Saya Blogger Terengganu

Tuesday, December 28, 2010

Assalamualaikum. Salam blogger semua, sape-sape yang rasa diri nya berasal dari Terengganu kite. Ayuh kita ramai-ramai memeriahkan lagi dunia blogger ni dengan menyertai Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri yang direka oleh Blog Pilihan Malaysia(BPM). Untuk lebih lanjut, jom tengok kat sana.

Ok. meh mijie perkenalkan diri mijie dulu, sebab dalam syarat ada tertulis bende nie. Nama manja mijie nie, tak lain dan tak bukan memang mijie sejak dari dulu lagi. Kalau ubah rasa tak sesuai pulak. Tapi siti syorkan mijie guna nama MijieSenyumSokmo sebab asal Terengganu. Senyum Sokmo kan trademark negeri Terengganu. hehe.


Status mijie sekarang adalah single yang bermaksud belum berkahwin dan masih belum ada persiapan untuk berkahwin sebab rasa diri ini masih muda. Kursus kahwin pun belum ambik lagi. Tapi sebenarnya dah ramai kawan mijie sudah berkahwin tapi yang perempuan jelah, yang lelaki belum ada lagi kot. Yelah lelaki kan yang kena tanggung isteri. Besar tangungjawab tu..

Kalau nak hubungi mijie nie senang je. Taip http://mymijie.blogspot.com, pastu klik kat icon merah kat sebelah kanan tu. Confirm mijie ade kat stu. Cari lah kalau jumpa..haha. Kalau nak lagi rapat sila klik like kat sebelah kanan tu yer dan nak rapat lagi silalah add YM mijie di mijie0512@yahoo.com

Tempat mijie duk sekarang adalah Kuala Terengganu, dalam 10KM dari Bandaraya Warisan Pesisir Air. Tempat yang paling menarik sini adalah offcourse lah pantai kan. Nama dah bandaraya warisan pesisir air. Tapi mijie kurang lepak kat pantai nie..Pulau Kapas pun pernah pergi sekali dengan family, best juga keadaan disana dengan udara yang nyaman dan tenang. Nak lepaskan tension boleh lah g sana. Bukan lama pun, dalam 15 je dari jeti Pulau Kapas tu. 

Selain tu tempat menaik seperti Pulau Redang, Bukit Puteri pun ok. banyak khazanah tau, Muzium Negeri, muzium yang terbesar di Asia tau. Tapi yang pelik kan. Terengganu ni, ada sesetangah pulau yang berada di darat contohnya Pulau Kambing, Pulau Rusa, dan lupa pulak..Hehe. Memang banyak lah. Tapi ni sebenarnya nama kampung. Entah macam mana boleh letak nama macam tu kan. Hehe


Makanan yang paling popular sini adalah kepok lekor, kepok lekor yang mijie selalu beli adalah kat Kelulut kedai 008, Ala kedai yang warna kuning tu, kalau dari Kuantan ia duk belah kiri.  Best jugak kepok sini. Kalau korang datang sini jangan lupa beli yer. Hehe.. Siap promote lagi nie.. Nanti dapat kepok free mijie nie..Hakhak..

Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah

Monday, December 27, 2010

Assalamualaikum w.b.t. Persahabatan amat penting dalam dunia blogger nie. Saling chat menge'chat' adalah suatu perkara yang wajib untuk memulakan dan menjaga sebuah persahabatan dalam dunia maya. Walaupun masing-masing belum mengenal muka dan badan, namun jauh dimata tapi dekat dijari..Pepatah moden tu..hehe..

Ok. Demi persahabatan juga mijie ingin sertai segmen "Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah". Segmen yang dibuat  khas untuk korang semua. Berminat??.. Silalah buat..Soalan-soalan sikit je, tak sebanyak macam soalan Calculus mahupun Computer Integrated System.

Soalan simple je. Sape-sape yang dah kenal siti ni memang mudah untuk dijawab.

