Home » , , , » Masalah Sosial dikalangan Remaja

Masalah Sosial dikalangan Remaja

Friday, July 9, 2010


Assalamualaikum w.b.t..Sebagai remaja, saya amat tertarik dengan tajuk khutbah jumaat yang disampaikan pada minggu ini iaitu "Gejala Sosial Remaja". Jumlah gejala ni semakin hari semakin meningkat dan telah mencapai ke tahap yang amat membimbangkan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, tak mustahil 20@30 tahun akan datang reputasi negara akan jatuh dan negara akan menjadi huru-hara.

Kemajuan negara pada masa akan datang adalah bergantung pada remaja kita yang ada pada hari ini. Saya amat berminat dengan kenyataan Ibnu Khaldun.. “Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang”.

Terdapat banyak faktor-faktor yang mendorong kepada masalah ini. Antara faktor-faktor tebut. :-

1 - Kurangnya didikan agama
Masalah didikan agama yang kurang adalah faktor yang paling utama dalam masalah sosial remaja. Didikan agama yang secukupnya mampu menjadi penghalang@dinding daripada melakukan perkara-perkara tidak elok. Oleh itu, ibubapa memastikan anak-anak mereka mempunyai didikan agama yang secukupnya untuk menempuhi cabaran dunia kini terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak.

2 - Kasih sayang daripada keluarga
Kekurangan nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibubapa kepada anak-anak menyebabkan anak-anak memberontak dan merasa tidak selesa berada dirumah dan lebih selesa berfoya-foya dengan kawan-kawan diluar sana. Ini kerana remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu dan untuk mencurahkan segala masalah mereka dan terasa terasing bila berada dirumah.

3 - Pengaruh rakan-rakan
Tidak dinafikan bahawa seseorang remaja ingin mecari kawan yang ramai dan berkawan tanpa memilih samada baik atau sebaliknya. Kalau berkawan dengan kawan yang baik. Alhamdulillah.. Tambahan pula mendapat kawan yang dapat membimbing kita. Tetapi kalau berkawan dengan orang yang kurang baik. Sudah semestinya akan terikut-ikut dengan perangai kawan-kawan mereka. Ini kerana perasaan seseorang remaja yang ingin mencuba perkara baru dalam hidup mereka dan tidak menghiraukan halal haram.

4 - Pengaruh media massa
Media massa samada media cetak ataupun media elektronik sekarang banyak memaparkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di siarkan dan diluluskan untuk pratonton masyarakat Islam. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda remaja. Kalau dulu, dalam filem-filem melayu susah untuk melihat agenda-agenda lucah tetapi sekarang dah makin banyak agenda tersebut ditontonkan dan sekarang isu berkaitan aksi separuh bogel oleh pelakon Zul Handy Black dan Ana Dahlia dalam filem Mantra.

5 - Keadaan sekeliling
Keadaan sekeliling yang dimaksudkan adalah terdapatnya pusat-pusat hiburan, karaoke, pusat judi, tempat-tempat maksiat dan sebagainya akan menyebabkan remaja lalai dengan hiburan duniawi semata-mata. Lebih-lebih lagi remaja pertama yang kali pertama kali ke tempat tersebut dan boleh dikatakan kejutan budaya.

Merujuk faktor-faktor diatas, peranan ibubapa amat penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam masalah ini. Tanggungjawab dan cabaran ibubapa dalam mendidik anak-anak pada masa sekarang amat sukar disebabkan pengaruh luar seperti yang di nyatakan diatas.

Selain ibubapa, peranan institusi pengajian, badan-badan kerajaan dan masyarakat juga penting untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi. Seperti institusi pengajian, memperketatkan undang-undang dan disiplin pelajar supaya tidak terdedah aktiviti luar dan juga memperbanyakkan pengajian Agama Islam supaya dapat membentuk akhlak mulia. Bagi pihak kerajaan umumnya. Hendaklah menutup atau mengehadkan pusat-pusat hiburan dan kerap memantau tempat-tempat yang sering berlakunya maksiat.

p/s :- Hanya pendapat saya semata-mata. Kalau ada salah silap berbicara harap dimaafkan..

Tazkirah minggu2 lepas
Anda Tergolong Dalam Golongan Mana
Cerita Untuk Renungan
Kelebihan Bulan Rejab
Hutang Menjadi Trend Pada Masa Kini
Islam Mengharamkan Mengumpat

44 dah komen:

zulkbo 7/09/2010 4:55 PM  

salam mijie..
aduhlaaa..sakit mata
melihat gambar tu..
kenapalah sampai bergambar
pulak bila buat maksiat..
dosa kita dengan Allah
tak perlu kita perheboh sedunia!
manusia semakin pelik..seronok
bila buat dosa..sebab itu hukum
hudud banyak kebaikannya..mengajar
manusia agar takutkan dosa-dosa
ini dosa pada mereka hanyalah
jenaka gamaknya..wallahulam

Affan Ruslan 7/09/2010 5:12 PM  

adakah anda masih seorang ramaja? hehe.
bro, cek offline msg ym. Hehe

RaMa2UnGU 7/09/2010 5:18 PM  

dah semakin berleluasa maslah sosial skarang ni..bnyk faktor dan semua faktro yg mijie ckp tu mmg btol la...
kesedaran agama tu penting..bila kurangnya mcm tu la jadi..
hmm..tak tau la smpai bila..

