Hukum Menyertai Facebook

Tuesday, March 30, 2010

Kita Sering tertanya-tanya akan Apakah hukumnya seseaorang itu menyertai facebook ? Syubhahkah Menyertai facebook ?,Bagaimanakah Cerita orang mengenai pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi.


Soalan-soalan ini kerap dilontar dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum dan juga blog.Mari kita lihat 4 isu ini :


1.Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).


Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULANYA

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.
Tulisan
Zaharuddin Abdul Rahman

Perbezaan Akal Dan Nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Telur Mempunyai Banyak Khasiat

Monday, March 29, 2010

TELUR pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolesterol dalam badan.

Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.

Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

- MINGGUAN MALAYSIA

Petua Untuk Pelajar

Saturday, March 27, 2010


1.Banyakkan bertanya kerana dengan bertanya akam mendapat penjelasan menambah kepastian, meransangberfikir, menghilangkan keraguan dan mendapatkan perhatian.

2.menghormati ibubapa merupakan unsur terpenting yang menjadikan sseorang pelajar itu cemerlang kerana jasa dan doa ibubapa sentiasa mengiringi hidup seseorang anak.

3.masa belajar yang paling baik ialah ketika tidak rasa penat, tidak lapar dan tidak terlalu kenyang. Seelok-eloknya pada waktu awal subuh yang hening lagi damai.


4.yakin pada kebolehan dan kemampuan sendiri akan menjadi anda cemerlang. Yakinlah jika orang lain boleh mengapa tidak anda? Keyakinan yang tinggi diiringi dengan usaha yang jitu.

5.tumpukan deria dengar dan deria lihat dalam kelas , catat nota penting dan serta mengulangkaji. Ulanganrakaman yang didengar, dilihat dan catat dapat kuatkan proses ingatan minda.

6.pemilihan masa yang sesuai untuk belajar adalah penting. Buat jadual yang teratur dengan mengagihkan masa untuk belajar dan mengulangkaji, beridah dan merehatkan minda.

7.masa belajat tidak semestinya lama tapi berkesan. Belajar sepanjang masa tanpa rehat akan lemahkan minda anda. Utamakan kualiti belajatr dan kuantiti masa belajar.

8.pelajar bertanggungjawab atas kejayaan mereka, mereka boleh rajin, sederhana dan memalaskan diri sendiri. Bukan guru, bukan keluarga, bukan kawan tapi diri sendiri.

9.pelajar cemerlang tidak semestinya berada pada kedudukan no 1 dan ke atasi orang lain tetapi yang dapat mengatasi prestasi sendiri dan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

10.pelajar cemerlang sentiasa ceria, bersemangat, berpersonaliti, berdsiplin, berdaya saing dan berjiwa besar serta dapat beri tumpuan terhadap apa yang disampaikan guru.

11.kecemerlangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Palajar biasa, keluarga biasa, sekolah biasa tidak mustahil sekiranya mereka berusaha dengan LUAR BIASA.

12.punca mudah lupa ilah persamaan antara matapelajaran, rehat yang tidak cukup antara belajar dan menghafal. Tidak minat matapelajaran dan tidak faham tajuk.

13.pelajar perlu tahu menggunakan bakat atau potensi diri untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburiberpandukan kepada cita-cita, keinginan dan usaha yang berterusan.

14.para pelajar tidak semertinyamenjadi yang terbaik tetapi, apa sahaja yang mereka lakukan mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin supaya hasilnya memuaskan.

15.dorongan syarat penting untuk berjaya, setiap kali dorongan muncul bertambahlah perlakuan untuk belajar. Sebaliknya semakin kurang dorongan semakin turun minat.

16.ulangkaji, faham dan hafal merupakna kamus cemerlang sebabnya pelajar akan terlupa 60% daripada pelajaran yang dipelajari jika tidak dilakukan 3 perkar tersebut.

17.pelajar cemerlang mengusai kemahiran membaca, mendengar, mengingat, mencacat, mengulangkaji, berfikir dan menjawab mengikut kehendak soalan.

18.ikatlah ingatan tentang apa yang dipelajari dengan cataatan atau nota sebab pelajar yang bergantung kepada ingatan semata-mata tanpa catatan akan menanggung risiko kelupaan.

19.untuk kesihatan dan minda cemerlang, amalkan pemakan seimbang seperti madu lebah, krismis, susu, kacang soya, halba serta selalu berwuduk ketika belajar.

20.masa adalah kehidupan. Mereka yang hidup pintar hidup dengan masa sedangkan pelajar yang malas menggunakan masanya untuk mencipta kegagalan dialam jaga.

21.kecemerlangan dengan azam. Ibu Imam Hambali menangis melihat kekuatan azam anaknya pergi ke majlis ilmu tanpa berbekal apa-apa tapi sampai ke kelas sebelum orang lain bangun tidur.

22.membaca tangga kejayaan. Orang lemah belajr membaca, orangcemerlang membaca utk belajar. Tiada pelajar yg bodoh, yang ada hanya pelajar yang melakukan kerja-kerja bodoh.

23.kita hanya berusaha, Tuhan yang menetukan. Ketentuan tuhan bergantung pada apa yang kita lakukan, selagi tekun kita berusaha lagi luaslah peluang untuk berjaya.

24.pelajar cemerlang menumpukan kepada perkara-perkara penting walaupun kurang seronok. Pelajar yg gagal menumpukan kepada keseronokan shj walaupun tidak penting

25.adab belajar cemerlang ialah bersih hati, betul tujuan, mengelak gangguan, tahu tujuan, tidak sombong dgn ilmunya, tak abaikan pelajaran dan belajar dengan sistematik.

