Internet Buat Hal??

Saturday, May 29, 2010

Kenapa eyk, sejak kebelakangan ini internet sekarang problem?. Tersangat2 lembab cam siput. Korang tau tak sebab pe?. Dulu mijie ingat problem ni berlaku kat WiFi kat rumah sewa mijie dan office je. Tapi sekarang kat rumah lagi teruk, lebih2 lagi guna broadband. Member2 kat sini pun mengalami problem yang sama.

Aduis, apalah nasib, nak buka blog nie pun dekat 15 minit tu belum tentu dapat buka sepenuhnya. Apatah lagi nak blogwalking. Sebab tu lah kadang2 mijie tidak membalas kunjungan korang. Bukan mijie sombong tau. Mijie dh cuba untuk membalas tapi internet tidak mengizinkan. Huh tension giler.

Trafik pun jatuh sekarang. Baru je nak maintance kan trafik tapi dah internet buat hal, tak dapat lah. Aduis.. Kenapa eyk?. Kat tempat korang macam nie jugak ke??. Ataupun ok je..Macam mana nak selesaikan kan nie. Kalau macam nie selalu, susah lah.

Nama2 Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Friday, May 28, 2010

Pada pagi jumaat yang mulia ni, mijie ingin berkongsi sikit tentang Nama2 Syaitan yang terdapat dalam surah al-fatihah. Walaupun mijie ni bukan ustaz atau ustazah tapi kita umat Islam wajib saling ingat memperingati..

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid.

Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7 SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ........ Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian:-

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

p/s: oleh sebab itu marilah kita sama2 m'perbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah
pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah alfatihah... tapi utk membaca alQuran seluruhnya.

wassalam.

Mencari Pelawat Yang Bertuah

Wednesday, May 26, 2010

Salam. Macam x percaya pulak yang hit counter mijie dah nak smpai 5 angka. Sekarang dah 9059. Hepynya. Sebenarnya dah terlewat mijie post entry ni memandangkan terlalu sibuk. So, sekarang mijie ingin cari pelawat yang bertuah yang mendapat hit yg ke-10000 dan juga sempena mijie balik kampung cuti ni. HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!

Tapi korang mestilah patuhi peraturan-peraturan yang mijie tetapkan. Ok, Peraturan-peraturannya adalah seperti berikut..;-

1 - Korang mesti menjadi follower mijie terlebih dahulu. Untuk mengelakkan daripada spam.
2 - Exchange link dengan mijie
3 - Print screen hit counter tersebut sebagai bukti yang kukuh. Dan emailkan kepada mijie.
4 - Mestilah penduduk malaysia. Orang luar x leh yer. Nanti susah nak bagi hadiah kalau korang dapat hit tersebut. Sory

Haa..itu sahaja peraturannya. Mudah, Senang dan simple sahaja kan..

*jangan cuba hack tau hit counter mijie tu..

Interesting Blog Award Dan Tag

Tuesday, May 25, 2010

AWARD

Assalamualaikum. Mijie dapat award lagi daripada krole. Alhamdulillah. Murah sungguh rezeki mijie. Terima kasih yer krole bagi award ni kat mijie. Tajuk award nie adalah "INTERESTING BLOG AWARD". Mijie pun xtau kat mana interest sangat blog mijie ni. Terima kasih sekali lagi ye krole. Tapi sebelum dapat award ni, kena jawab soklan kat bawah ni dulu.(soklan lagi)..ishk4

1.suke makan.
- Mestilah suka, kalau tak suka, bukan manusia lah 2..Makan kan untuk hidup..Tapi hidup bukan untuk makan tau. Jangan salah faham tau. Hidup untuk beribadah kepada yang Maha Esa.

2.suke tgok movie.
- Tengok jugak kadang2. mijie tak berapa minat tengok movie nie tapi kalau tengok dengan member2 suka gak..


3.suke bace buku.
- buku??..hehehe. kalau time study dulu minat lah juga. But now, kurang sikit. Nak baca pape2 maklumat, buka laktop. Hihi

4.suke shopping.
- shopping pun tak suka gak. hehe. Tak tau nak beli ape. Rasa cam tak penting jew.

5.suke dngaq lagu
- Yang nie paling mijie suka, kalau buka laktop. Confirm pasang lagu. Rentak lagu ikut mood, time jiwang, dengar lagu jiwang, time rock. dengar lagu rock..hihii

6.suke ....
- emm suke pe nie????..xpham soklan..hihihih..;)

Oklah atas pesanan daripada krole. Mijie akan bagi kat 5 orang member yang lain yang bertuah pulak.
- Eikasyaza
- Safira
- Ibuarifa
- Rerame-Ungu
- Mieran

Ok siap jugak walaupun dh lama tertangguh.Sowy yer..

TAG



Assalamualaikum..Yang ni pulak tag dari krole jugak..Baik sungguh krole ni, bagi 2 sekali gus, award dan tag. Tak sia-sia mijie kenal dengan krole nie. Lagipun krole adalah pengunjung setia blog mijie taw. Tiap2 ari datang, eh3 bukan tiap2 ari tp tiap2 masa taw kalau free. Korang berkenalanlah dengan krole nie. Baik n hensem lagi taw..Bukan bodek nie. Tapi betul2 taw. Jom baca apa yang krole tag kat mijie.

1~ Adakah anda happy skang ??
- Hepy sebab masih mampu berdiri, berjalan, berlari, merangkak, meniarap. Dan masih mempunyai family yang menyayangi mijie. Syukur alhamdulillah.

2~ Kenapa anda happy??
- Kan dah jawab tadi. Mijie mempunyai segala2 nya..;)

3~ Apa yang membuatkan anda happy??
- Dapat kuar jalan2..heheh

4~ Pernahkah anda menerima TAG??
- Pernah sangat2. Boleh dikatakan tiap2 hari mijie menerima tag. Terima kasih kepada yang memberi tag kat mijie tapi ada jugak yang tak terbalas. Mijie dah cuba untuk membalas tag korang tapi busy lah dan kadang2 terlupa.Sory yer.

5~ Nyatakan warna yang anda suker??
- Hijau, biru, hitam

6~ Berikan kepada 6 orang yg kamu mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang kamu tag supaya dapat respon(nak lebih pun boleh kurang pun boleh)

Calon2 nyer ~
- Fasya
- +akufobia+
- assoyfinger
- yastro


7~ Nyatakan sifat orang yg anda tag..nak tulis panjang berjela pun takpa..asalkan anda happy..

- Fasya :: Fasya ni pun baik jugak dengan mijie..Selalu datang melawat blog mijie
- +akufobia+ :: Seorang lelaki, nampak cam muda lagi. dia ni selalu komen kat setiap entry mijie. Jarang-jarang komen kt shout box. Terima kasih yer +akufobia+
- assoyfinger :: Assoyfinger pun selalu datang melawat blog mijie.Setiap masa dan ketika. Best kawan dengan dia
- Yastro :: ni pun sama mcm akufobia. Selalu datang blog mijie dan komen kat entry mijie.

8~ ni soklan cepu emas ini..adakah anda happy dengan apa yg anda ada?
- Semestinya hepy sangat2..;)

Kenangan Konvokesyen

Monday, May 24, 2010

Salam. Hari ini aku just nak berkongsi gambar2 istiadat konvokesyen yang telah berlangsung pada 22/05/2010 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam.

Sempat lagi ambik gambar sebelum masuk ke dalam dewan. Time ni mijie sampai lewat sikit, orang dah berbaris. Kelam kabut mijie mencari no giliran..Aduss..


