Home » , , , , » Nama2 Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Nama2 Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Friday, May 28, 2010

Pada pagi jumaat yang mulia ni, mijie ingin berkongsi sikit tentang Nama2 Syaitan yang terdapat dalam surah al-fatihah. Walaupun mijie ni bukan ustaz atau ustazah tapi kita umat Islam wajib saling ingat memperingati..

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid.

Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7 SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ........ Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian:-

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

p/s: oleh sebab itu marilah kita sama2 m'perbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah
pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah alfatihah... tapi utk membaca alQuran seluruhnya.

wassalam.

17 dah komen:

S.I.T.I 5/28/2010 9:04 AM  

erk ? nama SYAITAM dlm al-fatihah ?? heh, sile betulkn eh ? :P
btw, bagus maklumat nie. saling mengingati sesama blogger. lalala~

Krole 5/28/2010 11:07 AM  

wuahhh thanx mijie sal info ni...

Cik Ubi 5/28/2010 1:07 PM  

mnusia kenkadg tau tapi terlupA,ada plak yg memg x tau...ingaT mgingati perkara baik n usaha yg baik mndpt blasan ug baik..insyaAllah.. =)

Mijie 5/28/2010 2:42 PM  

S.I.T.I :: tenkiu siti bgtau..xperasan pulak..

Krole :: tenkiu2

Cib Ubi :: a'ah btul2..kita kadang2 terlupa kan..lebh2 lagi klu nk cepat..laju je baca kan..

hans 5/29/2010 9:29 AM  

yups
betul2
ustaz n ustazah pernah bagitahu

zulfadhli isman 5/29/2010 9:55 AM  

Alhamdulillah, terima kasih kerana berkongsi :)

Mijie 5/29/2010 10:09 AM  

sme2..saling ingat memperingati kn..;)

Cikgu Idris 5/29/2010 11:03 AM  

Alhamdulillah dengan info ni kita dapat sama2 betulkan bacaan Al Fatihah kita..semoga solat2 kita lebih mantap

Yiedpozi 5/29/2010 1:01 PM  

thanks for the info...

yastro 5/29/2010 3:18 PM  

yup betul tu...nice sharing
(kat surau saya pun ada ditampal info ni) jd berhati2lah bila membaca surah al fatihah!!!

nuriz 5/30/2010 10:24 AM  

terima kasih mijie :)

M!Er4N 5/30/2010 11:05 AM  

info yang sangat baik bg tatapan umat islam..thanks 4 this info :)

Dauspozi 6/01/2010 11:06 AM  
This comment has been removed by the author.
Mommyyus 6/01/2010 7:17 PM  

Subhannallah...thanks for sharing

Ahmad Zaki 7/31/2010 12:06 AM  

Assalamualaikum...

Perkara seperti ini sebenarnya perlu diperhalusi sejak diajarkan ilmu AlQuran pada kanak2..

Malah sehingga kini, ada lagi "orang tua" yang salah bacaannya, rukun / pergerakkan dalam solatpun ada yang silap, fahaman terhadap sesuatu perkara dalam solatpun ada juga yang tunggang-langgang... Tua tak semestinya berilmu tinggi dan baik.

Jadi, sempena ramadhan yang akan datang, kita jadikan bulan untuk memperbaiki mutu bacaan ayat2 AlQuran, kualiti solat dan lain2 ibadah kerana dlm bulan ramadhan sepatutnya lebih memberikan "mood" untuk kita jadi lebih baik...

Mijie 7/31/2010 1:17 AM  

@Ahmad Zaki

a'ah..btul2..terima kasih yer atas komen yg diberikan..:)

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.