Rahsia Tujuh


Ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaanNya, dan sangat tinggi kalimatNya serta bersinambungan nikmatNya, telah menghiasi TUJUH perkara dengan TUJUH perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang TUJUH perkara itu dengan TUJUH perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka TUJUH itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah swt., Maharaja dan Pemimpin yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

Pertama
Allah swt. telah menghiasi udara dengan TUJUH lapis langit. Firman Allah swt. di dalam Surah An-Naba' ayat 12

Dan Kami telah membina di atas kamu TUJUH petala (langit) yang kuat kukuh

Kemudian Allah swt. menghiasi langit dengan bintang TUJUH. Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Hijr ayat 16
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya

Kedua
Allah swt. telah menghiasi padang yang lapang dengan TUJUH lapis bumi. Firman Allah swt. di dalam Surah At-Talaaq ayat 12

Allah yang menciptakan TUJUH petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu

Kemudian Allah swt. menghiasi bumi itu dengan TUJUH lautan. Sebagaimana firmanNya di dalam Surah Luqman ayat 27

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya TUJUH lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Ketiga
Allah swt. telah menghiasi neraka dengan TUJUH tingkat iaitu Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan TUJUH pintu, sebagaimana firmanNya yang di dalam Surah Al-Hijr ayat 44
"Ia mempunyai TUJUH pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)"

Keempat
Allah swt. telah menghiasi Al-Quran dengan TUJUH surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan TUJUH ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). FirmanNya di dalam Surah Al-Hijr ayat 87

[87] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) TUJUH ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya


Kelima
Allah swt. menghiasi manusia dengan TUJUH angggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian Allah swt. menghiasinya dengan TUJUH peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. FirmanNya di dalam Surah Al-'Alaq ayat 19

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Keenam
Allah swt. menghiasi umur manusia dengan TUJUH peringkat. Pada masa lahir disebut "radli", kemudian 'farhim', kemudian 'kuhul', kemudian 'syaikh'. Dan menghiasi TUJUH peringkat umur ini dengan TUJUH kalimat iaitu Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah
Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Fath ayat 26

(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Ketujuh
Allah swt. menghiasi dunia dengan TUJUH negeri yang besar iaitu pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga: Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat: Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam: Negeri Ya'juj dan Ma'juj, ketujuh: China dan Turkistan

Kemudian Allah swt. menghiasi TUJUH negeri itu dengan TUJUH hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah swt. memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para Nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa as. dengan hari Sabtu, Nabi Isa bin Maryam as. dengan hari Ahad, Nabi Daud as. dan Nabi Syith as. dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman as. dengan hari Selasa, Nabi Salleh as. dengan hari Rabu, Nabi Ya'kub as. dan Nabi Ibrahim as. dengan hari Khamis dan Nabi Muhammad saw. dan umatnya dengan hari Jumaat

M u T i A r A K a T a

Friday, March 26, 2010


Sekadar renungan

Ingatlah


"Sahabat itu umpama bayang-bayang,
apabila terang
nampaklah ia..& apabila gelap
hilang ia "

" Kebencian akan membawa
dua sahabat
menjadi musuh, dua pemimpin
akan bertelingkah, dua negara
akan bergolak dan dua
benua akan musnah. "

" Jika Mass tidak melakukan
yang terbaik hari ini
pasti Mass akan melakukan
perkara yang lebih teruk lagi
pada hari esok."

" Sebenarnya, orang yg sentiasa
memuji kita adalah
musuh yg paling berbahaya
kepada kita."

" Jangan sesekali merendah diri
kita dengan mengukur kelebihan
yang ada pada diri
orang lain. "

" Setiap peristiwa yang berlaku
dlm hidup seseorang hanya
menghasilkan dua kesudahan
iaitu kegembiraan &
kesusahan."

" Semua manusia tahu bagaimana
hendak bercakap tetapi
tidak semua orang tahu bila dia
patut bercakap."

" Orang yang paling malang adalah
anak yang ditindas oleh
ibubapanya sendiri."

" Berhati-hati memilih kawan,tetapi
lebih berhati-hati lagi apabila
bertukar pasangan."

" Memburu cinta memang baik,tetapi
cinta yg datang tanpa diburu
seribu lebih baik lagi."

" Betulkan yang biasa & biasakanlah
yang betul."

" Orang yg paling malang adalah
anak yg ditindas oleh ibubapanya
sendiri. "

" Kemarahan seorang lelaki apabila
kelakianya tercabar,manakala
kemarahan seorang wanita adalah
apabila janji-janji si lelaki
padanya tidak tertunai."

" To be trusted is greates
than to be love."

Hati Ini....

Monday, March 22, 2010


Sepi malam ditemani bintang
Terik mentari ditemani bayu siang
Tuhan yang Esa menjadikan ciptaanNya berpasang-pasangan
malam Dan Siang
Sejuk dan Panas
Suka dan Duka

Namun..mengertilah hati ini..
Dimana ada puncaknya..pasti ada surutnya..
Dimana ada tenang nya..pasti ada kalanya kocakkan nya..
Mengegarkan jiwa..
Namun hati..jangan sekali2 kau tunduk pada tuntutan nafsu itu..
Amarah mu itu..

Kerana Rabb mu telah berpesan padamu..
Hati mu itu sentiasa berbolak balik.
Dan hati mu itu..hanya dipegang olehnya..
Maka janganlah hati ini di gusarkan oleh kata2 hati..
Yang acapkali di bisikkan kata2 dusta dari musuhmu..
Janganlah hati ini..gundah gelana dgn masalah2 dunia mu itu..
Kerana ingatlah hati ini..pada janji Rabb mu..
Janji yang kekal abadi..janji yang haq
janji yang pasti..

Ingatlah..
Jangan bersedih..sesungguhnya Allah bersama kita..
Yakinlah dgn janji rabb mu wahai hati
Moga tabah hati..tak berbelah bagi..
Moga tenang hati..tambah kasih ilahi..

I Wanna Be Somebody


Ku Bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depan aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh-sungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya


Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna
Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya.janganlah alpa..