Sedih time ni, semua family datang. Mijie sorang2 je. Family tak dapat datang atas sebab2 perkara yang tidak dapat dielakkan. Sedihnya.. waaa


Akhirnya jumpa juga dengan kawan2 mijie ni. Jealous nya tengok kawan mijie tu, dapat bunga dan bear dari family dia. Mijie nak jugak.waaaaa


Kemana menghilang kawan-kawan mijie yang lain?..Puas mencari. Tapi tak jumpa. Hanya yang nie dijumpai..


Yahhooooo.. Mijie dapat bunga..Sape bagi tu??..Itu adalah Rahsia..hehehe


eh2. Dia ambik bunga mijie.Bak sini balik..


Ramainya awek. hihi. Mijie bukan playboys tau tapi ramai peminat..hikhikhik..Perasan pulak mijie ni..Ala gurau jelah. Yang nie je yang mijie jumpa. Member lain dah balik. Maklumlah habis istiadat konvokesyen dah pukul 6 lebih. Masing-masing berkejar untuk balik rumah. Xsempat nak bergambar..Sedihnya x leh jumpa korang semua.


Dah hantar jubah. Kecik nampak mijie bila duduk dekat banner yang besar cam ni.


Aik duk kat mana nie?..Emmmmm...yang nie masa lepas konvo jugak. Ada kat kedai cederamata. Dapat bear sorang satu. Orang yang bagi 2 adalah secret(padahal beli sendiri)..hehehe..Tak ade orang nak kasi..sedih..Waaaa...


Yahoo..Akhirnya dapat juga segulung diploma. Eh3..Bukan segulung tapi sehelai..hihi..Mijie telah menerimanya daripada pro-canselor UiTM iaitu Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad.

Keseluruhan konvo ni adalah un-happy sebab pertama family tak dapat datang dan kedua tidak dapat berkumpul semua member2 mijie untuk kenangan. Bukan mijie sorang je yang tak dapat berkumpul dengan membr2 lain..Member mijie yang lain pun sama. Masing-masing nak balik awal. Lepas nie mesti susah untuk berjumpa lagi. Harap2 segala pengalaman bersama kat UiTM dulu tidak akan dilupakan walaupun berjauhan dan masing2 ada pilihan tersendiri samada bekerja, belajar ataupun tanam anggur.

Apa-apa pun, mijie hepy dah tamat belajar, bergelar graduan UiTM dan diistiharkan sebagai seorang alumni UiTM. Semoga UiTM Tetap Dihatiku. InsyaAllah.

Tag 2 Juta From Aisyyah

Saturday, May 22, 2010

Mijie dapat 2 juta??..Wow bez tu. Rezeki mijie pada akhir bulan nie. Nanti boleh belanja korang kan. Berblog x sampai 2 bulan dah dapat 2 juta. Wow. Ni bertambah semangat mijie nak berblog nie.. 2 juta tu bukan nilai yang sedikit. Boleh jdi jutawan nie..Jutawan muda..Seronok2..opsssssss apa mijie merepek nie..Actually, mijie telah di tag oleh Nuraisyyah ni. Dia yang memberikan mijie 2 juta ni. Hehehe..Terima kasih banyak2 yer Nuraisyyah. Hepy sangat2. Tapi yang sedihnya. Mijie pun kurang pasti..Apa dia 2 juta tu..duit kah?..daun kah?..kertas kah?..pasir kah??..tak tau lah apa kebendanya tu..


A) Ucapkan time kaseh pd blogger yg tag anda n sertakan link blog skali.
- dh ucap kat atas tu..

B) Tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng (nak tag kat 2 juta kawan pon tak pe)
~ok..korg2 yg d bawah ni sila2 la jawab tag ni klau ade mase~

- Nard
- Mialianas
- Aku Perasan Baek
- Hawa
- av

C)Apa agaknya angan angan korng tu? korng berangan nak buat per ngan duit ni?

Owh duit upernya..Ok mijie tengah berangan nie. Eh2 jap macam cerita Fakir Miskin pula kan dapat RM2,000,000.00. Ok jom berangan bersama mijie..

Kalau lah mijie dapat RM2,000,000.00. Mijie akan membawa parents mijie pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Lepas tu mijie akan beli sebuah rumah banglo yang mewah dilengkapi dengan swimming pool, kereta yang mewah(Honda Civic Type-R pun dah ok, tapi untuk tahun ni je, tahun depan model ni dah tak keluar, so kena berangan kereta lain pulak),

Lepas tu nak pergi shopping2..Eh3 silap2, mijie tak suka shopping, pastu pergi holiday kat mana2 pun asalkan hepy, enjoy sikit2, lepaskan tension, Emm lagi..Buat modal untuk buka bisnes(mijie ni suka berbisnes tapi tak reti...hehe..spe2 leh tolong??)..Pastu menabung untuk Bekalan Hari Tua nanti. Pastu nak kawen, eh3. Silap lagi. Muda lagi. Tak nak kawen lagi lah. Sape2 yang cop mijie sabar dulu yer..hihihi

Oit3 mijie dah la tu berangan. Kalu berangan tu tak ingat dunia..ishk3 pe nak jadik..hehehe

*Ok. Dah selesaikan hutang mijie dengan Nuraisyyah nie..Yang terkena tu sila buat yer..nak tengok camner angan korang pulak..

Bolehkah Meninggalkan Solat Jumaat Kerana Kerja

Friday, May 21, 2010

Assalamualaikum w.b.t. Dalam perjalanan mijie ke masjid sebentar tadi. Mijie mendapati terlalu ramai lelaki-lelaki yang masih bekerja walaupun azan Zuhur dah berkumandang(mijie pun turun lewat sikit tadi). Adakah seseorang lelaki tersebut boleh meninggalkan solat Jumaat demi untuk melaksanakan tugas?.

Dibawah ni ada sedikit penerangan kepada kes di atas :-
Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya.

Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut :-


1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid

2) Sakit

3) Dalam keadaan bermusafir

4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid

5) Tertidur

6) Pengsan

7) Gila

8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara

Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.

*Jadi, untuk kes yang mijie ceritakan tadi tergolong dalam golongan mana?. No 1 hingga no 7 sah dah bukan kan..Kalu nak kata no 8 tu, rasa tidak juga. Disini aman dan tenteram je mijie tengok. Fikir-fikir lah.

Suami Isteri Bunuh Anak Sebelum Bunuh Diri

Thursday, May 20, 2010

Sejak akhir-akhir ini, dah bermacam-macam berita yang tidak harus berlaku dikalangan umat Islam telah berlaku. Berita mengenai pembuangan bayi lah, kes rogol lah, bunuh membunuh lah dan isu halal haram lah dah semakin bertambah di dada akhbar dan juga televisyen. Tiap-tiap hari ada je kes-kes macam ni yang keluar. Apa nak jadi sekarang??.

2 hari lepas mijie terbaca dalam surat khabar, kakak yang memukul adiknya hanya disebabkan oleh teguran adik supaya tidak membawa lelaki yang bukan muhrim masuk dalam rumah. Nampak macam perkara kecil tapi kenapa perkara kecil nie boleh menjadi besar dan mengakibatkan kecederaan??..Adakah kerana kurangnya didikan agama??..

Hari ini pula berita tentang "Suami isteri bunuh anak sebelum bunuh diri". Berapa banyakkah dosa yang ditanggung?. Dosa membunuh diri dan dosa menjadi pembunuh?. Untuk lebih lanjut klik read more..


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berumur dua tahun mati dipercayai diberi racun tikus, manakala kedua ibu bapanya ditemui mati selepas terjun dari tingkat 29 sebuah kondominium mewah di Brickfields awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui mati di rumahnya di tingkat 13 kondominium itu selepas mayat kedua ibu-bapanya dijumpai di belakang kondominum itu.

