Home » , » Terkena Lagi..

Terkena Lagi..

Sunday, May 9, 2010

Salam, firstly, mijie ingin memohon maaf pada Cik QiQi kerana baru sekarang nak balas tag dia. Mungkin dekat seminggu dah menerima tag ini tapi mijie busy sikit untuk membalas nya..Hari ini baru ada peluang untuk membuat benda alas ni.

Ok, citernya macam ni, Cik QiQi telah mengamanah kan tuntutan dia dimana :

1. G kt u allz nye folder, tengok folder gambar u allz yg ke 8
2. Ambil gambar yang ke 8 dlm folder tu.
3. Postkan kat u allz nye blog n citekan kisah gmbar 2...
4. Pastu...u allz suh la 8 org yang len wat...


Haa, tu lah tuntutan dia..Okei..Jom bace cerita mijie..hehe..

Sebenarnya mijie nie tak pandai nak ber’story2’ nie..Adui.. ape boleh buat, dah terkena. So, buat jelah. Nanti merajuk pulak kan Cik Qiqi nie. Oklah Cik Qiqi, citer yer macam nie..Jeng jeng jeng…..




Sebenarnya, gambar ni, gambar lama yang tahun lepas punya, tapi nak buat macamana memang gambar nie yang ke 8(betul ke??..). Ini adalah gambar family mijie pada tahun 2009, tahun nie dah banyak berubah, dah ada pertambahan dan juga ada yang berkurangan.

Ok, mijie akan menceritakan yang bertambahan dulu yer..yelah suka-suka dulu baru lah sedih-sedih kan..Yang bertambah nie adalah sekarang mijie dah dapat 2 orang 2 anak sedara baru yang kiut miut, semuanya lelaki, seorang bernama mohd Zaquan dan seorang lagi bernama Mohd Ziqri Arsyad. Ni bukan kembar tau, mak lain-lain tapi muka hampir serupa. Tapi mijie baru dapat jumpa sekali je dengan diaorang..tu pun sekejap je time balik cuti aritu..



Yang sedih pula adalah, adik bongsu mijie telah meninggal pada bulan 10 tahun lepas kalau tak silap. Pada hari jumaat. Hari yang penuh keberkatan. Dia meninggal adalah disebabkan sakit dari kecil lagi…Adik mijie nie istimewa sikit. Tidak macam kanak-kanak lain. Dia hanya mampu berbaring je walaupun dah umur 10 tahun..Nasib baik mijie mempunyai seorang mak yang redhai dan tabah dengan ketentuan illahi dan sanggup menjaga nya selama 10 tahun ni. Bukan tempoh yang sekejap tau. Lama juga kan. Siang malam menjaganya. Sedih juga lah bila dia dah tiada tapi redha dengan ketentuan Nya. Dia lebih menyayangi nya, mungkin ini adalah yang terbaik dan juga yang hidup pasti akan meninggalkan kita, cuma caranya berbeza-beza kan .

Kira ok lah nie kan Cik Qiqi..cerita ringkas pasal gambar nie..hehe..mijie xpandai nak ber’Story2’ nie..hehehe..nanti lain pula jadinya kan..hikhihk..

Ok sekarang mijie nak bagi tag ni kat orang lain pulak..emm nak bagi kat spe yer..mcm biasa lah mijie akan buat cabutan kat followers mijie nie..:)

- mizah
- dila
- siti
- adah

2 dah komen:

CiK QiQi 5/10/2010 10:38 AM  

ekekeke....xmajuk pon..cme ttggu2 gak story dr en mijie..eekekke...

hm..tp kte tpkse rdha jugak ngn pemergian org yg kite syg kn...Allah lebih Mengetahui..tiap yg terjadi pasti de hikmah...

jgn sdey2 en mijie^_^

S.I.T.I 5/10/2010 5:15 PM  

err..siti takde banyak gamba la nak tunjuk. hehe. sory~

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.