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonna be somebody

Azab Bagi Wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya
untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fat imah . Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan t imah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar
dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan
kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api
neraka,"kata Nabi.

Fat imah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain
bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi
tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu,
Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Barisan Di Akhirat

suatu ketika,Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah saw dan bertanya kepada baginda: "wahai Rasulullah saw ,tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah swt - erti firmanNya : "pada sangkala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris", (surah al-Naba")."

mendengar pertanyaan ini,baginda menangis dan basah pakaian dengan ir mata. lalu menjaab: "wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besr bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri." maka Rasulullah saw menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12barisan :

barisan pertama :

diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. keadaaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:" mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya."

barisan kedua :

diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan. datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringankan solatnya".

barisan ketiga :

merek berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. "mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat".

barisan keempat :

diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."mereka adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. maka iniah balasannya dan tempat mereka kembali adalah neraka."

barisan ke lima :

diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. ketika itu, Allah swt menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman di padang mahsyar. "mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapu tidak pula rasa takut kepada Allah s.w.t.

barisan ke enam :

diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu".

barisan ke tujuh :

diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. "mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran".

barisan ke lapan :

diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "mereka adalah orang yang berbuat zina. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

barisan ke sembilan :

diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru semetara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya".

barisan ke sepuluh :

diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa mereka. maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah neraka.

barisan ke sebelas :

diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gig mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "mereka adalah orang yang meminum arak. maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah NERAKA.

barisan ke dua belas :

mereka diiringi dari kubur dengan wajah-wajah bersinar sinar laksana bulan purnama. mereka melalui titian sirat seperti kilat. maka datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah ke syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.

TAY 1 Telah Memecah Rekod..

Nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 memecah rekod sebagai nombor pendaftaran termahal di negara ini apabila ia dibeli dengan harga RM220,000.

Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, walaupun sudah ada pembeli namun pembeli yang berjaya memperolehi nombor pendaftaran tersebut diumumkan minggu depan.

Beliau berkata, jika nombor pendaftaran TAN 1 merupakan harga nombor pendaftaran kenderaan termahal pernah dijual oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini, berhargaRM200,090 dan namun kini 'tewas' kepada nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 pula.

Katanya, nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 telah dibeli dengan harga RM220,000 dan ia merupakan harga paling mahal setakat ini.

''Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan tersebut dibida seramai enam yang terdiri daripada orang awam seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar bersama Ketua Pengarah JPJ di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, sejak nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 hingga TAY 9999 dibuka untuk tempahan, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam.

Jelasnya, sebanyak 534 nombor pendaftaran kenderaan telah dibida oleh 1,119 pemohon yang ingin memiliki nombor pendaftaran tersebut.

"Selain nombor pendaftaran kenderaan TAY 1, nombor pendaftaran kedua yang menjadi rebutan ialah TAY 8 apabila dibeli harga RM62,000,"jelasnya.

- MINGGUAN

Rindu Kat Umah

Saturday, March 20, 2010

Ari ni family aku ada tepon..aduh rindunya nak balik umah. nak jumpa mereka. emm 2 minggu lagi dapat balik umah..xpe2, 2 minggu tu tidak lah lama sangat kan..sekejap je 2..sbar mijie, sabar.. dah x lame agi dapat lah balik tu. dapat jumpa mereka..hehe..tapi cuti 4 hari je lah..mesti x puas duk rumah, 4 hari 3 malam, apa yang boleh buat, pejam celik pejam celik, abis 4 hari tu.. emm..rse cm nak cuti lama tapi mungkin tidak dapat kot, yelah banyak keje yang kena selesaikan kan nie. nanti ada tugas baru, mesti makin sibuk.

Bosan Bosan

Esok Dan lusa yang menanti mungkin ari yang sangat membosankan. Semua kawan-kawan kerja aku dah balik kampung.
aku je yang tidak boleh balik lagi. ini disebabkan tidah mahu balik serentak, nanti tidak ada orang pulak kat opis nie..
susah2..kena lah mengalah dengan member2 lain..tapi xpe, walaupun aku cuti lambat tapi maybe aku akan ambik cuti 2 ari. so 4 ari lah duk rumah nanti, rindu kat orang terengganu terutamanya family aku lah..
baru puas hati, orang lain dapat cuti 1 hari tapi aku dapat cuti 2 hari. Combine cuti bulan 3 dan bulan 4 serentak..Xpe cuti masih banyak agi..
Tapi persoalannya, kemana ingin aku merayap selama 2 hari ini??...xde ke tempat menarik kat sini. pengangkutan dah ada tapi halaja tuju tiada..x bez juga.
eemmmm...xpun suft internet 24 jam, update blog, chatting..bez juga tu. tapi takut kreadit x cukup pula.. kene beli satu lagi ni. maklumlah gune WiFi Zone
je tapi ok lah, hanya 50sen sejam, bandwidth pun ok,puas hati juga lah tapi sejak akhir-akhir nie seringkali offline time surt, xtau lah ape problem dia..
tension juga tapi kalau dibandingkan kat cc, RM2 sejam, 2 belum tentu internet laju, pstu ramai org pula..huh..bersyukurlah ada WiFi Zone nie..hehe

Menjaga Akhlak Amalan Mulia

Wednesday, March 17, 2010

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim


Huraian:

i) Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing.

ii) Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur sesuatu yang salah kerana diam seperti ini adalah diam yang dicela oleh agama.

iii) Setiap umat Islam hendaklah bertimbang rasa dalam pergaulan sesama jiran kerana jiran adalah orang yang paling dekat selain daripada sanak-saudara yang tinggal di sekeliling.

iv) Memuliakan tetamu pula maksudnya ialah melakukan kebaikan kepada mereka sebagai orang yang datang berkunjung ke rumah di mana selaku tuan rumah hendaklah melayan tetamu mereka dengan senang hati, sopan dan memberikan jamuan kepada mereka sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Manakala bagi tetamu pula hendaklah sebaik mungkin tidak sampai menyusahkan tuan rumah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kanak-Kanak Sudah Bersedia Terhadap Perkahwinan Di Usia Muda?

