Home » , » Orang Kata, Atuk Kata, Aku Rasa

Orang Kata, Atuk Kata, Aku Rasa

Saturday, April 24, 2010

ORANG KATA :: enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, Bila tua nanti tobatlah.
ATUK KATA :: orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA :: betul jugak tu..

ORANG KATA :: exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA :: exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk di uji,
dah ada syllabus untuk di ikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA :: betul jugak tu..

ORANG KATA :: have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA :: setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA :: betul jugak tu..

ORANG KATA :: kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!
ATUK KATA :: ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA :: betul jugak tu..

ORANG KATA :: successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA :: setiap manusia dapat 24 jam dlm
sehari, tapi..ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali
sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA :: err..betul jugak tu..

0 dah komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan komen korang kat sini yer..
InsyaAllah setiap komen dari korang aku akan blas..:)

DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.