Home » , , , » Bolehkah Meninggalkan Solat Jumaat Kerana Kerja

Bolehkah Meninggalkan Solat Jumaat Kerana Kerja

Friday, May 21, 2010

Assalamualaikum w.b.t. Dalam perjalanan mijie ke masjid sebentar tadi. Mijie mendapati terlalu ramai lelaki-lelaki yang masih bekerja walaupun azan Zuhur dah berkumandang(mijie pun turun lewat sikit tadi). Adakah seseorang lelaki tersebut boleh meninggalkan solat Jumaat demi untuk melaksanakan tugas?.

Dibawah ni ada sedikit penerangan kepada kes di atas :-
Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya.

Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut :-


1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid

2) Sakit

3) Dalam keadaan bermusafir

4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid

5) Tertidur

6) Pengsan

7) Gila

8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara

Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.

*Jadi, untuk kes yang mijie ceritakan tadi tergolong dalam golongan mana?. No 1 hingga no 7 sah dah bukan kan..Kalu nak kata no 8 tu, rasa tidak juga. Disini aman dan tenteram je mijie tengok. Fikir-fikir lah.

21 dah komen:

RaMa2UnGU 5/21/2010 3:08 PM  

btul tu..
knapa ek sesenang hati je nak tinggalkan solat jumaat tu..bkn hari2 kene buat..hari jumaat je..
hmm..tak faham

Mijie 5/21/2010 3:20 PM  

a'ah btul2..nk kata msjid jauh..dkat je..tp knp slain terengganu, kelantan n kedah. bekerja hari jumaat?

Krole 5/21/2010 3:28 PM  

wuahhh..tq mijie atas ilmu yg dkongsikn...

Tn.Punya 5/21/2010 3:30 PM  

Tarik trafik guna backlink... jom kongsi tutorial d sini http://myvitrd.blogspot.com/2010/05/tips-tingkatkan-trafik-menggunakan.html

Azri Omar 5/21/2010 3:44 PM  

sembahyanglah kamu di blkg imam sbeleum kamu disembahyangkan di hadapan imam... ke guane?

c.i 5/21/2010 4:21 PM  

as solatu 'imadud din
(solat itu tiang agama)

kalau tiang tu maknanya sesuatu yang penting..asas..foundation..jadi, pikir-pikirkan lah..

Mijie 5/21/2010 4:47 PM  

azri :: a'ah btol2..jgn tunggu bila kita berada di hadapan iman.mase ni nk bertaubat xde guna dh.

c.i :: a'ah btul2..klu tiang xde..mcm mana nk bina sesebuah rumah kn..

Aidi-Safuan 5/21/2010 5:10 PM  

ini macam doktor tengah pembedahan boleh la nih. takkan kerja mekdi pon nak jugak alasan? :P

CHEGU ALONG 5/21/2010 7:50 PM  

tula..slalu sgt org tgal2 solat sebab keje.aiss,pelk tol..

Amy Syaquena 5/21/2010 8:21 PM  

salam ziarah..just follow ur blog,pasni boleh amy berkunjung di sini

qdine 5/22/2010 7:39 AM  

mane boleh tinggal solat jummat, walaupun kerja..

yg boleh hanya musafir saja, itupun musafir tu keluar dari daerahnya selepas subuh. kalau sebelum subuh kena buat juge...

MSR 5/22/2010 7:54 AM  

Solat Jumaat tu ibarat solat Fardu.. tak boleh ditinggalkan atas sebab atau alasan yang remeh..

Tapi yang sedihnya ada yang pergi masjid tapi x solat Jumaat.. apa cerr?

Anda Rasa Anda Cukup Pantas?

etam grecek 5/22/2010 9:12 AM  

islam memudahkan semua persoalan..

Nuraisyyah 5/22/2010 10:52 AM  

xboleh3..tgalkan sgale urusan apabila smpainye waktu utk kite solat..itu la yg terbaekk..:)

ellis suriyani 5/22/2010 12:18 PM  

ehem..rasenye..shahir menang x malam ni?

+akufobia+ 5/22/2010 6:17 PM  

alaa.kan solat untuk recharge tenaga.ada la masa nak escape dari buat kerja kejap.rehat.kalau tak jumaat,tak ke penat.kesian.

~NURUL~ 5/22/2010 9:56 PM  

salam wah mekasih mijie atas peringatan ni..

masa praktikal kat MAINJ, ari jumaat selalulah p Plaza Kotaraya, pergi time orang laki tengah solat or kadang2 azan tengah berkumandang, khutbah dah kedengaran, maklumlah, Masjid kat dalam plaza je kan..

TAPI... tempat makan penuh sesak dengan lelaki.. y borak2 hisap rokok sembur asap kepul, gelak2, baca paper.. aikkk???? kitorang pulak yang segan nak p makan kat kebayan tu..

Mijie kucing fiza dah balik!!!

Anonymous,  10/29/2011 12:08 AM  

kalau seorang doktor meninggalkan solat jumaat semasa membuat pembedahan yang mana pembedahan itu sesuatu yg telah ditetapkan tarikhnye (maksudye bukan critical), cuma mungkin rasa segan untuk menanyakan pada bos/ketua (bukan islam) yg sedang membuat pembedahan itu perlepasan untuk solat jumaat macamana?

Anonymous,  6/26/2012 7:13 PM  

Maaf mencelah. Maksud kritikal pada saya lebih menjurus pada unit kecemasan contohnya pemandu ambulans dan petugas2 bila mana berlaku kecemasan mereka ini diperlukan segera terutamanya apabila melibatkan nyawa seseorang. Mereka dianggap standby utk keadaan darurat. Begitu juga tentera yang bertugas mengawal pangkalan atau sempadan yang tidak boleh membiarkan tiada jagaan dikhuatiri berlaku serangan atau khianat musuh. Maaf kalau tersilap harap ditegur.

Anonymous,  3/02/2013 1:20 AM  

kerja kat restoran killiney putarajay kena gilir2 solat jumaat.minggu ni staff lain pergi dan staff lain pergi.minggu depan staff lain pergi,staff lain plak xpergi.owner melayu.islam ke x,kurang pasti.:)

Anonymous,  3/02/2013 1:22 AM  

kerja kat restoran killiney putrajaya bangunan galeria kena gilir2 solat jumaat.minggu ni staff lain pergi dan staff lain xpergi.minggu depan staff lain pergi,staff lain plak xpergi.owner melayu.islam ke x,kurang pasti.dasyattt..:)

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.