Monday, March 15, 2010

Di zaman serba moden ini, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun biasanya dianggap budak sekolah, yang masih ligat bermain dan tidak sukakan kerja seperti mengemas rumah dan memasak.

Jangan bandingkan dengan zaman Malaysia masih dikenali Malaya dulu, kata majoriti orang ramai apabila tercetusnya berita budak perempuan berusia 10 dan 11 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki lebih berusia di negara ini.

Dua kes pernikahan yang berlaku di Kelantan itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun diJelawang dan satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas baru-baru ini.

Biarpun perkahwinan bawah umur sah dari segi agama, namun ramai yang mempersoal tujuan kedua-dua pernikahan itu diadakan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dilaporkan tidak bersetuju terhadap perkahwinan bawah umur kerana menurutnya Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat bukan semata-mata dilihat daripada sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Biarpun ada yang mengatakan kanak-kanak perempuan kini cepat matang, namun persoalan yang lebih penting di sini ialah adakah kanak-kanak pada usia semuda itu pada masa kini sudah bersedia secara psikologi dan mental terhadap ikatan sebuah perkahwinan?

Pakar psikologi perkembangan Dr Mariani Mansor berkata perkahwinan sedemikian pastinya akan menggugat perkembangan kanak-kanak terbabit daripada segi fizikal, pemikiran, sosial dan emosi.

Beliau berkata perkahwinan itu boleh memberi kesan negatif pada kanak-kanak berkenaan dengan akhirnya kanak-kanak itu berkemungkinan menjadi isteri yang tidak baik.

"Seorang lelaki yang sudah berumur pastinya mahu seorang isteri yang boleh berfungsi sepenuhnya daripada semua segi sedangkan kanak-kanak terbabit masih di peringkat kanak-kanak," katanya kepada Bernama di sini.

Pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata kanak-kanak berkenaan kemungkinan boleh mengalami trauma dan tertekan akibat masa depannya yang telah diragut.

Ini kerana kanak-kanak pada usia itu masih lagi diletakkan dalam kategori kanak-kanak pertengahan dan bakal tidak melalui fasa remaja dan terus melangkah ke alam dewasa akibat perkahwinan.

"Zaman remaja kanak-kanak itu akan dirampas dan mereka ini tidak akan merasai alam remaja dan terus masuk ke alam dewasa disebabkan tanggungjawab sebagai seorang isteri," katanya.

Beliau berkata pada peringkat umur 10 dan 11 tahun, kanak-kanak hanya boleh berfikir secara logik iaitu tahap operasi konkrit di mana perkembangan pemikiran mereka belum matang.

"Kanak-kanak di umur itu tidak faham tanggungjawab sebenar yang akan dipikul dan juga tidak faham rasional menjadi seorang isteri," katanya.

Katanya lelaki yang sanggup mengahwini kanak-kanak itu merupakan seorang yang bukan normal.

"Seorang yang dewasa dan sukakan kanak-kanak tidak boleh dilabel dengan kehendak seksualiti sahaja tetapi apa yang saya boleh katakan ialah keinginan lelaki dewasa untuk mengahwini kanak-kanak itu bukanlah perkara kelazimannya," katanya.

Bagi Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk Dr Chiam Heng Keng pula, beliau meletakkan tanggungjawab kepada masyarakat secara keseluruhannya bagi mencegah kes perkahwinan melibatkan kanak-kanak seperti ini tidak terus berlaku.

"Perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku sama sekali biarpun jika ada yang mengatakan perkahwinan itu dipersetujui kanak-kanak tersebut dan ia boleh dikategorikan sebagai penganiayaan disebabkan faktor umur kanak-kanak itu," katanya.

Pakar pembangunan kanak-kanak ini berkata biarpun kanak-kanak pada masa kini lebih cepat matang, tetapi peruntukan undang-undang secara jelas tidak membenarkan kanak-kanak bawah 18 tahun untuk berkahwin.

Kedua-dua kes yang dilaporkan berlaku di Kelantan itu tertakluk di bawah Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 di mana umur minimum untuk perkahwinan di bawah enakmen itu ialah 18 tahun bagi lelaki manakala 16 tahun bagi perempuan kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Mereka yang melanggar undang-undang itu boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya oleh Mahkamah Syariahnegeri.

Dengan tegas, beliau berkata perbuatan lelaki yang mengahwini kanak-kanak itu boleh dianggap sebagai rogol.

"Lelaki yang mengahwini kanak-kanak itu sudah menyalahi undang-undang dan ibu bapa kanak-kanak itu juga perlu ditanya mengapakah tindakan itu diambil," katanya.

Katanya lagi struktur badan kanak-kanak di usia 10 dan 11 tahun tidak boleh menampung untuk melahirkan anak.

Beliau sebelum ini pernah menulis beberapa buku tentang perkembangan awal kanak-kanak termasuk buku bertajuk "Child Development-Preschool Children", "Understanding Children", "Bringing Up Children in Troubled Times" dan "Children-Our Heritage".

- BERNAMA

Umat Islam Diingatkan Jangan Terpengaruh Amalan Sunnah Tidak Jelas

Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang menjadikan agama sebagai alasan untuk melakukan amalan sunnah yang tidak jelas termasuk berkahwin dengan kanak-kanak di bawah umur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka sepatutnya bijak membuat penilaian dan tidak mudah terpedaya dengan cara seseorang itu berpakaian serta berperwatakan alim sedangkan hakikatnya mereka tidak mempunyai asas agama yang kuat.

"Sebab itu saya berharap kita jangan lekas buat keputusan setiap perkara itu sunnah sedangkan perkara itu sendiri bukan sunnah yang dilakukan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup forum "Sensitiviti Agama dan Implikasi kepada Pemikiran Umat Islam Masa Kini" di sini hari ini. Turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail.