1 - Dari mana anda kenal blog Siti Safiyyah
 - Lupa pulak dari mana mijie kenal blog Siti Nurhaliza Siti ni. Sebab terlalu lama kan, dah berabad-abad lamanya.. hahaa.. yelah tuu... (sebenarnya tak sampai setahun jagung..haha)

2 - Apa yang best tentang blog Siti Safiyyah yang patut dikekalkan
- Yang paling best ialah cerita yang diterbitkan oleh tangan si penulis ni. banyak info. Kadang-kadang tips yang dibuat oleh Siti ni juga amat berguna dan yang paling penting Siti ni user-friendly aka mudah untuk berkawan. hehe

3 - Apa yang paling tak best tentang blog Siti Safiyyah yang patut diperbaiki
- Perkara yang tak best adalah.. Emmm.. Tak ade pape kot setakat ni, semua perfect, ni bagi mijie lah, orang lain tak tau lah pulak. Tapi baru ni lama menyepi kan..Kemana siti menghilang eyk??

4 - Ucapan korang buat tuan punye blog Siti Safiyyah
- Ucapan buat Siti Nurhaliza Siti adalah semoga success dalam nyayian hidup dan pelajaran, menjadi anak yang solehah, menjaga tingkat laku, menjaga tatasusila, sentiasa memberi ilmu kepada masyarakat, jangan berputus asa dan buat yang terbaik dalam berblog dan yang paling penting "TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI". Noktah..

Lagi Bas Ekspres Terbabas Di KM363, Raub - Bentong

Sunday, December 26, 2010

Pagi tadi, sebuah lagi bas ekpress terlibat dalam kemalangan di KM363, Jalan Raub Bentong. Terlalu banyak kemalangan melibatkan bas sekarang ni. Adakah bas sekarang dah tidak selamat lagi?..Kemalangan yang berlaku di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pun belum sampai seminggu lagi. Tapi kali ini alhamdulillah tidak seteruk yang dulu dan tiada nyawa yang terkorban.  



TEMERLOH: Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.

Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah. - BERNAMA

Keputusan Akhir Idola Kecil Musim 3

Saturday, December 25, 2010

Akhirnya idola kecil dah tamat hari ni dan pemenangnya sudah ditentukan. Para pemenang masing-masing menerima hadiah sebanyak - tempat ketiga -RM3000, tempat kedua-RM5000 dan tempat pertama RM10000. Wah banyak kan hadiah untuk si pemenang. Lepas ni boleh lah pergi shopping untuk beli baju sekolah pulak. hehe..


Pemenang tempat pertama Harris atau nama sebenar Nor Harris Alif b. Norashidi, 11 tahun yang berasal dari Pulau Pinang.

Pemenang tempat ke - 2 - Puteri atau nama sebenar Puteri Aszfaryna Khareeza, 12 tahun, yang berasal dari Kuala Lumpur



Pemenenang tempat ketiga - Balqis atau nama sebenar Nor Balqis Bt. Ahmad Tajudin, 11 tahun, yang berasal dari Terengganu.


p/s : mijie bukan peminat fanatik idola kecil tau..tapi alang-alang family tengok jugak tadi. Join lah sekali. hehe

Good friends are always close to the heart

Friday, December 24, 2010


Alhamdulillah. Sudah lama mijie tak buat tag and award ni. Kali ini mijie dapat award dari krole. "Good friends are always close to the heart". Thanks a lot yer krole. Sebenarnya krole ni antara yang terawal mijie kenal dalam dunia blogger ni sampai lah sekarang. Dulu pernah rancang untuk berjumpa semasa mijie di Bangi, yelah Bangi dengan Kajang bukannya jauh kan Krole. Tak sampai sejam pun. hehe

Dulu pernah berblogwalking bersama-sama selain tu assoyfinger67, wanzie, missXYZ(sekarang dah puanXYZ), matdin, Hanis Zalikha(eh ade ke??..Ade kot.. hihi) dan yang lain-lain yang mijie takkan lupakan, Terlalu banyak untuk listkan semuannya. Semua dah ada disini. Tapi sekarang internet terlalu slow aka perlahan susah untuk kejar diorang, Mijie pakai enjin kancil tapi diorang pakai enjin turbo, mana dan nak kejar kan. Walaupun sekarang krole dah makin popular dan follower pun makin ramai, dia tak lupa kat kawan lama dia seperti mijie ni. Thanks yer krole.