Bapa kanak-kanak itu dipercayai seorang pegawai kewangan sebuah syarikat tempatan dan ibunya adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Beliau berkata mayat pasangan itu ditemui pengawal keselamatan kondominium itu yang dikenali sebagai Mala, 30-an, ketika meronda pada 7.30 pagi dan memaklumkan kepada polis.

Mayat pasangan terbabit ditemui dengan kecederaan parah di kepala serta kesan kelar di tangan kirinya, sementara isterinya ditemui dalam keadaan mengiring berhampirannya.

Ku berkata apabila polis ke rumah pasangan terbabit di Tingkat 13, mereka menemui seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan ditutupi kain putih, dan terdapat kapas di dalam hidungnya dalam sebuah bilik di rumah itu. - Bernama

* Masih dalam siasatan. so, punca yang sebenar masih belum dikenalpasti..

Award Yang Ke - 8

Wednesday, May 19, 2010

Yeye mijie dapat award lagi daripada Nuraisyyah. Bertuah sungguh mijie bulan ni. Nie adalah awrd yang ke-8..1 bulan dapat 8 award.. Beznye..Terasa dihargai dan akan membuat semangat mijie untuk berblog berkobar-kobar(btul nie, x tipu-tipu)..Terima kasih sekali lg kepada yang pemberi award ni yer..Mijie akan simpan baik-baik award yang diberikan sebagai tanda penghargaan..


1) Copy award nie kat blog korank.
Done


2) wat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan korank.
Terima kasih mijie ucapkan kepada pemberi award nie iaitu Nuraisyyah yang sudi memberi award kepada blog mijie yang x seberapa ni. Mijie hargai award yang anda berikan dan mijie akan menjadi lebih bersemangat untuk berblog dan terus berjuang dan berjuang dalam dunia blogger ni..cewah mcm pemenang piala Thomas plk..hihi

3) jawab soalan2 tag nie;

1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang
- tgahari nanti nak makan ape yer n nk makan dgn spe ek..spe2 nk mkn dgn mijie,sila angkat tangan

2. Apakah nama samaran korang
- mizi
- mizie
- mijie

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
- Mak
- Ayah
- Adik

4. Panggilan untuk si dia
- emm..enth..lu pikir lah sendiri..ihihihi

5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
- Nak Kereta jugak(daripada jwapn nuraisyyah). Honda Civic Type-R Jadiklah..

6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak
- Sume yang ada kat list nie mijie suka..Jom p layan..

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda
- Nuratikah Azmi
- Elya
- Ron
- ApekxHensem
- Cik Qiqi
- Hani
- Aslinda
- Nafira

15-7=8 orang..
*Klu berminat ambik jer..;)

Anugerah Tindakbalas Terbaik

Monday, May 17, 2010

Salam..tengok comel tak anugerah nie. Anugerah ni diberi nama "ANUGERAH BLOGGER TINDAKBALAS TERBAIK". Mijie pun xtahu apa makna tindakbalas tu dalam blogger, bak kate tuan yang pemberi, tindakan balas sains. Bagi mijie, bukan tindakbalas Sains tapi tindakbalas Kimia. Mijie x blaja Sains masa ting 4 dan 5. So, tak tau lah..hihi

Cik Loyar Lawa ni, tau ringkasnye Cik LL..Beliau adalah followers mijie yg ke-200. Dulu x sempat nak tulis entry khas kat beliau tp xpe lah malam nie mijie postkan yer Cik LL. Beliau letak nickname ni sebab bukannya beliau nak kata beliau lawa, tapi beliau nak jadi loyar betol, bukan loyar burok lagi.


Mijie nie baru kenal dia tapi dah makin rapat. Tapi belum jadi makwe tau..hihihi.. Gurau je, jangan marah Cik LL..Emm xnak citer panjang, mijie kurang sihat nie dan baru bangun tido..Kepala masih pening agi walaupun dah mandi..Korang nak kenal dengan lebih dekat, korang klik lah Sini yer.

Ok. Sekarang macam biasa mijie akan bagi pula anugerah ini kepada sesiapa yang mijie rasa layak..
- Assoyfinger67(bez frienw mijie)
- Roy
- Nuraisyyah
- Zulkbo
- Nizam Limited
- Nizam
- Sakura
- Aidi Safuan
- Sis Dahlia(dh lama nk bg kt sis nie..;)

Yang dapt tu. Sila ambik yer..;)..nnti mijie tambah lagi..

Maafkan Aku, Aku Tiada Dirumah Semalam

Sunday, May 16, 2010

Salam, firstly, mijie ingin mengucapkan terima kasih kat korang kerana sudi melawat blog mijie time mijie xde kt sini. Terharu jugak mijie bila tgk ramai yang datang walaupun mijie xde. Sebenarnya mije sekarang ada kat Shah Alam nie. Semalam ambik jubah konvo dekat UiTM Shah Alam. So, tak online pun memandangkan tersangat busy dan tambahan pula laktop tak bawak lah. Nie pun online sebab kawan mijie masih tidur, boleh lah guna sekejap sebelum balik Bangi dalam kul 3 nanti. Tak sabar nak balik nie nak jumpe korang2 semua..;)

Semalam ingat mijie nak balik terus lepas selesai mengambil tapi rasa macam letih pula nak balik. Yelah duk dalam Komuter bukan kejap, 2 jam juga tau dari Shah Alam ke Bangi nie..dah la weekend ramai orang, comfirm kena berdiri.Letih woo..So, mijie membuat keputusan untuk tidur semalaman di rumah kawan mijie dekat Padang Jawa ni. Selain atas desakan kawan mijie supaya duduk disini lebih lama sikit. Lagipun mungkin lepsa nie susah sikit nak jumpe diaorang memangkan lepas nie diaorang akan bercuti semester lebih kurang 2 bulan kot.


Petang semalam, sempat juga mijie pusing2 Shah Alam nie walaupun dalam keadaan letih. Lagipun bukannya mijie yang bawa motor, mijie just duk belakang je sambil2 melihat pemandangan kat Shah Alam nie..hehe.. Yelah mijie bukan nye selalu datang sini pun..

Oklah mijie nak bersiap nak makan pula nie, pastu nak balik Bangi. Eeeii x sabar nye..Nanti jumpe korang malam nie yer. Taatata..Miss U allz..;) ..ops sori x upload gambar yang semalam. Tak dpat nak connect bluetooth nie..Kurang mahir sikit setting Ubuntu nie..hihihi..Xpe, mijie akan upload gambar konvo minggu depan..;)

Award Lagi Dari Cik S.I.T.I

Yang nie pulak award dari siti, tande keikhlasan daripada seorang teman..Hepy nye dapat award nie..Tapi mijie minta maaf yer siti lambat terima, bukan pe, tertinggal bas lah..hihi..xde lah..mijie busy sikit..nk tulis entry sependek nie pun xde masa..

Tapi x sangka betul kan, bulan nie dah banyak mijie dapat award..Rase2 nya.bulan nie entry mijie penuh dengan award kan..Xnk terima nanti kecewa pula orang yang memmberi kan..Seikhlas hati yang memberi, seikhlas hati juga yang menerima kan. Terima kasih banyak2 yer siti..Minta hargai pemberian siti nie.