Jamil Khir demikian ketika diminta mengulas perkahwinan kanak-kanak Siti Nur Zubaidah Hussin, 11 tahun, yang berasal dari Dabong, Kuala Krai, Kelantan dengan seorang lelaki tabligh berumur 41 tahun pada 20 Februari lepas.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak berkenaan telah dikahwinkan oleh ayahnya sendiri Hussin Mat Salleh, 54, dengan Shamsuddin Che Deraman selepas percaya bahawa perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Lelaki yang digelar "Shamsuddin Ajaib" itu juga dikatakan telah mengatur perkahwinan anak perempuannya sendiri yang berusia 10 tahun dengan rakannya yang dikenali sebagai Azhar pada 19 Februari lalu.

Selepas berkahwin, Siti Nur Zubaidah telah dilarikan, sebelum dijumpai ditinggalkan di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur petang semalam.

Jamil Khir berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat dan memandang serius dalam hal-hal seperti itu dan tindakan sewajarnya sedang diambil terhadap mereka yang terlibat.

Beliau berkata, semua negeri mempunyai Enakmen Keluarga Islam di mana anak perempuan yang ingin berkahwin hendaklah berumur 16 tahun ke atas manakala yang berumur 16 tahun ke bawah mesti mendapatkan kebenaran mahkamah syariah negeri terlebih dahulu.

- BERNAMA

Cara kesan IP address visitor blog kita



Statscounter.com adalah salah satu site yang menyediakan perkhidmatan visitor counter yang mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik. Dengan mendaftar dan memasang widget statscounter secara paparan ataupun di sembunyikan(hide) pada blog, kita sebenarnya dapat mengesan dari mana datangnya visitor beserta IP address. Dengan memaparkan maklumat pelawat secara detail, kita juga mungkin dapat mengesan IP address visitor yang memberi komen berdasarkan masa yang tercatat pada komen tersebut.


Untuk mengesan IP address visitor yang masuk ke blog kita, hanya perlu klik icon Real-Time Stats and Visitor Reports (rujuk gambar) dan kemudian klik pada Recent Visitor Activity. Pada paparan Recent Visitor Activity, kita dapat melihat maklumat yang menunjukkan lokasi, ISP provider, IP address visitor, entry page, exit page dan refering URL visitor yang melawat ke blog kita.

Untuk mencubanya, anda boleh mendaftar di statscounter.com

Widget yang perlu ada pada blogspot



Pada entri kali ini, gua ingin berkongsi sedikit pandangan tentang penggunaan widget yang sesuai pada blog. Pandangan ini adalah berdasarkan pengalaman yang seterusnya membawa kearah proses penambahbaikan. Dan proses ini adalah berterusan demi kepuasan visitors.

Seperti yang kita semua maklum, widget ataupun gadget ini merupakan satu elemen tambahan yang sangat penting didalam blog. Penggunaan widget mampu menambahkan lagi seri sesebuah blog. Kata oranglah.


Biasanya, jika kita baru pertama kali membina blog, kita jadi keliru dan tidak tahu widget apa yang sepatutnya di pasang pada blog dan ada juga yang mungkin terlalu seronok hingga terlupa yang blog telah dipenuhi dengan widget di segenap ruang.

Semakin banyak widget yang di pasang, semakin lambatlah masa untuk proses loading page blog kita. Bagi pengguna blogspot, kita tidak boleh membandingkan masa untuk proses loading dengan pengguna wordpress kerana berbeza dari segi proses download dari hosting.

Dalam memilih widget yang sesuai, perkara paling penting sekali yang perlu kita faham adalah kegunaan dan apa fungsi widget tersebut, dan adakah ianya dapat membantu kita dan juga visitors yang masuk dan membaca entri yang ada didalam blog sama ada dapat menaikkan rating, page view ataupun komen.

Di sini, di senaraikan 10 jenis widget yang perlu ada di dalam blog kita. Widget-widget ini sebenarnya sangat-sangat membantu untuk menaikkan rating, page view ataupun komen pada blog kita.

1. Followers

2. Shout box (Jika perlu)

2. Recent comments

4. Blog Archive

5. Labels

6. Related posts

7. Feed

8. Blog List (Jika perlu)

9. Link list (Jika perlu)

10. Popular posts (Jika perlu)

Tips memilih template blogspot



Dalam memilih template blog, kita perlu sedar, sesuaikah template yang di pilih itu dengan isi yang ingin kita sampaikan. Sebagai contoh, kita ingin menggunakan blog sebagai platform perniagaan atau business, template yang mungkin sesuai adalah template yang berstail elegant dan magazine. Mungkin sedikit janggal jika menggunakan theme yang gelap. First impression adalah satu aspek yang tidak boleh kita pandang ringan dan abaikan jika ingin menarik lebih ramai lagi visitors.

Begitulah juga dengan template blog yang berkategori personal yang biasanya dipilih berdasarkan minat, bermotif dan berbunga oleh pemilik blog tersebut.


Tips memilih template blogspot.

1.Template yang terbaik adalah template yang mesra SEO. Ini kerana template tersebut di bina khas yang bertujuan untuk mendapatkan rank yang baik dalam search engine dan friendly pada visitor. Biasanya, loading untuk template yang mesra SEO ini adalah sangat cepat. Untuk tips memilih template yang mesra SEO, pemilik blog purple, Farenova ada menulis tentang perkara tersebut di blognya dengan lebih jelas.

2.Semasa kita melihat preview template yang handak di pilih itu, pastikan semasa proses loading template tersebut, bahagian post akan muncul dahulu dan di ikuti bahagian sidebar.Ini kerana, jika berlaku error pada widget di sidebar semasa proses loading, ia tidak akan mengganggu bahagian post.