Tapi ada soalan-soalan yang perlu dijawab. Ala macam biasa lah kan sebelum menerima award.

1. Apakah nama pena yang sesuai diberikan kepada Krole??
- Alamak!!. Ape ek nak bagi nie..Korang bagi idea ek..hehe

2. Apa perubahan yang anda rasa perlu untuk blog nie??
- rasanya background tu warna warni sangat. Kira bolehlah krole.  Krole ni pun sebenarnya dah banyak buat perubahan kan. Picture dalam sidebar baru ubah kan. Tapi krole tak nak guna yang ni ke?. hehe..

3. Apakah komen anda tentang blog nie??
- komen??....errgggghhh.. apa nak komen yer.. takde pape2 kot. Yang pasti krole dah otai sekarang kan..;)

4. Then kena tag 10 orang..
- Iza

* Opss terlebih pulak..Takpe kan..hehe

Tutorial blogspot || Cara buat effect jquery lazyload

Monday, December 20, 2010

Salam.. Sory semua dah lama mijie tak buat tutorial untuk blogspot nie. Sory yer. Kali nie mijie nak buat tutorial pasal jquery lazyload. Rasanya dah ramai blogger yang dah tahu buat pasal nie kan.

Emm. Benda ni amat sesuai untuk blog yang mempunyai banyak gambar. Ini kerana setiap gambar tidak akan load ketika blog tengah loading. Klik sini untuk melihat perbezaannya. Ok kalau nak buat jom ikut langkah-langkah dibawah.


Step 1 : Login dashbord => Design => Add a Gadjet.=> Pilih HTML/Javascript

Step 2 : Copy code dibawah dan paste diruangan kosong.

<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>

<script type="text/javascript">

jQuery(document).ready(function($){

if (navigator.platform == "iPad") return;

jQuery("img").lazyload({

effect:"fadeIn",

placeholder: "http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/THkEtEOZfrI/AAAAAAAABRo/IARVMD_8TwA/s1600/grey.gif"

});

});

</script>

Step 3 : Save and preview. Mudah kan..

Step 4 : Ok done..;)

**Lagi tutorial blogspot klik sini.

Jom Belajor Loghat Terengganu

Saturday, December 18, 2010

Salam. Adik - adik, akak-akak, abang-abang, ayah-ayah, mak-mak dan semua. Meh sini kalau nak belajar loghat teganu kite. Sesiapa yang ingin kahwin dengan orang teganu amat di galakkan..hehe..

Tapi AWAS. jangan gunakan semasa anda menjawab soalan PMR, SPM, STPM. dan juga kolej atau Universiti walaupun exam dah habis. Kalau UPSR boleh di maafkan lagi kan..hehe..Kata mak, jangan buang masa. Jom belajar cepat..


Haha..Ok..Dah belajo semua yer.. Bagoh2..Lepah ning senang sikit nok cakap bahase teganu. Emm sebenornye ade certain-certain perkata'an dalam nie mijie pun dok paham..lalala..

Lagi kes kerat mengerat

Monday, December 13, 2010

Lagi berita mengenai kerat mengerat orang ni..Alahai kes bunuh sekarang makin menjadi-jadi pulak. Apa dah nak zaman sekarang nie. Diorang ingat ni zaman apa?..Bunuh sana, bunuh sini. Sesuka hati jelah nak bunuh. Macam negara tak ada undang-undang untuk si pembunuh nie. Mereka langsung tak takut.

Berita hari ni, mayat seorang perempuan Orang Kurang Upaya(OKU) pula menjadi mangsa kerat mengerat ni. Apa salah dia??.. Langsung tak ada sikap belas kasihan. Adakah mereka ni tiada akal melakukan perkara begini?. Dan mereka ini lebih teruk dari binatang.