Cantik award nie. "Blogger Award Friendship" ini direka oleh pereka cerita tau..Apa2 pun tenkiu pada dua dua orang blogger nie..harap2 persahabatan kita kekal yer walaupun hanya kenal di alam maya..;)

OK, sekarang mijie nak menganugerahkan "Blogger Award Friendship" nie kepada senarai dibawah..(dlm proses lagi)

-
-
-
-
-

Ok cukup dulu..klu korang nk ambik pun boleh je..silakan..tanda persahabatan antara kita..;)

Tag Lagi Dari Nizam

Friday, May 14, 2010

Salam semua. Mijie di tag lagi oleh nizam. Tenkiu yer Nizam bagi tag ni kat mijie..hepynye(dlm hati geram nie)..hehe..Malas juga nak buat sbrnya tapi demi persahabatan ni..Mijie tetap mbalas dgn hati yg ikhlas..Emm ok jom kita tengok apa soklan yang Nizam bagi kat mijie..

1) Apa yang anda akan buat bila anda dapat tahu member anda tikam belakang anda?
- Aku akan menjerit..aduh sakit nya..sapa yang tikam aku nie.hahha. xde lah, aku rase setakat nie xde lagi kot yang tikam belakang.. xpun ada tapi aku tak tahu, tapi xpe, itu tak penting..Biarlah dia tikam belakang, hanya Allah yang balas

2) 6 orang dihati anda?
- Ayah, Mak, Kakak, Adik, Anak Sedara, kawan2 aku le..hah cukup jgk..

3)Anda rasa anda comel?
- x kot sebab comel nie hanya untuk perempuan jew..yang laki ensem..tp aku x hensem jgk..hexhex..

4) Singel or Taken?
- U all rse aku nie single or taken??..hehehh


5)Blog yang anda suka?
- banyak-bayak..tgk senarai kt sini..Semua aku suka..:)

6)Adakah bilik anda kemas setiap hari??
- xtau nk kata kemas ke x..Kemas kot..tiap2 minggu berkemas..heheh

7)Lagu terakhir yang anda dengar?
- UiTm Dihatiku..dgr lagu nie teringgt kenangan kt u dulu..

8)Last teks mesej?
- ”sory, bru siap basuh baju nie”..

9)Last phone call?
- ”emm.ok..tgk lah dulu cam ner yer”

10) Hari terakhir anda menangis?
- nangis?..entah lah..lupa plk bila last aku nngis..lama 2..huhu

11) List 5 kaler favorite anda?
- hijau, hitam, purple, biru, emrah

12) Orang terakhir anda ber-Ym?
- Fara Latif..hehehe

13)Game paling anda suka?
- Banyak jugak tp aku suka Genaral, walaupun game lama, ttp aku suka..hihi

14) Adakah anda peminat MCR?
- x minat langsung.

15)Apa perasaan anda menjawab Tag ini?
- Perasaan??..emm entah..biasa2 je kot..tapi banyak nye soklan nie..letih menjwab..heheh..

16)Anda rasa Tag ini best?
-Ok lah..sape lah buat tag nie. Bagus nya tag nie (dlm hati geram nie)..

17) Tag lagi kepada 10 orang..Bnyk tu..
- Ellis
- Assoyfinger67
- Aishah
- Orang Muo
- Ku Pasrah

*10/2 = 5..So, Cukup lah 2 kan..heheh

Blogger Award Friendship

Thursday, May 13, 2010

Salam.. Terima kasih aku ucapkan kepada pemberi award ni MissXYZ dan Unniesya. Award ini amat bermakna yang melambangkan persahabatan antara kami.
Walaupun hanya berhubung di alam maya tapi ia amat bermakna.Harap2 persahabatan yang terjalin kekal forever. =)

Kepada penerima AWARD copy AWARD ini macam dapat GRAMMY, dan apa perasaan anda. Tampilkan LINK pemberi AWARD ini. Berikan AWARD ini kepada rakan-rakan yang anda rasakan layak mendapat AWARD ini.

Sila tinggalkan ucapan manis anda di kotak comment sebaik sahaja mengetahui yang anda menerima AWARD. Ianya sebagai tanda yang anda telah menerima AWARD.


Sahabat-Sahabat yang layak menerima award nie adalah :-
- missglam
- nsnoop
- fara latif
- assoyfinger
- Fasya
- Vidalarasta
- Atikah
- Aisyyah

*nnti tambah lagi..



Cara Membuat Shout Box Disisi Kanan

Salam, kepada newbie2 diluar sana yang masih belum tahu untuk membuat shout box disisi seperti yang anda lihat di blog mijie.Ikuti langkah2 dibawah nye. Walaupun dah ramai yang telah membuat nya tapi ada sesetengah yang masih belum tau kn, So, apa salah kongsi2.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya klik pada HTML/Javascript.


Langkah 2
Salin kod biru di bawah dan paste pada notepad. Gantikan teks Masukkan Kod Shout Box Anda Disini dengan kod Shout box anda.

<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:120px;
z-index:+1000;
}

* html #gb{position:relative;}


.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/tabs.gif') no-repeat;
}

.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}

</style>


<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}

function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}

</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">
Masukkan Kod Shout Box Anda Disini
<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]

</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>



Langkah 3 :
Salin kod yang telah siap di edit pada notepad tadi (rujuk langkah 2) dan paste pada Content HTML/Javascript (rujuk langkah 1).

Akhir sekali klik Preview dan jika ok dengan hasilnya, klik saja Save.
Semoga Berjaya...:)

* yang nie http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/tabs.gif boleh tukar jika mahu.

*Tutorial ini khas ditujukan kepada Fasya.

Award Yang Keempat..:)

Wednesday, May 12, 2010

Salam malam nie free sikit. so, mijie akan balas semua award daripada pemberian korang. Ok yang nie award daripada missglam dan Nur Aisyyah dan juga tidak lupa pada pemilik asal iaitu eddyboyz86..kreatif x?..tajuk award ni adalah "CREATIVE BLOGGER AWARD"..Aishmen, kreatif ke blog mijie nie sampai dapat award..hihihi...apa2 pun thank missglam, Nur Aisyyah dan eddyboyz86 bagi award nie.


Pengertian Award Ini :-

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini
di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Macam biasa. missglam telah mengamanatkan mijie untuk memberikan award ni kepada sesiapa yang layak..em nanti mijie bagi yer..:)

(dlm proses)
*spe2 yg nk boleh ambik

Award yang Ketiga

Tuesday, May 11, 2010

salam..cantik tak award nie.terima kasih yer Zaza kerana sudi memberikan award nie pada mijie...huh terharunya..tapi sebelum menerima awrd nie kena jwab soalan dulu tau..Bukan senang nak dapat nie..hihihi

1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang
tengah berfikir berapa banyak anugerah lagi lah yang akan dpt..hihihih


2. Apakah nama samaran korang
kat rumah - abang
kat kampung - mizi
kat u - mijie
kat blog - mijie..:)

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
Mak, Ayah, Kakak, Adik, Kawan2, sepupu, anak sedara, apar ipar..uik banyak nie..terlebih pulak..


4. Panggilan untuk si dia
sape ek??..heheh

5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
- biarlah rahsia..rahsia itu lebih baik daripada mmberitahu..hhehe

6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak
Miss ZaZa
Miss Kak Dahlia
Miss XYZ
Miss Siti
Miss Adah
En Ben Ashaari
En Darktbatman

dan banyak lagi..tgk kt sini..semua mijie suka..link diaorang kt atas nie pun ada dlm ni.

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda(banyak lah pulak)
Nanti ar mijie buat..(dlm proses)..heheh

Semua Nya M..Apa Dah jadi??