3.Jika anda memilih untuk menggunakan template 3 colum, anda di cadangkan supaya menggunakan template yang mempunyai 2 sidebar yang di letak di sebelah kanan secara bersebelahan. Ini kerana, jika berlaku masalah ataupun error dari hosting widget-widget yang telah di pasang pada sidebar, ia tidak akan menggangu proses loading bahagian post.

4.Dari segi warna, putih adalah warna yang terbaik sekali. Putih dilihat lebih mesra dengan visitors. Jika anda ingin menggunakan warna yang gelap ataupun hitam, pastikan font adalah sesuai dan pastikan juga saiz dan jenis font tidak menyukarkan visitors untuk membacanya.

5.Pilih template yang kurang menggunakan image. Walaupun template yang menggunakan image Nampak lebih cantik dan menarik, tetapi ia mempunyai kelemahan dari segi loading. Biasanya image yang digunakan untuk template tersebut berformat png.

6.Pilih template yang kurang menggunakan javascript yang di host dari luar. Ini kerana, ia akan mengganggu proses loading blog kita jika terdapat masalah atau error yang berpunca dari hosting tersebut.

Cara Backup Template Dan Posting di Blogspot

Selepas memperkenalkan beberapa features yang baru kepada blogger yang berplatform blogspot, dalam masa yang sama, blogger.com sedang giat mengemaskini hosting mereka dengan menghapuskan blog-blog yang dikategorikan sebagai melanggar syarat.

Perkara paling penting yang perlu anda elakkan adalah membina banyak blog dengan hanya menggunakan satu akaun.

Sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, anda di nasihatkan supaya membuat backup pada template dan juga entri yang di post.





Untuk membuat backup pada template yang sedang kita gunakan, caranya adalah sangat mudah.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML


Klik pada Download Full Template (rujuk gambar diatas). Kemudian, tandakan pada Save file dan seterusnya klik Save.


Untuk membuat backup pada entri yang di post pada blog.


Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Settings

Langkah 2
Pada bahagian Blog Tools, klik pada Export Blog(rujuk gambar diatas), seterusnya klik pula pada button DOWNLOAD BLOG.

Penipuan Internet Meningkat

Saturday, March 13, 2010

MEMBELI-BELAH secara online bukanlah perkara baru bagi pengguna pada era ini kerana laman web jual beli seperti eBay, Lelong dan Mudah seakan-akan sudah sinonim dengan ramai pengguna Internet di negara ini.Namun, sejauh mana pula ketelusan keselamatan pembelian secara online itu sehingga mencetuskan rasa bimbang di kalangan kebanyakan pengguna? Ketika ada pengguna yang bimbang dengan isu keselamatan itu tapi tidak pula mengambil pendekatan sewajarnya, ada pula segelintir manusia pandai mengambil kesempatan di atas kealpaan itu.Ia turut dikaitkan dengan kehidupan sosial masyarakat, apatah lagi dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster yang menjadi antara penyumbang wujudnya pelbagai gejala sosial di Internet.

Malah, penipuan itu turut berakhir di luar yang menyaksikan ramai wanita terjerat dengan pelbagai jenis penipuan.Aspek keselamatan online bukanlah perkara baru yang perlu diperkatakan kerana media massa banyak melaporkan kegoyahan keselamatan yang mengancam hak peribadi orang ramai.Buktinya, 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta dipindahkan melalui perbankan Internet dalam tempoh enam bulan pertama 2009.


Pusat Keselamatan Siber Malaysia pula mengandaikan penipuan melalui Internet dijangka terus meningkat berdasarkan kepada statistik semasa yang menunjukkan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.

Kedua-dua aspek berkenaan menyingkap masalah penipuan perbankan Internet yang dianggap semakin menjadi-jadi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.Antara gejala paling popular adalah ‘phishing’ yang mencuri butir peribadi pengguna termasuk nama log masuk dan kata laluan.

Penipuan sindiket Nigeria, penipuan loteri, pelaburan Internet dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber.

Kerugian bukan saja dialami pengguna, malah pihak institusi kewangan turut terkena tempias sekiranya penipuan terbabit berlaku di pihak mereka.
Penulis cuba mendapatkan komen dan nasihat institusi kewangan mengenai kes yang banyak diperkatakan ini, namun hampa kerana kurang mendapat kerjasama kerana mereka bimbang hilang kepercayaan pelanggan.

Jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, kerugian menerusi penipuan Internet bank dikenal pasti menyumbang sebanyak 0.00002 peratus daripada jumlah transaksi menerusi Internet mana-mana bank pada 2008.

Merujuk kepada masalah global hari ini, phishing masih dikategorikan sebagai pengancam utama kepada industri perbankan Internet di Malaysia iaitu sebanyak 94 peratus aduan diterima. Usaha berterusan diambil semua bank di Malaysia bagi mengatasi masalah penipuan perbankan Internet seumpama ini.

Pada 2004, Internet Banking Taskforce (IBTF) dilaksanakan BNM bagi mewujudkan industri perbankan yang tersusun, bijak dan bekerjasama dengan agensi berkaitan agar mampu mengawal masalah keselamatan perbankan Internet.IBTF yang diwakili agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Keselamatan Siber Negara (Cyber Security) serta bank di seluruh Malaysia, berusaha mencari penyelesaian dalam mengatasi isu keselamatan perbankan Internet, namun pada masa sama sentiasa memberi kesedaran dan maklumat semasa kepada pelanggan bank agar berhati-hati dengan pelbagai taktik penipuan.

Malayan Banking Berhad (Maybank) antara bank ternama di negara ini giat memantau dan sentiasa bekerjasama dengan pelanggannya agar berhati-hati dengan penipuan perbankan Internet.

Pihak Maybank mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon daripada bank meminta pelanggan mengemas kini kata laluan dan nama pengguna atau memberi maklumat ‘transaction authorisation code’ (TAC).Pelanggan dinasihatkan agar tidak mendedahkan sebarang maklumat dan pihak bank sama sekali tidak akan berurusan dengan pelanggan dengan meminta maklumat berkaitan.

