Home » , , , , » Preview Rahsia Buat Duit Raya

Preview Rahsia Buat Duit Raya

Monday, August 16, 2010

Assalamulaikum dan salam ramadhan. Alhamdulillah, dalam kesibukan masa yang terhad ini, saya telah berjaya menghabiskan pembacaan  sebuah ebook “Rahsia Buat Duit Raya Dibongkar” yang ditulis oleh Saudara Khairul Fadhli.

Ebook ini amat menarik bagi saya kerana ia mempunyai banyak perkara-perkara asas yang perlu saya tahu sebelum memulakan perniagaan internet. Penerangan yang dilakukan adalah amat ringkas dan mudah untuk difahami. Ia mengandungi 5 topik penting iaitu :-


1 – Langkah Pertama.
2 – Idea Produk.
3 – Teknik Promosi.
4 – Modal.
5 – Senarai Semak.

Melalui pembacaan ini, saya telah mendapat sedikit idea untuk memulakan perniagaan internet. Yelah, takkan baca satu ebook dan boleh jadi pakar kan. Jutawan Internet pun telah menghabiskan duit beratus-ratus, bahkan beribu-ribu ringgit untuk berjaya.

Lagipun saya masih lagi dalam proses belajar dan banyak perkara lagi yang perlu dipelajari. Sekurang-kurangnya sekarang saya boleh mempraktikkan sedikit demi sedikit. Itu pun sudah memadai. (kalau ada yang expert mengenai perniagaan internet membaca blog saya, boleh bantu kan, hehe).

Disamping itu juga, baru saya tahu yang sebenarnya banyak peluang yang boleh dilakukan untuk berjaya dalam bisnes internet dan yang paling penting perlu sedikit usaha, Kalau ada program “Hanya duduk dirumah, goyang kaki, duit masuk” itu adalah program yang 100% menipu.

Agak mustahil untuk mereka memberi duit dengan begitu mudah sekali kan. Kalau Multi Level Marketing(MLM) pula kena cari downline untuk berjaya. Memang ada MLM yang memenuhi tuntutan syariat, tapi kena pandai-pandai cari lah.

Dari segi harga pula, rasanya amat berpatutan dengan ilmu yang saya dapat. Apa salah keluarkan sedikit duit untuk ilmu yang bermanfaat dan ibarat melabur untuk masa depan kan. Kalau topup RM30 sebulan boleh beli, takkan ebook ni tak boleh beli kan. Dan paling penting jika ada masalah boleh terus email kepada penulis ataupun call/sms, pasti akan dibalas jika beliau tidak sibuk.

Ya, betul seperti saya kata tadi, tidak semestinya dengan membeli ebook ini anda akan terus berjaya tetapi sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit ilmu dan mendapat idea untuk memulakan perniagaan internet ditambah dengan usaha yang dicurahkan.

Ok setakat ini sahaja preview dari saya, saya tidak memaksa untuk anda membeli ebook ini, sekadar berkongsi pengalaman setelah membaca kesemua ebook ini. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan, saya budak baru belajar TETAPI tak mustahil suatu hari nanti akan berjaya mencapai apa yang diingini samada dalam dunia internet mahupun kerjaya saya sebagai programmer. Aminn.. .=)

Note : Klik sini untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan. Tapi sebelum klik, pastikan anda perrlu clear cookies/history browser anda terlebih dahulu. Cara clear cookies :-

Mozilla Firefox ==> Tools => Clear Recent History => Time range to clear => select Everything => Clear Now.

Google Chrome ==> Klik “spannar” pada sebelah kanan atas => Option => Pilih tab  Under The Hood => Clear Browsing Data => Tips semua kecuali Clear Save Password dan Select Everything => Clear.

Internet Explorer ==> Tools => Internet Options => Tab General => Delete Browsing History => seperti yang di atas.

*Cara ini juga boleh melajukan loading internet anda.

20 dah komen:

amira 8/16/2010 12:42 AM  

thanks untuk previe nih.. actually takot gak coz macam tipu2 je..
ntah la..
huhu..
thanks also for the tips.. really helpful

zulkbo 8/16/2010 1:13 AM  

salam..
menarik..
bolehlah cuba nanti
he he..terima kasih
info anda mijie

azril 8/16/2010 6:33 AM  

Sebenarnya yang berjaya dapat duit raya ialah orang yg jual ebook tu.

Mijie 8/16/2010 10:02 PM  

@amira

wsalam..welcome..ni sekadar menambah ilmu je..semua bergantung pada diri sendiri..apa yang difikirkan menarik boleh je nak cuba..;)

Mijie 8/16/2010 10:02 PM  

@zulkbo

wsalam..sama2 zul..;)

Mijie 8/16/2010 10:03 PM  

@azril

a'ah..mesti diorang dapat duit tapi sekurang2nya kita dapat ilmu daripada ebook tersebut..;)

LiFe KaMi 8/16/2010 11:53 PM  

dapat cari duit lebih nak raya bgus juge..

Mijie 8/17/2010 12:39 AM  

@LiFe KaMi

a'ah..bgs3..nnti blh bg duit raya kan..hehe

Bo the Nerd 8/17/2010 12:48 AM  

Terima kasih for the info.
Saya pun ada bisnes bt duit raya. Visit www.toneexcel.com. Mudah dan murah.
Kalau ada yg minat, tinggalkan email pada cbox saya ye.

www.boisanerd.blogspot.com

Apih 8/17/2010 2:04 AM  

aku memang dari dulu tak minat jenis ebook camni.

sop 8/17/2010 11:41 PM  

bagus mijie.. dapatkan byk ilmu dari bahan pembacaan..
semoga dapat idea dan panduan utk laksanakan perniagaan internet

maverick 8/17/2010 11:52 PM  

ingatkan preview rahsia buat kuih raya tadi...

Anonymous,  8/19/2010 9:36 AM  

Good brief and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you on your information.

tehr 8/20/2010 11:02 PM  

belum pernah melibatkan diri dalam sebarang usaha mencari duit di internet [hanya nuffnang]
...sebenarnya saya memang tak reti...

Mijie 8/21/2010 9:26 AM  

@Bo the Nerd

sama2..sy dah tgk..ok jgk..;)

Mijie 8/21/2010 9:27 AM  

@Apih

oo..semua keputusan atas individu masing2 kn..

Mijie 8/21/2010 9:27 AM  

@sop

terima kasih sob.insyaAllah..;)

Mijie 8/21/2010 9:28 AM  

@maverick

hehe.kuih raya xpndai nk buat lah..hihi

Mijie 8/21/2010 9:30 AM  

@tehr

oo..xpe2..kena belajar dulu kan...mijie pun masih bru lg dlm bidang ni..

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.