KUALA LUMPUR: Kejam apabila mayat seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemui dengan kedua-dua kaki dan tangannya dikerat sebelum dibuang berasingan oleh pembunuhnya berhampiran sebuah tokong di Kilometer 2.3, Genting Highlands, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pembunuh remaja itu dipercayai cuba menghapuskan bukti dengan menyumbat anggota badan dan kepala mangsa dalam dua beg pakaian sebelum dibuang di lokasi berasingan ke dalam gaung.
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak menemui sebuah beg kecil dan terkejut apabila ternampak kaki terjuntai keluar dari beg berkenaan. Pemburu berkenaan menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan anggota badan manusia itu. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abd Rahman, berkata polis ke tempat kejadian dan menemui sebuah beg kecil berisi tangan kanan dan kaki kiri mangsa.



Selepas beberapa jam pencarian berhampiran kawasan gaung itu, polis menemui sebuah beg pakaian besar berisi mayat manusia. Sebaik beg dibuka, polis menemui kepala dan badan mangsa yang dipercayai dibunuh tidak lebih dari 24 jam itu.

“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam gaung itu, malah badan mangsa dalam beg itu masih lengkap berpakaian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rosli berkata, pihaknya percaya remaja berkenaan OKU berdasarkan saiz kepalanya yang besar daripada badan serta tangan kanan agak kecil.

“Mangsa mempunyai tubuh badan yang agak gempal selain rambut kerinting. Usaha kini dijalankan untuk mencari tangan kiri dan kaki kanan mangsa,” katanya. Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa remaja perempuan.
“Kami masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau didera dengan kejam sebelum dibunuh. “Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

Rosli meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga menghubungi Asisten Superintendan Yusof Unis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.

Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati gaung itu curam dan kawasan itu dijadikan tempat berehat sebelum sampai ke puncak Genting Highlands.
Mungkin mereka ingat mereka kerat benda yang macam yang kat atas tu kot. Mereka tak sangka yang mereka kerat yang bawah nie.Hah kejam...

Ihsan pakcik google(sekadar hiasan, tiada kene mengena dengan kes ni..)

Tapi kan sebelum ni dah banyak kes-kes kerat mengerat nie.

Kes penemuan mayat dikerat


  •  10 Ogos 2007: Mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditemui pemilik sebuah kondominium di Mont Kiara dalam keadaan dikerat 11 selepas terhidu bau busuk dari peti sejuk ketika mengemas rumah yang dikosongkan penyewa. Mayat mangsa dibungkus menggunakan beg plastik hitam serta disumbat dalam peti sejuk yang dilekat dengan pita pelekat. 



  •  30 September 1997: Seorang lelaki menemui mayat yang dikerat empat diasing dengan anggota badan dalam satu bungkusan plastik, manakala kaki, tangan dan kepala pada bungkusan lain yang disimpan dalam beg pakaian di perdu pokok di Batu 6, Jalan Ipoh. 



  •  26 Julai 1997: Mayat wanita warga emas ditemui dalam enam beg plastik berasingan dikerat secara melintang sebanyak lima kali menjadi lapan bahagian dibuang dalam semak di Batu 6, Kampung Lubuk Jong, berhampiran Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang. Mayat ditemui seorang lelaki pemotong rumput. 



  •  3 Julai 1996: Mayat gadis berusia antara 14 dan 19 tahun yang tidak berkepala, tangan dan kaki yang diisi dalam beg plastik ditemui dalam longkang sebuah pasar raya di Taman Ipoh Selatan oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh. 



  •  22 Julai 1993: Misteri kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, terjawab apabila mayatnya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dan permukaannya disimen di kawasan kebun rumahnya di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub. 



  •  8 Julai 1993: Penari dan penyanyi, Lily Chua dipotong menjadi 11 bahagian dan dimasukkan dalam sebuah beg beli-belah sebelum dicampak ke dalam parit di Kuala Lumpur.



  • p/s : sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak.