Monday, May 10, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera mijie ucapkan kepada semua yang hadir hari ini. Disini mijie ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam nie untuk mengetahui apa yang telah terjadi pada huruf M. Opss sorry tersilap.mcm nak bagi ucapan kat perhimpunan ar pula..heheh

Sebenarnya mijie terkena tag dari Adah nie. Tag yag nie agak mencabar juga nie. Jom tengok ape tag yang dia bagi kat mijie..

It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...



1. What is your name : Mohd Artarmizi @ Mijie
2. A four letter word : Muah (eeeii gatal mijie nie)
3. A boy's name : Mamat ( My Father's name)
4. A girl's name : Maya (watak dalam ADAMAYA. xminat pun tp terlintas nama dia..:))
5. An occupation : Menaip tiap2 ari
6. A colour : Merah
7. Something you wear : Minyak Rambut
8. A food : Mee Goreng Kering
9. Something found in the bathroom : Mushroom (yg dulu lah. Sekarang dh xde..hehe)
10. A place : Malaysia ku boleh
11. A reason for being late : Mengigau
12. Something u shout : Makkkk ooiii..
13. A movie title : Mat Rempit
14. Something u drink : Milo Ais Pekat
15. A musical group : May(rock 90-an tu)
16. An animal : Meow
17. A street name : Marang Street(ade tau)
18. A type of car : Mercedes Benz(btul ke eje nie??..btol kot)

Huh..Akhirnya siap juga.Alhamdulillah..

Okei, sekarang mijie akan bagi kat 20 orang pula..adui..bnyak nie...Yang nie mijie pilih secara random dalm list exchange link mijie..:)

* Cukup lah dulu ek..xpelah..Adah Sory ek mijie terpaksa guna huruf M juga. Orang yang kena selepas mijie dah x boleh tau..

Terkena Lagi..

Sunday, May 9, 2010

Salam, firstly, mijie ingin memohon maaf pada Cik QiQi kerana baru sekarang nak balas tag dia. Mungkin dekat seminggu dah menerima tag ini tapi mijie busy sikit untuk membalas nya..Hari ini baru ada peluang untuk membuat benda alas ni.

Ok, citernya macam ni, Cik QiQi telah mengamanah kan tuntutan dia dimana :

1. G kt u allz nye folder, tengok folder gambar u allz yg ke 8
2. Ambil gambar yang ke 8 dlm folder tu.
3. Postkan kat u allz nye blog n citekan kisah gmbar 2...
4. Pastu...u allz suh la 8 org yang len wat...


Haa, tu lah tuntutan dia..Okei..Jom bace cerita mijie..hehe..

Sebenarnya mijie nie tak pandai nak ber’story2’ nie..Adui.. ape boleh buat, dah terkena. So, buat jelah. Nanti merajuk pulak kan Cik Qiqi nie. Oklah Cik Qiqi, citer yer macam nie..Jeng jeng jeng…..




Sebenarnya, gambar ni, gambar lama yang tahun lepas punya, tapi nak buat macamana memang gambar nie yang ke 8(betul ke??..). Ini adalah gambar family mijie pada tahun 2009, tahun nie dah banyak berubah, dah ada pertambahan dan juga ada yang berkurangan.

Ok, mijie akan menceritakan yang bertambahan dulu yer..yelah suka-suka dulu baru lah sedih-sedih kan..Yang bertambah nie adalah sekarang mijie dah dapat 2 orang 2 anak sedara baru yang kiut miut, semuanya lelaki, seorang bernama mohd Zaquan dan seorang lagi bernama Mohd Ziqri Arsyad. Ni bukan kembar tau, mak lain-lain tapi muka hampir serupa. Tapi mijie baru dapat jumpa sekali je dengan diaorang..tu pun sekejap je time balik cuti aritu..



Yang sedih pula adalah, adik bongsu mijie telah meninggal pada bulan 10 tahun lepas kalau tak silap. Pada hari jumaat. Hari yang penuh keberkatan. Dia meninggal adalah disebabkan sakit dari kecil lagi…Adik mijie nie istimewa sikit. Tidak macam kanak-kanak lain. Dia hanya mampu berbaring je walaupun dah umur 10 tahun..Nasib baik mijie mempunyai seorang mak yang redhai dan tabah dengan ketentuan illahi dan sanggup menjaga nya selama 10 tahun ni. Bukan tempoh yang sekejap tau. Lama juga kan. Siang malam menjaganya. Sedih juga lah bila dia dah tiada tapi redha dengan ketentuan Nya. Dia lebih menyayangi nya, mungkin ini adalah yang terbaik dan juga yang hidup pasti akan meninggalkan kita, cuma caranya berbeza-beza kan .

Kira ok lah nie kan Cik Qiqi..cerita ringkas pasal gambar nie..hehe..mijie xpandai nak ber’Story2’ nie..hehehe..nanti lain pula jadinya kan..hikhihk..

Ok sekarang mijie nak bagi tag ni kat orang lain pulak..emm nak bagi kat spe yer..mcm biasa lah mijie akan buat cabutan kat followers mijie nie..:)

- mizah
- dila
- siti
- adah

Pengorbanan Seorang Ibu

Selamat Hari Ibu mijie ucapkan kepada semua yang bergelar ibu terutama sekali ibu mijie yg tersayang yg tinggal kat kampung tu. Harap2 sihat2 ye mak..Ok jom layan lirik lagu nie.. Layan betul2 tau. Betapa tinggi nya jasa seorang ibu yang telah banyak berkorban untuk anak-anak mereka sedangkan kadang-kadang seorang anak tidak mengerti atau buat-buat lupa pergorbanan seorang ibu, dan sanggup mengecewakan mereka dan melupakan mereka begitu seperti Si Tanggang yang lupa akan asal usul dia. Walaupun kita dah berjaya tapi adakah kita bahagia dengan kejayaan yang dimiliki itu tanpa berkongsi dengan orang tua kita yang selama ini menjaga kita sejak dari kecil sehingga menjadi seorang dewasa yang berjaya. Adakah kejayaan yang kita miliki itu berkat?.


Zaman sekarang, berapa ramaikah orang yang telah melupakan ibu mereka dan sanggup melukakan hati ibu. Ada yang sanggup menghina dan mencaci ibu mereka sendiri. apa yang hendak di malukan?. Walaupun ibu kita seorang yang miskin, tapi dengan berkat kemiskinan itulah yang telah membuatkan kita berjaya sampai ke hari ini. So, fikir-fikirkan dan renung-renungkan..Opps lari ke lain pula..Ok, Jom layan lirik nie.

Ku dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia berkerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat dihati

Beringat-beringat berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Disaat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa jasa bonda

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Disaat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Leteran darinya rasa luntur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat dihati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Cara Buat Menu Header

Saturday, May 8, 2010


Atas permintaan kawan mijie iaitu wan9. Mijie dengan telah membuat tutorial tentang Menu Header seperti yang anda lihat di atas..Mijie tidak akan menghuraikan lebih panjang tentang ini. Jom ikut step2 dibawah ini..






Step pertama :: seperti biasa pergi ke edit html dan klik expand widget templates..


Step Kedua :: cari ]]></b:skin> .Tekan control+F untuk carian tersebut.


Step Ketiga :: Copy code dibawah dan paste kan diatas kode yg telah anda cari tadi.