Norhayati Rostam 7/09/2010 5:40 PM  

la..ingatkan gambar budak kene dera.
wahaha.
nasib baik terbaca komen kat atas sekali tu.huu~
sangat tertarik dengan point ke-4. sebab sekarang ni didikan tu dah pelbagai pun.tapi media ni antara bahan yang sangat mudah untuk mempengaruhi kita sebagaimana iklan2 singkat seperti 'aiman tak kisah' dan 'macam2 ada'. apa lagi bahan2 yang lebih lagho ni.macam yang kita selalu dengar, media ini antara taktik yahudi dalam serangan ke atas umat islam.

p/s:lgpun kita tahu ramai sekarang ni mem'praktik'kan ilmu tanpa amal.hee~

Amri Rani 7/09/2010 8:53 PM  

Manusia sering lupa terleka
megah meredah membuai rasa
jalanan rapuh cuma sementara
Akhirat jua abadi selamanya

Snoop 7/09/2010 8:54 PM  

sekarang bukan masalah ilmu yang kita persoalkan tetapi masalah kesedaran rakyat kita pada agama terutama sekali melayu yang beragama islam.

mereka bukan tidak tahu dosa maksiat tetapi nafsu menyelubungi mereka menyebabkan mereka terjebak ke lembah maksiat.

"ilmu jika ada tetapi tidak digunakan sama dengan tiada ape2"

so bg nizam skg, jelas diri sendiri lebih penting berbanding faktor-faktor lain yang menyebabkan gejala sosial makin meningkat di kalangan rakyat kita lebih-lebih lagi beragama islam.

wasalam..

Wan_hazel 7/09/2010 9:50 PM  

skang nie mijie...bende tu dah jd trend..entahlah..wan pun tak taw nape....dunia aher zaman...

skang ape yg kite tgk dah tak jelaz...sebab tu org kate jgn hakimi seseorg dgn luaran..kbanyakn hipokrit...masalah nie bnyak blku kat org mlyu...hmmm

Mijie 7/09/2010 10:05 PM  

@zulkbo

wsalam..a'ah btul 2..skrg dh ramai cam 2..bila buat maksiat..bknnye nk malu@taubat tp heboh2 plk..

Mijie 7/09/2010 10:07 PM  

@Affan Ruslan

emm remaja agi kot..hehe..(perasan skit)..hihi

Mijie 7/09/2010 10:09 PM  

@RaMa2UnGU

a'ah btul2..agama no 1..emm mkin lama mkin truk kan..mmg ssh nk bendung

Mijie 7/09/2010 10:10 PM  

@Norhayati Rostam

a'ah btul2..diaorang secara senyap2 untuk melalaikan kita kan tnpa kita sedari kn..

Mijie 7/09/2010 10:11 PM  

@Amri Rani

a'ah btul2..thanks..:)

Mijie 7/09/2010 10:13 PM  

@Snoop

a'ah..menjaga diri sendiri lebih penting..menilai sndiri yang mn baik dan yg mana bruk..

syaril 7/09/2010 10:59 PM  

hmmm taktau nak ckp ape.remaja=budak2 yang baru nak belajar hidup di dunia tapi banyak keinginan yang bukan2 dan mudah terpengaruh.

Mijie 7/09/2010 10:59 PM  

@Wan_hazel

a'ah tul ar kan..ssh nk menilai seseorang..nk cari kawan yg baik pun ssh kn..

nor_anifa 7/09/2010 11:26 PM  

salam :)
tajuk2 macam ni..rasanya da jadi benda biasa bg dak2 zaman skrg kot...
tajuk mcm ni gk..buat dlm karangan bm blh markah penuh....terlalu byknya point sbb dan akibat bg masalah gejala sosial ni :)

MissXYZ a.k.a Abaikan 7/09/2010 11:44 PM  

nk wt cm ne... hrp kita semua dijauhi... kne ada ketegasan lebih br la xkn berulang lg perkara cm ni

intan shafiqah 7/09/2010 11:45 PM  

MasyaAllah, nauzubillah hi min zalik...mOga kita d jauhkan drpd suma ni...dri Dia kita, kpd Dia juga kite kmbli...igt lah akn kekuasaanNya...mOga d jauhkan...mOga lgsung tidak terjebak~...seharusnya, kite harus tkut akn suma ni...hmm, didikan agma dan ibu bpa amt pnting...pengaruh persekitaran juga...

Mijie 7/09/2010 11:47 PM  

@syaril

ha..2 ar penyebab nye..ingin mencuba bende baru konon. sekali cuba mesti nk lg..