    Hari pertamaku

    Saturday, December 4, 2010

    Assalamualaikum. Sorry sebab lambat update kenangan-kenangan hari pertamaku kerja disini. Tepat jam 8.02 mijie sampai. Terlambat 2 minit, bukan sengaja tapi memandangkan cuaca disini tidak mengizinkan, air hujan mencurah-curah tanpa henti terpaksa melambatkan masa perjalanan ku ke tempat kerja. Perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 20 minit.

    Sampai-sampai kat tempat kerja, mijie naik tingkat 1 di menara permint untuk mendaftarkan diri dan hanya seorang staf yang telah sampai. Mijie menunggu di ruangan menunggu untuk proses seterusnya. Selepas 30 minit, mijie di hantar ke tingkat 10, di Bahagian Teknologi Maklumat untuk berjumpa staf-staf disini dan tempat mijie menjalankan tugas nanti. Macam polis pulak..hehe

    Staf disini sangat sporting dan mudah bergaul walaupun umur yang jauh berbeza. Sebenarnya di sini adalah tempat mijie praktikal pada tahun lepas. So, tak delah segan sangat kan. Teringat masa pratikal dulu. Dulu datang sini 4 orang tapi sekarang sorang-sorang je. heheh..Sampai-sampai je terus breakfast dengan diorang.

    Hari pertama mijie telah ditugaskan untuk melihat sistem-sistem yang telah digunapakai disini. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan jika ada apa-apa perubahan pada sistem tersebut. Sistem ni menggunakan PHP dan database mysql. Oklah sebab sebelum ni pun guna yang ni jugak.Tapi sebelum tu kena buat poster untuk sambutan maal hijrah hari selasa ni. Ni yang best kerja sini, banyak aktiviti yang diadakan. So, boleh bergaul-gaul dengan staf-staf di bahagian lain. Tapi yang tak bestnye kat sini blogspot.com dan shoutmix kena block,so kena BW kat rumah jelah. Tu pun kalau internet ok. huhu

    Pukul 5 lebih mijie keluar office untuk balik ke rumah tapi malangnya motor mijie tak dapat dihidupkan, dah berapa kali start tapi enjin ni masih degil untuk hidup..Maklumlah dah lama tak bawa kan, duk kat bangi tak bawa pun motor ni, tinggal kat kampung je. Lepas tu, mijie cari kedai kat kawasan-kawasan tu mana tau kot-kot masih ada kedai yang buka, time tu pun dah pukul 6 lebih. Tapi malangnya semua kedai dah tutup. Waaaa. cuak3..

    Nilah motor yang tak hidup 2..huhu

    Nak call rumah tapi battery handphone pulak habis. Aiya masa ni jugak dia nak habis kan. Terpaksa cari public phone. Bukan senang nak cari public phone yang ok walaupun banyak kat tepi-tepi jalan tapi semuanya rosak.  Ni angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab ar nie. Menyusahkan orang je. Tapi nasib baik dalam banyak-banyak terjumpa juga satu yang ok. Alhamdulillah boleh call rumah. Yeaaahhh. Tu pun dah hampir pukul 7 malam.

    Pinjam dari pakcik google. Tak sempat nak snap lah.hehe

    Hampir pukul 9 malam, abang ipar datang. Sebelum tu pun risau takut tak jumpa cari, nak call handpone dah mati kan, so, tunggu jelah kat tepi jalan. Nasib baik jumpa. Start-start enjin tak nak hidup jugak walaupun dah tukar plug baru. So terpaksa tunda sampai ke rumah. Huh cuak2.. Nilah pengalaman yang menyedihkan pada first time kerja.huhu..


    P/S : Sediakan peralatan membaiki dalam kenderaan anda yer terutama yang biasa digunakan. huhuuh

    Selamat tinggal Bangi bersama kenangan..

    Monday, November 29, 2010

    Assalamualaikum..Saat post ni di publish, maybe mijie dah ada diluar Bangi ni. Untuk pengetahuan hari ni last mijie berada disini. Mijie akan balik ke tempat asal mijie iaitu negeri tanah tumpah darahku, Terengganu Darul Iman.