/**************MENU HEADER*************************/
/*Credits: By Mohd Artarmizi (http://mymijie.blogspot.com) */
/*Posted to: Dynamic Drive CSS Library (http://www.dynamicdrive.com/style/) */
.glossymenu{
position: relative;
padding: 0 0 0 34px;
margin: 0 auto 0 auto;
background: url(http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/menub_bg.gif) repeat-x;
width: 945px;
height: 46px;
list-style: none;
}

.glossymenu li{
float:left;
}
.glossymenu li a{
float: left;
display: block;
color:#000;
text-decoration: none;
font-family: sans-serif;
font-size: 13px;
font-weight: bold;
padding:0 0 0 16px; /*Padding to accomodate left tab image. Do not change*/
height: 46px;
line-height: 46px;
text-align: center;
cursor: pointer;
}
.glossymenu li a b{
float: left;
display: block;
padding: 0 24px 0 8px; /*Padding of menu items*/
}
.glossymenu li.current a, .glossymenu li a:hover{
color: #fff;
background: url(http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/menub_hover_left.gif) no-repeat; /*left tab image path*/

background-position: left;
}
.glossymenu li.current a b, .glossymenu li a:hover b{
color: #fff;
background: url(http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/menub_hover_right.gif) no-repeat right top; /*right tab image path*/

}


Step Ketiga :: Cari <div id='content-wrapper'>. Tekan control+F untuk carian tersebut.


Step Keempat :: Copy code dibawah dan paste di atas code yang telah anda cari tadi. Tukarkan Masukkan link Disini kepada link yang anda ingin link kan contoh http://mymijie.blogspot.com/search/label/Exchange%20Link . Nama Menu adalah nama yang ingin anda letak pada menu tersebut.


<ul class='glossymenu'>

<li class='current'><a href='
Masukkan Link Disini'><b>NAMA MENU</b></a></li>
<li><a href='
Masukkan Link Disini'><b>NAMA MENU</b></a></li>
<li><a href='
Masukkan Link Disini'><b>NAMA MENU</b></a></li>
<li><a href='
Masukkan Link Disini'><b>NAMA MENU</b></a></li>
</ul>


Step Kelima :: Klik preview untuk melihat hasil nya. Jika tiada error berlaku tekan Save dan jika ada error, sila hantar komen anda dibawah. Insya Allah kalau ada masa mijie akan menolong.:)

Berhati-Hati Dengan Jerat Cinta

Thursday, May 6, 2010

CINTA itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lain menerimanya.

Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.” - Ilmuan tersohor Profesor Dr. Hamka

Sememangnya perasaan kasih dan sayang atau cinta adalah kurniaan Allah yang amat unik dalam diri setiap insan. Cinta luhur dan suci, namun mampu bertukar menjadi jerat memakan diri jika tidak diurus secara rasional.


Justeru, timbul isu-isu seperti lari dari rumah gara-gara mengikut teman lelaki. Lebih malang apabila ia membabitkan remaja bawah umur dan masih di bangku sekolah, sebagaimana yang banyak berlaku akhir-akhir ini.

Akibat ‘demam cinta’ mereka sanggup mengikut lelaki yang tidak diketahui asal-usulnya, sekali gus melukakan hati ibu bapa dan keluarga, serta menggadaikan masa depan dengan meninggal alam persekolahan.

Persoalan sekarang apakah faktor yang mendorong remaja ini bertindak senekad itu. Sejauh mana kefahaman mereka tentang istilah cinta yang sebenar atau sekadar suka-suka menyebutnya?

Sebelum persoalan ini dijawab, pakar motivasi, Dr. Robiah K. Hamzah, lebih suka menjelaskan istilah cinta itu sendiri.

Katanya, apa sahaja yang membuatkan mereka gembira, tenteram, kenyang dan menang, itulah cinta bagi remaja sekarang.

“Soal halal haram tidak ada lagi, asal sahaja keperluan dan kehendak mereka berjaya dicapai, itu sudah dianggap kemenangan besar,’’ ujarnya.

Malah katanya, dorongan-dorongan kepada minda seksualiti bahawa cantik, hebat dan popular itu lebih penting, secara tidak langsung membangkitkan keghairahan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.

Menerangkan lebih lanjut katanya, kurang kemahiran di kalangan ibu bapa dalam menangani anak-anak di peringkat usia ini, juga mendorong anak-anak remaja terjerumus kepada kancah tidak sihat.

Ini katanya, berkait rapat dengan cara dan bagaimana ibu bapa mahu berhadapan serta membangunkan minda mereka sesuai dengan kehendak remaja hari ini.

Malah lebih malang, apabila asas agama yang selama ini menjadi tunjang kepada kehidupan, tidak lagi berjaya disuburkan oleh ibu bapa di kalangan anak-anak mereka.

“Remaja hari ini jauh berbeza dengan remaja dahulu. Hakikat yang perlu diterima ibu bapa hari ini ialah cara mereka membesar jauh berbeza dengan anak-anak sekarang. Begitu juga dari segi keperluan, kehendak serta cabaran yang dihadapi,’’ ujarnya.

Malah katanya, ibu bapa perlu sedar tahap kematangan anak-anak mereka hari ini lebih cepat atas dorongan dan pengaruh persekitaran.

Berkasih sayang

Kematangan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi keperluan fizikal tetapi termasuk dari segi biologi.

“Pada usia lapan atau sembilan tahun, ada yang sudah mencapai akil baligh. Keinginan untuk berkasih sayang dan tertarik kepada seseorang berlainan jantina sedikit sebanyak sudah berputik dalam diri anak-anak ini.

“Sebagai individu yang melalui proses peralihan dari usia kanak-kanak ke remaja, perasaan menyukai pada seseorang mudah timbul,’’ ujarnya.

Walaupun tidak salah kata Robiah, remaja ini harus dibimbing dengan betul tentang bagaimana untuk mengurus perasaan tersebut.

Peranan ibu bapa untuk memberitahu bahawa pada usia remaja keutamaan mereka adalah pelajaran sebagai permulaan bagi membina masa depan.

Cinta usia remaja atau lebih dikenali dengan jolokan ‘cinta monyet’ hanya menganggu tumpuan kepada pelajaran gara-gara hanyut dilanda perasaan.

Beliau berkata, emosi memang bersifat subjektif tetapi dalam usia muda, apa yang lebih menjadi tanggungjawab mereka ialah menghabiskan pelajaran bukan masanya untuk diamuk perasaan cinta.

Lebih teruk lagi jika jatuh hati pada lelaki yang baru sahaja dikenali hingga ada kalanya boleh memberi kesan psikologi kepada pelajar.

“Remaja harus ingat, pada waktu ini kesempatan terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam hidup, bukan hanya berangan-angan kosong,” katanya.

Robiah mengingatkan bahawa, kematangan yang tidak diurus dengan baik membuatkan ada antara remaja tidak berasa takut untuk meredah apa sahaja yang ada di luar dari rumah mereka.

Ini ditolak lagi oleh faktor persekitaran termasuk pendedahan yang dibuat media massa dan elektronik, sehingga remaja berasa mereka juga mempunyai hak dan kebebasan sendiri.

“Bagi anak remaja ini mereka berasa mereka sudah boleh membuat keputusan sendiri, tanpa perlu dikawal ibu bapa atau pihak sekolah,’’ ujarnya.

Dalam keadaan ini, tidak ramai ibu bapa yang cuba untuk memahami perubahan-perubahan serta kehendak anak-anak ini.

“Cara didikan ibu bapa sekarang tidak lagi sesuai dengan jiwa anak-anak yang semakin berani dan terbuka.

“Apabila ibu bapa masih mengekalkan cara mendidik anak sama seperti 20 atau 30 tahun dulu, secara tidak langsung anak-anak akan berasa terdapatnya jurang ketidakserasian antara mereka dan ibu bapa,’’ jelasnya yang juga Presiden Wanita Islam Antarabangsa, Malaysia.

Keadaan diburukkan lagi apabila sikap dan kefahaman anak remaja hari ini yang tidak lagi kuat untuk menjurus kepada pendidikan keagamaan.