Sekiranya pelanggan diperdayakan dan memberi maklumat terbabit menerusi telefon atau pelanggan klik sebarang ‘link’ di dalam e-mel, pelanggan perlu memaklumkan secepat mungkin kepada pihak bank bagi tujuan keselamatan.Mesej amaran seperti Amaran Polis, masalah teknikal pengeluaran wang atau masalah sistem perbankan Internet sama sekali TIDAK akan dihantar oleh pihak bank menerusi e-mel kerana pihak Maybank hanya memberi amaran kepada penggunanya menerusi gerbang Maybank2u.com.

Ketua Pegawai Teknologi DigiCert Sdn Bhd, Ami Azrul Abdullah, berkata keselamatan akaun bank pelanggan hari ini terletak kepada kebijaksanaan pelanggan itu sendiri.“Isu mengenai e-mel palsu serta phishing bukanlah perkara baru di negara kita. Pelanggan seharusnya memahami polisi pihak bank dan tidak sewenang-wenangnya membocorkan maklumat sendiri kepada sesiapa pun.

“Pihak bank sentiasa peka dalam melindungi pengguna agar kepercayaan pelanggan tidak terjejas dengan perkhidmatannya. Maka, bank mengguna pakai ciri keselamatan berdasarkan garis panduan BNM iaitu PIN dan biometrik,” katanya.

Menurutnya, sebagai pengeluar alat keselamatan berteknologi, bank terkemuka seperti CIMB dan Maybank mengguna pakai token USB dan kad pintar bagi menghindari berlakunya kecurian di dalam akaun pengguna.

“Di bawah Akta Tanda Tangan Digital 1997, DigiCert mengeluarkan produk keselamatan yang dibekalkan kepada institusi kewangan, badan berkanun, pihak swasta dan kerajaan yang bertujuan melindungi pihak terbabit bagi sebarang perkara yang berkaitan dengan digital.

“Bersesuaian dengan akta ini, DigiCert masih dalam penyelidikan untuk mengeluarkan sijil digital yang bakal dikembangkan menerusi aplikasi dalam telefon yang bertujuan untuk melindungi orang ramai,” katanya.

Ami Azrul turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengguna pakai perisian antivirus, antispyware dan firewall yang sentiasa dikemas kini di samping mengikuti perkembangan semasa mengenai penipuan perbankan Internet yang sering terjadi.
Usaha dan penilaian perlu dilakukan berterusan bagi memantau keselamatan pengguna perbankan Internet seperti menyekat terus alamat e-mel palsu yang menggunakan nama bank, sistem keselamatan tandatangan digital di laman web perlu ditingkatkan lagi dari segi penggunaan kod PIN dan soalan untuk ‘hint’ kata laluan seperti “Apakah nama ibu anda?, “Apakah makanan kegemaran anda?” atau “Apakah rancangan TV kegemaran anda?”. Ia dianggap antara soalan lazim dan mudah diteka. Oleh itu, perlunya perubahan yang lebih bersifat pemikiran yang kritis.Sumber: Oleh Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my (Harian Metro)

8 Pengajaran Dari Sedekah

Kita selalu mendengar dan juga membaca hadis Rasulullah s.aw yang bermaksud:

“Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah pemberi dan tangan di bawah adalah penerima.”

Hadis yang ringkas tetapi begitu banyak pengajaran yang dapat kita aplikasikan di dalam kehidupan kita.

Pertama: Jelas sekali bahawa bersedekah sangat dituntut di dalam agama. Sehinggakan kebanyakkan ulama berpendapat sedekah adalah sunat dan diberikan pahala oleh Allah SWT. Dan adakalanya sedekah menjadi wajib apabila kita berhadapan dengan seseorang yang kelaparan dan memerlukan makanan. Dan sedekah menjadi afdal apabila kita bersedekah dengan tangan kanan sehingga tidak disedari oleh tangan kiri.


Kedua: Allah SWT memberikan pengiktirafan kepada mereka yang bersedekah dengan menaikkan darjat mereka. Mereka diiktiraf sebagai tangan yang di atas kerana memberi di atas jalan kebaikan dan sudah pasti diberikan pahala yang berlipat ganda.

Ketiga: Mereka yang memberikan sedekah perlu diingatkan bahawa Allah SWT mengiktiraf mereka sebagai tangan yang di atas jika memberi sedekah dengan ikhlas. Tetapi jika memberi sedekah dengan menyakiti hati penerima, mengeji kesusahan mereka maka Allah SWT juga akan memberikan celaan kepada mereka yang bersedekah.

Keempat: Bersedekah adalah mengikut kemampuan diri. Sekadar yang termampu. Tetapi Allah menggalakkan kita memberikan yang terbaik untuk bersedekah. Yang terbaik bukan bermaksud yang mahal. Yang terbaik yang paling baik berada di sisi kita atau yang paling kita sayangi. Andai sekeping roti adalah yang terbaik ada bersama kita untuk disedekahkan berikanlah saja. Andai RM1 yang terbaik yang ada bersama kita, dermakanlah!

Kelima: Bersegera untuk melakukan kebaikan. Itulah yang digesakan oleh agama kita. Jangan tunggu untuk masa khusus untuk melakukan kebaikan hanya kerana Allah.

Keenam: Bersedekah sebenarnya menunaikan hak orang lain daripada harta kita. Harta kita bukanlah milik mutlak kita. Milik Allah SWT. Jadi tanpa wujud golongan tangan di bawah mana mungkin harta kita dapat dibersihkan.

Ketujuh: Hikmah Allah SWT menjadikan manusia tidak semua kaya dan tidak semua miskin supaya kita dapat bersedekah kepada mereka yang kurang upaya, menambahkan amal kebajikan kita, melatih kita menjadi insan yang pemurah, belajar melihat kesusahan orang lain, sentiasa menyedari kelebihan dan kekurangan diri.