    Setelah selama 1 tahun lebih.. Wah macam lama lah pulak kan. Padahal setahun je..hikhik. Mijie dengan rasminya menutup kisah hidup mijie di Bangi ni.. Esok bersambung kembali kehidupan mijie di negeri tanah tumpah darahku.. Segala kenangan pahit dan manis disini akan mijie simpan kuat dalam memori ini.

    Terkenang kembali first time datang sini pada 10/11/2009. Mijie naik bus Ekpress Adik Beradik, (tiket bus masih disimpan tau) bertolak pada belah malam. Yang sebenarnya, mijie naik bus pada pukul 10 pagi tapi malangnya bus tersebut dengan seronoknya telah meninggalkan mijie. Sedih tau kena tinggal dengan bus, ni gara-gara print gambar yang terlalu lama lah nie. Betapa lembabnya printer tersebut untuk mengeluarkan gambar mijie. So, terpaksalah beli tiket lain. Tu pun last time jugak mijie naik bus Adik Beradik, lepas tu naik bus Sani Ekspress. Takut kena tinggal pulak..Uwaaa..


    Sampai di Kajang rasanya dalam pukul 4.45 pagi. Mijie call housemate mijie. teeetteeeteee.. Tak angkat, pastu call sekali lagi..teeettteeettt..Tak angkat jugak..Try lagi sekali teeetteee teeeettteeee..Haa baru angkat..Biasalah pagi2 kan. Takkan tak faham lagi buat apa.

    Mijie :: "Hello..dah sampai Kajang nie.."
    Housemate :: "oo..ada kat mana nie.."
    Mijie :: "..kat Kajang lah..."
    Housemate :: "..yelah Kajang tapi ada kat mana?..stesen bus ke.."
    Mijie :: "..a'ah kat stesen bus nie. Ada depan kedai kuning.."
    Housemate :: "..haa kedai kuning??...(maybe dalam hati.. (aku pun tak kenal..)).."
    Mijie :: "..a'ah(..dalam sedikit ketakutan, sebab banyak anjing disini..ala terengganu mana ada anjing berkeliaran..).."
    Housemate :: "ok2..tunggu situ..jap agi sampai"..

    Dalam 45 minit kot kalau tak silap, tiba-tiba sampai lah sebuah kereta Honda City yang rasanya mijie pernah nampak kereta tu. Nasib baik dia dah datang rumah mijie sebelum ni untuk ambil barang-barang, kalau tak confirm tak kenal jugak kereta tu. 30 minit selepas tu sampai lah kat rumah sewa di Vista Seri Putra yang mijie duduk sekarang nie. Letih jugak duk dalam bus lama-lama ni. Nasib baik masuk keje pukul 9, so sempat lah tidur kejap lepas solat subuh.

    Pada pagi tu bersamaan 11/11/2009, first time mijie masuk kerja. Mijie pergi kerja dengan housemate. So, dapat jimatkan kos pengangkutan(memang kos pengangkutan ditanggung pun..hehe). Sampai je kat ofis kat blok 11 di Agensi Nuklear Malaysia(bukan ofis mijie sini tapi buat projek sini), mijie memperkenalkan diri dengan ahli group yang lain. 3 lelaki termasuk mijie dan 3 perempuan. Wah 1 sorang tu..hehehe..

    Sepanjang mijie kerja disini banyak pengalaman manis dan pahit yang telah dilalui. Maklumlah kan first time kerja, berdebar jugak masa mula tu, dahla mijie cepat berdebar taw. Orang kata kalau cepat berdebar tekanan darah rendah tapi mijie tak pasti pulak..Tak pernah cek pun. Bukan takut tapi tak de kesempatan..hehe..

    Selepas seminggu disini, mijie turun mandi kolam kat belakang rumah mijie. Apartment ni sediakan 2 kolam renang. 1 untuk budak-budak yang kedalaman lebih kurang 1 kaki, dan 1 untuk dewasa yang kedalaman 1.35 meter. 2 bulan yang pertama tiap-tiap malam keluar berenang, best tau berenang, dapat rehat kan minda dan juga exercise yang paling berkesan. Disini jugak mijie telah berjumpa dengan 2 orang kawan, mereka adalah student Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS). Sampai sekarang mijie masih berkawan dengan diorang. Pernah juga keluar tengok wayang, karaoke, shopping dan sebagainya.. Bestnya saat tu. Harap-harap ia kekal dan menjadi kerinduan kelak.