Ketaatan mereka terhadap ibu bapa semakin rendah, begitu juga ketaatan kepada Tuhan dipandang ringan.

Akibat daripada kerapuhan iman inilah, remaja berjaya membina budaya ‘mereka boleh hidup sendiri’ berpandukan apa yang mereka lihat dan buat.

“Kebanyakannya melupakan akhirat dan terlalu mengejar keduniaan. Katanya, konsep membangunkan budaya ketuhanan sudah tidak ada sebaliknya mengutamakan keperluan duniawi.

“Apabila mereka lebih mengutamakan keduniaan, mencari kekayaan dengan cara jalan pintas sehingga melupakan halal haram, maka generasi yang tidak berkualiti akan dilahirkan,’’ ujarnya mengakhiri perbualan.

Cara Dating Yang Betul

Bersama:MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN:Bagaimanakah cara yang betul bagi pasangan muda-mudi masa kini mengaplikasikan konsep dating untuk mengenali hati budi masing-masing mengikut cara yang berlandaskan syariat dan peraturan Islam?

JAWAPAN:

Dating dalam erti kata berdua-duaan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada mudarat. Iaitu mendedahkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama Islam.


Mula-mula dating dalam telefon, kemudian ajak keluar makan. Mula-mula naik kenderaan berasingan. Lama kelamaan naik satu kenderaan bukan sekadar makan tetapi pegang tangan, tidur atas bahu kekasih. Sehingga kadang-kadang sampai melakukan perzinaan.

Walaupun pada mulanya rasa bersalah terhadap perbuatan yang terkutuk itu, lama kelamaan menjadi alah bisa tegal biasa. Sebab itulah Islam menegah sama sekali pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Allah s.w.t berfirman, Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra’: 32)

Peringatan dalam ayat ini ialah tegahan keras Allah supaya jangan sekali-kali cuba menghampiri zina. Kaedah fikah menjelaskan ‘Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram’. Dan mencegah adalah lebih baik dari mengubat.

Sekiranya usaha menghampirinya jelas ditegah apatah lagi sengaja terlibat. Islam mengajak penganutnya menjauhkan diri dari terdedah kepada maksiat. Menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tidak berguna.

Terjebak

Allah s.w.t menegah umatnya mendedahkan diri terjebak dalam kebinasaan. Firman Allah s.w.t, …dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…. (al-Baqarah: 195). Dalam ayat ini Allah sebut mencampakkan, maksudnya sengaja melibatkan dan mendedahkan diri dalam sesuatu perbuatan yang boleh membawa kebinasaan.

Allah s.w.t menyuruh setiap lelaki dan perempuan menundukkan pandangan. Ini kerana dengan menundukkan pandangan seseorang itu dapat memelihara kehormatannya. (al-Nur: 30-31). Ketika mentafsirkan ayat ini sebahagian ulama menyatakan bahawa; pandangan adalah panah beracun bagi hati, sebab itulah Allah s.w.t menghimpunkan dua perkara dalam ayat ini, iaitu merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan (kemaluan). Disebut juga bahawa mata adalah punca kepada zina. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jld:18, hlm:214 ).

Dating diharuskan bagi mereka yang sudah bertunang. Itupun dengan izin wali perempuan dan bersama mahram ahli keluarga perempuan. Bertunang adalah lesen awal untuk seorang lelaki mengenali tunangnya. Mungkin juga langkah awal untuk seorang lelaki dan seorang perempuan mengenal bakal pasangan hidupnya dengan lebih dekat lagi.

Namun Islam tidak membenarkan seorang pasangan yang bergelar tunang untuk berdating. Kalau nak dating mesti dengan memelihara hak Allah. Ulama haruskan pertemuan lelaki dan perempuan selepas pertunangan semata-mata untuk melihat sifat zahirnya, seperti melihat kepada rupanya untuk mengenal pasti kesempurnaan fizikalnya.

Namun percintaan dan dating yang halal ialah selepas diijab kabul, sementara itu pasangan kekasih hendaklah tunduk kepada perintah Allah. Adalah tidak wajar mencari kebahagiaan hidup dengan melanggar perintah Allah. Mungkin juga ada yang bertanya: kalau begini susahlah bagi pasangan kekasih mengenali antara satu sama lain.

Tidak ada pengenalan yang sempurna bagi lelaki terhadap pasangan kekasihnya melainkan selepas perkahwinan.

Tips Tingkatkan Trafik

Tuesday, May 4, 2010

Exchange Link Dgn Mijie
Salam..kali ini mijie akan kongsi sikit berkenaan pertukaran link(exchange link). Utk menaikkan ranking kita di Google. Kita perlu melakukan linkback atau Exchange Link..Kenapa kita harus exchange link?

Pertama, dgn melakukan exchange link maka kita akan memiliki kesempatan memperoleh populariti di internet. Maknanya blog kita akan memiliki peluang tampil di senarai mesin pencarian seperti Google. Hal ini sangat mempengararuhi kunjungan pelawat blog kita. Semakin popular blog, maka semakin banyak org melihat blog kita dan tentunya peluang tampil dgn urutan semakin teratas kn.


Kedua, dgn melakukan exchange link maka peluang utk mmperolehi penghasilan di internet semakin besar. Mengapa demikian? Tentu saja, semakin popular blog kita, maka semakin ramai orang dtg ke blog kita?..Mengapa demikian??..Ini kerana, orang akan memanfaatkan peluang itu dgn mengiklankan produk mereka di blog kita kerana mereka tahu kalau mereka memasukkan iklan mereka, peluang untuk org melihat iklan mereka semakin tinggi dan peluang pndapatan mereka pun tinggi.

Ketiga, yang nilah yang paling mijie suka sebenarnye, dgn melakukan exchange link, maka kita memiliki peluang utk memperolehi rakan di serata dunia (mijie klu boleh nak serata Malaysia je)..Kalau begitu sdh tentu bnyk hal yang akan kita peroleh daripada rakan2 kita itu. Contohnya, pertukaran informasi menarik drpada rakan2 kita itu dpt mmbantu kita dlm banyak hal. Ha, menarik kan?. Itu hanya sebahagian alasan mengapa kita harus melakukan pertukaran link, ada banyak alsan lain yg menyokong tentang kebaikan pertukaran link nie..:)

So, apa tunggu lagi, Jom exchange link dgn mijie. Tapi ingat nie exchange link tau..maknanya kena bertukar2 link..:)

Award Sulung Mijie

Salam..ni first time mijie dpt award drp sesorang kwan yg begitu baik ati mmberi kan award nie kt mijie..nme beliau Yuyu, bkn Yuna taw, yuyu..
sbut btul2..nnti dia mrah kan..Smbil2 tulis tba2 missglam hntr jgk, so sekali kn jelah..sng skit..
Emm..Cam Artis plk yg telah menerima Anugerah Industri Muzik(AIM)..Lebih kurang gtu ar..hehe..tapi nie bukan muzik yer..Ni blog, so namenye
"Beautiful Blogger Award"..Waaa..cm bez kn..Hehehe..Baru ni dpt lembu seekor dari ReRaMeUnGu, ari nie dpt award plk..
ishkh3 bertuah sungguh lah nsib mijie..hakhakhak..:)

Haa nilah awrd 2..cantik x?..tp pink $%#^@ ..xpe lah pink pun pink lah jnji dpt..org memberi kita menerima dgn seikhlas hati kn..btul x..:)

Beliau siap beri amanah pada mijie agar kasi award ini kepada sesiapa yang mijie terasa mahu bagi...