Mijie 7/09/2010 11:51 PM  

@nor_anifa

a'ah..btul2..mslh yg sama kan..:)

Mijie 7/09/2010 11:52 PM  

@MissXYZ a.k.a Abaikan

a'ah..msg2 kene pndai jage diri sndiri kan..

Mijie 7/09/2010 11:53 PM  

@intan shafiqah

a'ah..insyaAlla..dijauhkan semua perkara begini..

ozzy 7/10/2010 12:03 AM  

salam..
ada juga yg telah diberi didikan agama tetapi ianya masih juga berlaku..amat sukar untuk menyalahkan sesiapa dizaman ini kerana dibumi arab juga berlaku masalah sebgini

mar 7/10/2010 12:38 AM  

dunia dh nk kiamat..
maksiat ada dimana-mana..huhu

fatinmmj 7/10/2010 1:08 AM  

trtarik dgn kata2 ini -Ibnu Khaldun.. “Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang”. walupun mngkin kdgran agk biasa bgi mereka yg tak fikir dalam2, ttpi impaknya sbrnya sgt besar, renung2 kan ayat tersbt, fikirkan apa akn trjadi pad msa dpn..ish2...aduhhh....beratnya...

fatin percaya, didikan dan perhatian dri ibu bapa adalah sumber dan kunci utama kepada pembentukan akhlak sesorang manusia.so nk jdi ibubapa bkn senang ya, byk tnggunjwb perlu dititik beratkan. Baik buruk sesorg anak tersebut berbalik kepada org tua tersebut....


fatinmmj

Mijie 7/10/2010 1:19 AM  

@ozzy

a'ah..kebanyakan pndai bab2 agama tp x pndai nk aplikasikan dlm kehidupan mereka.

Mijie 7/10/2010 1:37 AM  

@mar

emm..dh bnyk perkara buruk berlaku kan..

Mijie 7/10/2010 1:38 AM  

@fatinmmj

a'ah..btul2...ibubapa mempunyai cabaran yg sgt besar pada masa sekarg..sbb 2 ramai yg xnk kawen kot..hehe..;P

miszlullaby 7/10/2010 2:17 AM  

susah kalau tak ada kesedaran..agama pulak ditolak ketepi.Ini la yang jadi.

unniesya 7/10/2010 2:17 AM  

Ya ALLAH apa nak jadilah skrg nie..perkara yg di tegah agama semakin berleluasa n dah jadi kebiasaan pula...

Mijie 7/10/2010 2:45 AM  

@miszlullaby

2 ar zaman sekarang..macam2..

Mijie 7/10/2010 2:46 AM  

@unniesya

a'ah..apa nk jadik sekrang..bnyk dh perkara tidak di ingini berlaku..perkara larangan dh menjadi kebiasaan pd zaman sekarang.

RedBoy 7/10/2010 12:54 PM  

dunia nk kiamat dah.. skrg org percaya dgn ramalan sotong dan nuri tu pula.. semua tu syirik.. masalah sosial ni dah lama dah berlaku dan memang tak dapat di bendung lagi..

hishhh..

suka_haha 7/10/2010 1:11 PM  

masalah yang paling glamer kat negara kita inilah dia

Mijie 7/10/2010 1:25 PM  

@RedBoy

a'ah 2 ar..cam2 hal terjadi kan..adui..dunia2

Mijie 7/10/2010 1:26 PM  

@suka_haha

ha'ah..brtul2..dari dulu smpai sekarg..x abis2..makin bertambah je..bt kempen pun x jadi apa2..

Fontonk 7/11/2010 4:53 PM  

kalau nk ubah sesuatu, kita yang kena mengubahnya.

amira 7/11/2010 7:21 PM  

"takkan berzina seseorang itu jika dalam keadaan beriman"

"jangan hampiri zina..."

macam2 lagi dok sebut supaya kita fikir,,
bila akal menguasai nafsu memang ini la yang terjadi..

Mijie 7/11/2010 8:01 PM  

@Fontonk

a'ah..diri sendiri lah yg menentukan baik dan buruk perlakuan kita. so, pndai2 lah jaga diri sndiri..

Mijie 7/11/2010 8:02 PM  

@amira

a'ah..bila nafsu menguasai diri..semua halal haram dah ditolak kebelkang..

Miz CanisTaL 7/23/2010 4:21 PM  

hurm.. mcm2 skrng ni...

Mijie 7/23/2010 5:05 PM  

@Miz CanisTaL

a'ah..btul2.mcm2 skrg..ssh nk kawal kan..

Ameerah Abdul Azmil 2/15/2012 10:14 PM  

MashaAllah.. teringat kata-kata seorang penceramah dr Gaza yg bagi ceramah di sekolah saya: "nilai remaja di sesebuah nagara akan memberitahu apa yg akan terjadi pada sesebuah negara itu pd masa yg akan datang" Ya Allah, Kau lahirkan pemimpin2 dari kalangan remaja yg berwibawa dan dpt memerintah mengikut perintahMu.

Anonymous,  12/27/2012 2:19 PM  

kenapalah remajaku sedemikian rupa

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.