    Dua hari yang lepas mijie pergi makan satay kat Satay Haji Samuri, Bandar Baru Bangi dengan group member yang lain. Satay sini best tau, isi dia besar2 tau. Lepas ni maybe dah susah nak datang makan satay sini. Lepas makan satay mijie pergi Warta untuk main bowling tapi sedihnya time tu ada tournament. Waaa..Tak lepas hajat nak lawan bowling..waaaa..sedih3..Semalam pulak hajat nak keluar pergi KLCC tapi tak dapat jugak, tak tahu kenapa terasa sangat nak g KLCC. Dapat pergi The Mines je, tapi happy jugak lah dapat main games dan ushar2 notebook..hehe..Tapi tak puas hati lagi ni tak dapat g KLCC...waaaaaa..

    Tapi sekarang semuanya telah berakhir. Ini kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Mesti lepas ni rindu saat kegembiraan disini. Sebenarnya amat sukar untuk meninggalkan sini walaupun masih ada sebulan lagi sebelum projek ini berakhir. Mijie terpaksa meninggalkan projek disini disebabkan mijie telah dapat kerja kat Terengganu, tempat mijie praktikal dulu. Alhamdulillah. Memang best buat kerja situ. Kalau dapat tempat lain maybe mijie belum stop lagi kerja sini. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan sesuatu kerja kan.

    Keputusan yang amat sukar untuk dibuat tapi bila difikir-fikirkan. Takpelah, mungkin rezeki mijie bukan disini tapi kat tempat baru nanti. Harap-harap keputusan mijie ini adalah yang terbaik. Mijie pun pernah terfikir, macamana kalau keputusan ini silap, adakah masih boleh bekerja di tempat lama??..Takpe mijie percaya yang DIA yang lebih mengetahui yang mana sesuai untuk hambanya. Mijie redha dengan ketentuanNYA. Moga-moga pilihan mijie ini tepat dan diredhai. Korang doa agar mijie berjaya dan happy dengan kerja kat tempat baru nanti yer..Aminn..

    *huh entry yang paling panjang dari mijie..masih banyak nak tulis tapi next time yer..hehehe..;)

    Tindakan anda jika menerima SMS ini??

    Sunday, November 28, 2010

    Assalamualaikum. Pagi tadi mijie telah menerima sepucuk SMS dari kawan mijie yang tertulis..


    Ya Allah
    Ya Rahman
    Ya Rahim
    Ya Malik
    Ya Qudus
    Ya Salam
    Ya Mu'min
    Ya Muhaimin
    Ya Aziz
    Ya Jabar
    Ya Mutakabbir

    Kirimkanlah kepada 9 orang asma ALLAH ini insyaAllah kamu akan mendapat berita baik esok. Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib yang buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9sen, kerana asma ALLAH? Dalam waktu 1 jam anda akan mendapatkan REZEKI yang tiada tara jumlahnya jangan dipermainkan demi ALLAH ini amanah dan jangan dihapus sebelum dikirimkan.

    Adakah anda yakin dengan ugutan dalam kandungan SMS tersebut?..Mijie rasa kurang yakin dengan ugutan diatas sebab kalau kita nak buat sesuatu mesti ikhlas kerana ALLAH kan. Bukan kerana paksaan atau lebih lagi ugutan. Mijie memang pernah menerima SMS seperti ini, tapi kadang-kadang tidak hiraukan.

    Asma Allah memang baik untuk disebarkan kepada umat Islam supaya kita sentiasa ingat kepada-NYA. Tetapi kenapa perlu ada perkataan ugutan seperti dalam kandungan SMS tersebut. Sebelum ni pernah menerima SMS seperti ini tapi yang atas nya tu lain lah cuma yang bawah itu masih sama dan perlu hantar ke 9 orang. Tapi kenapa 9 orang erk ??..Kenapa tak 3 ke 5 ke atau beberapa ikut suka.

