Ramai juga pelanggan disitu untuk membeli cermin mata baru, biasa ar raya kan semua nak yang baru kan. Duit raya pun nak yang baru..(Sape lah nak bagi kat mijie duit raya nie)..~hihi~..


Haa..nilah cermin mata tu..Lawa tak lawa tak???..Eh3.. perasan tul..huhu

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir....

Wednesday, September 1, 2010

Kita telah berada di pusingan akhir iaitu 10 terakhir, selepas sama-sama melalui 20 yang awal. Pada pusingan ini, pencinta amalan sedang sibuk memburu Lailatul Qadar sama ada dengan memperbanyakkan doa, solat tahajud, iktikaf dan lainnya.

Mereka berusaha bersungguh-sungguh dengan tidak membiarkan Ramadhan berlalu begitu saja melainkan mendapat keampunan, gandaan pahala dan yang paling utama mendapat takwa.

Tetapi pada mereka yang tidak kisah dengan pelbagai tawaran Allah pada bulan berkat ini, datang atau berlalunya Ramadhan bagi mereka sama sahaja, tiada istilah 10 malam terakhir, malah langsung tidak faham pusingan akhir Ramadhan.

Justeru, tazkirah dan rintihan ini ditujukan khusus kepada mereka yang tidak faham dengan Ramadhan dan buat-buat tidak kisah dengannya.

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu siangnya engkau sibuk berzikir, tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu mendayu, merayu...kepada-Nya, Tuhan yang satu.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan pada awal waktu, solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawaduk, tubuh dan qalbu...bersatu memperhambakan diri menghadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji ‘innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin’ [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku, kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tidak akan dibiarkan begitu saja, di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan al-Quran bakal kau dendang, bakal kau syairkan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajud, mengadu, merintih, meminta belas kasih ‘Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu, tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu.”

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tidak akan melupakan mereka yang tersayang, mari kita meriahkan Ramadhan kita buru, kita cari, suatu malam idaman yang lebih baik daripada seribu bulan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir, mempersiap diri, rohani dan jasmani, menanti-nanti jemputan Izrail, di kiri dan kanan, lorong-lorong reda ar-Rahman.

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Duhai Ilahi...andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah ia Ramadhan paling bererti, paling berseri, menerangi kegelapan hati kami, menyeru ke jalan menuju reda serta kasih sayang-Mu, ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.

Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya, cuma yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-Nya.

Oleh kerana kita sama-sama tidak tahu apakah Ramadhan ini terakhir buat diri kita, mengapa tidak kita mengambil langkah selamat, iaitu terlebih dahulu mengambil kesempatan Ramadhan yang kita lalui ini untuk beramal ibadat sedaya mungkin, berdoa serta merintih memohon keampunan. Selamat beramal!

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.