Mijie pun xtau nk bg kat spe nie..Ssh betul nk plih penerima award nie..so, mijie bt lh cabutan bertuah dri list followers mijie nie..tgk spe yg kene..
Bertuah taw spe yg kene..Jeng jeng jeng..spe ekk..surprise...Klik read more..:)


Haa ni lah dye..

Nanad
Fairyku-bebas
bluedianthus
MissXYZ
Krole
Siti
Ali
Akuctlollipop

Ini antara wasiat dari beliau yang mahu mijie utarakan okeh:

* bina entry pasal award comel ini

* dah orang bagi so kena la ucap terima kasih dan link pada yang kasi award ini

* copy badge beutiful blogger award ini

* tag sesiapa yang anda terasa beliau berhak terima award ini

Peluang Untuk Tersenarai Dalam List Ben Ashaari

Sunday, May 2, 2010

Salam..teruja plak tgk bila trafik di blog Abg Ben tinggi setiap ari..Ramai pelawat dtg yer..Pastu ari nie mijie terbace tntang pengumuman Abg Ben iaitu "Blog LIST Baru akan dibuka ... Terhad ...".. Wow berita menarik nie..Mijie mesti xkn lepaskan peluang ini..Ini peluang terbaik nie..Mijie cepat2 tulis tntg entry ini..Sanggup x lunch agi tgahari ni utk post kan entry psal nie..Minta2 Abg Ben sudi utk meletakkan link mijie dlm blog Abg Ben yer..



Syarat-Syarat Pertama
1) HEADER BLOG BEN ASHAARI
- done..hensem kan..:)

2) Berapa lama dah berblog
- mijie terlibat secara aktif dlm berblog nie bru 2 bulan lebih..masih baru kan ..Tapi klu ikutkan kat register mijie pada profile blogspot ialah pd tahun 2009. tp 2 pun sbb ats dorongan kwan kat UiTM. tp 2 just register jelah..lpas 2 x update pun..buke pun tdk..dulu name domain mijie 'mijie88.blogspot.com'..tp mmg x update langsung..time 2 busy ngan study..n xtaw pape lagi pasal berblog nie..2 bulan yg lepas baru nie ingin berblog kembali..Nie hsil yer..mijie tkar nama domain 'http://mymijie.blogspot.com' n jugak mnggunakan tempalte yg sedia ade tp ubah suai kan blk supaya nmpak lain dari yg lain n unik..


3) Sehari berapa entri ?
- Sehari 2 ade lah 2 @ 3 entry..klu mlas skit 1 hari= 1 entry..ok lah kan drp xde trus kn..:).Tapi bln lepas sebelum mijie dftr dgn nuffnang..update jrang2 je, time 2 lebih kpd design template nie..post entry kdang2 2 hari=1 entry xpun 3 hari=1 entry..lgpun time 2 followers pun terlalu sikit..tp skrg oklh..setiap ari bertambah..Bertambah smngt lah nk upadate tiap2 ari wlaupun kdang2 bz dgn keje nie..:)

- Tapi lepas nie, klu blog mijie terpilih utk tersenarai dlm list blog Abg Ben Ashaari. Mijie akan update tiap2 ari..InsyaAllah..:)..Harap2 Abg Ben sudi2 lah letak link blog mijie dlm list terbaru Abg Ben 2 yer..:)

- Thank Abg Ashaari kerana sudi memberi pertolongan utk meningkatkan trafik pada blogger yg baru cm mijie..:)

14 Fakta Menarik..

Baca sini..mijie postkn 14 fakta yg bg mijie rse menarik jgk kot..bg korang xtau lah..mgkin ssetengah korang dah tau psal nie tp yg xtau lg..Silalah baca..

LAYANNNNN.....

1. Rama2 merasa mkanannya dgn kaki.

2. Bunyi itik tdk mghasilkan talun(echo).

3. Dlm tempoh 10 minit, taufan membbaskan lbh bnyk tenaga berbanding keseluruhan tenaga yg blh dibebaskan dri senjata nuklear yg terdapat di bumi.

4. Gajah adlh satu2 mamalia yang tdk blh melompat(betul ke ??).

5. Tdk mustahil bg lembu menaiki tangga, tetapi adalah mustahil bg lembu utk menuruni tangga (try lah).


6. Wanita berkelip mata dua kali lbh bnyk dari lelaki (try lh bt, tp yg laki 2 jgn try kt mmbr2 ppuan nnti lain jdinye, klu yg beristeri 2 try kt isteri, yg ade mkwe 2,jgn duk try kt mkwe plk..HARAM..).

7. Secara fizikal semulajadi, adlh mustahil utk anda menjilat siku sendiri.

8. Siput blh tidur sehingga tiga tahun.(btl3)

9. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.(bndingkan gmbr mse kecik korang dgn skrg, ade perubahn?)

10. Mata burung unta adlh lbh besar dari saiz otaknya.(sbb 2 mata burung unta ni tajam)

11. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

12. Semua beruang kutub adlh kidal.

13. Secara purata, ramai mnusia lbh takut labab-labah drpd takut mati.

14. Hampir semua pembaca akan cuba untuk menjilat sikunya. Anda bagaimana? hehehe

Wasiat Penting Dari ReRaMeUnGu

Saturday, May 1, 2010

Salam.. terkejut aku bila buka blog td, aku telh terima satu pesanan dari cik rerarama yg bertajuk "WASIAT PENTING"..Huh penting sgt ke wasiat nie !!..First time aku di tag tau..Aku xtau nk jawab pe nie..emm hentam jelah.. sejujurnye aku telah memberi jawapan dibwah..hakhak..

Jum tgk pe wasiat dye...

*
*
*
*
*
*
*
*


haa nilah wasiat yg rerame bagi..comel x??..blh buat knduri sempena Hari Pekerja..hakhak


Syarat-syarat sebelum terima wasiat ini.

1. Thank & link the person that gave you the cow ==> done

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active ==> adui aku tag kat spe nie ek..emm aku bg jelah kt blogger yg pling active..
# SiTi
# KaiZeN SHiNoBi
# Adah
# Atikah

*cukup 4 org dulu lh..6t mijie tmbh lagi lah..spe2 yg offer kn diri boleh gak..hakhak

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat..==> dlm proses..


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv. ==> emm ape ek..jrang2 tgk tv nie..jwpn nie myblh blh kot
# Ber 'SMS'..hehehe...-- dgn spe lah 2
# Mkan Minum. -- klu mkn kat kdai mmg tgk tv, klu tgk tv, mmg kt kdai.huhu
# berkoya -- hahaha

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
# hmm..so far takde pulak..(tiru jawapn cik Rerame lah..heheh)

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
# x bnyk mn dlm 210 lbih je..

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
# aku jumpe time ade aktiviti kt UiTM..enth cm ner blh terpikat dgn dye ek..heheh

Selamat Hari Pekerja

tot2 skrg dh msuk 1 Mei kan. Sekejap je mase berlalu..Dikesempatan ini, mijie ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja @ Selamat Hari Buruh khas ditujukan utk semua yg bekerja sahaja..Yg tdk bekerja 2 tdk pyah lah ek..tiada hari utk mereka..heheh


Tapi syg seribu syg , sini tdk ade cuti sempena hari pekerja ni. cuti mcm biase juga ari sbtu n ahad..Knp yek..mmg sini x cuti ke??..Adui.. baru buat perancangan utk blik blik kampung nie..Jumpa mak ayah kak adik kat umah.abg xde yer..

Adui xde idea ar plk pg2 nie.xpe lah pesanan ringkas dan pndek jelh ek..yg pentng dh ade key utama dye iaitu SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA..

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.