Kelapan: Jangan jadi hamba yang kikir, kedekut atau bahasa yang kasar sedikit sebagai bakhil. Allah SWT tidak suka pada mereka yang bersifat begini.

Mitos menderma darah

Friday, March 12, 2010

Berat badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.

Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.

"Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.


"Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah," katanya.

Roshidah berkata, andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.

Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana memerlukan bekalan darah yang konsisten.

"Secara amnya, dalam tempoh setahun bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja," katanya.

Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas musim perayaan yang panjang, misalnya penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun.

Peningkatan permintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah.

Roshidah berkata, PDN memerlukan lebih 550,000 penderma dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu.

"Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari," katanya.

PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan.

PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan. Roshidah berkata, semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan oleh pesakit.

"Tidak kiralah sama ada seseorang itu tergolong dalam kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah," katanya.

Beliau berkata, wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah.

"Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada orang lain yang menderma.

Bukan punca gemuk

"Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari," katanya.

Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.

"Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

"Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung," katanya.

Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah.

- Bernama

Cerita sedih bila lif rosak

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi..


si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA

Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

Menantu Yang Luar Biasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...hahaha

Cerita sikit

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.


Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
wakakakakak...........

Bos Power ??

Thursday, March 4, 2010

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawab.


Bos tu menjawab, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

Kisah Anak-Anak Sekarang

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia,Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.


Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Namasaya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumahtangga dan mempunyai anak-anak yang comel". "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya..."

Kisah Pekerja Baru

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail..."Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking."Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?".


Kata Suara Di Hujung Talian. "Tidak" Jawab Rosman. "Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu. Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin. "Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman. "Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu. "Kalau Tak Tahu Bagus...!" Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon..

Sape yang Bodoh

Tuesday, March 2, 2010

Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata, "Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo". Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta..Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?".


Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...". Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".

Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".

Kisah Pemimpim Dunia

3.Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal
terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak
terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute
kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?".Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.


Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas calon presiden wanita pertama di US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?".Dia terus menyentap satu beg dan terus
terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Exchange Link

Monday, March 1, 2010


Senarai blog yang aktif pada masa kini..Sila komen dibawah untuk tersenarai disini. Jom ushar2 blog dibawah..


-A-
- Adah
- Aidi Safuan
- Arsyad Huru Hara
- Assoy Finger67
- Amirul Arif
- Alina Clover
- Aku Kenal Kau
- Aku Shahim
- Anato1608
- Anything Style
- Asyrafhamasaki
- Azman Roslan
- Adda
- Azizie Photography
- AcuRose Lil Art
- Aishah
- Aj
- Akuiza
- Anak Akhirat
- Ahmad Zaki
- Arek
- Aku Naja


-B-
- Bicaradariaku
- Blossom Sakura
- buðak xnakaℓ
- belogmj[dot]com
- Blabberina
- Bibi


-C-
- Cik QiQi
- Cderluck
- Cik Pia
- Coretan Perantau
- Cybertechz
- CyberBoy
- Cazemod
- Cikbelog
- Cheqppjoy
- Cahaya Wanita
- Cheaptrick88
- Cimot


-D-
- DausPozi
- Dila Samsuzaman
- Deardindadya
- De'din
- Diba Chan


-E-
- Elqirani Reload
- Ell-pmc
- Ely
- Expressdya
- Elydamia
- Easy XS


-F-
- Fairyku Bebas
- Fasyabdynovelist
- Fitri Hadi
- Fairuz
- Fishlol
- FeeZ~Hafizah~cucuatokaji
- Firdaus Kasim


-H-
- Hazwan Hakim
- HF
- Hana
- Hunny d bunny


-I-
- Ismie0219
- InterneTMPay
- Info Semasa & IT
- Ikeen
- Ida
- Ice Ketul


-J-
- Jack
- Jari Jemari Berjogek


-K-
- Kimi Arrisa Balqis
- Kazen
- Khairul Farhan
- Kilaaa
- Kak Ngah
- Kaseh
- Kaizer


-L-
- Lanun Sepet
- Lanun Special
- Liyana
- Loyar Lawa


-M-
- MyFirdaus
- My Name Is Adam Rayyan
- My Life My Soul-Malyna
- Miss Dalila
- Minemixs
- My Lovely Rainbows
- Misz Nur Hanani
- Mama Glam
- Masturah Idrus
- Mish Lolilop
- Myzul
- MinTy
- MK Kimi
- Mell
- Miszlullaby
- MyTalkTheTalk
- Mah@mahu
- MuJE
- Matt
- MyRa QuEeN


-N-
- Nur Atikah Azmi
- NiZaM Limited
- Nor Fadhillah 1810
- Nsnoop.net
- NaNaJoe
- Nabilah Abdul Rahman
- Nuriz
- n@jwamz
- Nadiah Izahar
- Nurul Adhar
- Nia Athena


-P-
- Propito
- Puteri Hannan
- PrincessQish
- Poise


-Q-
- Qieflysidolce


-R-
- Rerame Ungu
- Rajas Blog
- Red Boy
- Remedy
- Ramadhanblog


-S-
- S.I.T.I
- Saye Ade Belog
- Sapekah Saya
- Shazika
- Si Gadis Comel
- Syariah Paksi Keadilan
- Syairah Shamri


-T-
- Teguh Mohanis
- Taufiq Tiramisu


-U-
- Uncle Punya Blog
- Ummiross


-Y-
- Yastro
- Yayalya


-Z-
- Zulkbo

Anjing Dan Lembu

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam

LEMBU..
---------

MORAL: Haiwan pun tahu disiplin, sepatutnya manusia menggunakan akal, agar tidak jadi lebih hina dari haiwan..

Kisah Peguam Kene Tipu

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.


Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"
wakakaka............
DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.