Home » , , » Sangka-Sangka

Sangka-Sangka

Saturday, April 24, 2010


"Manusia hari ini suka bersangka-sangka
>> Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
>> Orang beribadah disangka riak
>> Orang yang relax disangka malas
>> Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
>> Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
>> Orang makan banyak disangka pelahap
>> Orang makan sikit disangka diet
>> Orang baik disangka buruk
>> Orang buruk disangka baik


>> Orang senyum disangka mengejek
>> Orang masam disangka merajuk
>> Orang bermuzakarah disangka mengumpat
>> Orang diam disangka menyendiri
>> Orang menawan disangka pakai susuk
>> Orang nampak ceria disangka membela
>> mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
>> mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
>> mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
>> mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
>> mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
>> Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
>> Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
>> semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

>> Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

0 dah komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.