    Kalau memang tujuan nak sebarkan asma ALLAH ini, tidak perlu letak ugutan seperti ni, kerana semua umat Islam sudah mengetahui bahawa kalau kita sebarkan perkara yang baik dan ikhlas kerana ALLAH, pastinya akan mendapat ganjaran. Macamana kalau kita just forward asma ALLAH sahaja tanpa ugutan kepada
    kawan-kawan lain, terpulang pada mereka untuk forward ataupun tidak.

    Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia boleh merosakkan iman kerana lebih takut ugutan yang belum pasti dari siapa. Mijie pun tak berani nak menghuraikan lebih panjang. Nanti tersilap dan lebih baik tanya kepada Ustaz atau Ustazah yang lebih pakar.

    Ni cuma pendapat mijie yang ilmu agama tidak seberapa. Segala kesilapan dalam entry ini harap dimaafkan dan diperbetulkan yer. Cuma mijie ingin berkongsi dan untuk menggelakkan kita tersalah faham dan iman menjadi kurang. Nak lebih selamat tanya kepada yang lebih pakar dalam bab agama ok.

    Sabor Ajelahhh.............

    Friday, November 26, 2010

    Kajian Menarik Terbaru.. 


    Lelaki: 


    1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM 
    2. Masukkan card 
    3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki 
    4. Ambil duit, card dan receipt 


    Wanita: 


    1. Pandu ke bank 
    2. Matikan enjin kereta 
    3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu 
    4. Semburkan minyak wangi 
    5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM 
    6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan 
    7. Masukkan kad ATM 
    8. Mencari nombor PIN ATM dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan 
    9. Tekan nombor PIN 
    10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit 
    11. Tekan "Batal" 
    12. Tekan sekali lagi nombor PIN 
    13. Tekan "Batal" sekali lagi 
    14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul 
    15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal 
    16. Masukkan jumlah yang dikehendaki 
    17. Tekan "Salah" 
    18. Masukkan jumlah yang agak besar 
    19. Tekan "Salah" sekali lagi 
    20. Masukkan jumlah yang lagi besar 
    21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM 
    22. Masuk ke dalam kereta 
    23. Periksa makeup di muka sekali lagi 
    24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan 
    25. Hidupkan enjin kereta 
    26. Jalankan kereta. 
    27. Berhenti tiba-tiba 
    28. Pergi balik ke mesin ATM 
    29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit. 
    30. Masuk kembali ke kereta 
    31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard 
    32. Buang resit atas jalan 
    33. Tengok dekat cermin pemandu 
    34. Perika makeup sekali lagi 
    35. Membetul-betulkan rambut 
    36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur) 
    37. Brake mengejut lagi 
    38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi 
    39. Memandu lebih kurang 3 km 
    40. Baru teringat nak lepaskan hand brake.. 

    hehehehe... Sabor Ajelahhh.............
    Jangan marah yer si perempuan..Just gurau2 je di awal pagi..hehe

    Dah setahun dah..

    Friday, November 12, 2010

    Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Dah setahun dah mijie bekerja sebagai programmer ni..Rasa macam baru je tot tot dah setahun kan.. Terlalu cepat masa berlalu.

    Ingat lagi masa mula-mula masuk kerja, takut + berdebar.. Al- maklumlah first time kerja dengan company. Sebelum ni memang dah kerja tapi tu kerja biasa-biasa je. Lepas SPM dulu kerja kat stesen minyak Caltex di Chendering, lepas tu, time cuti semester pula just kerja di pasar minggu(org terengganu panggil pasar minggu).

    Sangat teruja dan tak percaya bila dapat surat ni..Bestttttt..

    Teringat masa interview dulu, kena jawab test, berdebar-debar juga buat tapi nasib baik boleh buat tapi tak dapat jawab semua pun..Mula dapat kerja pula di hantar ke Agensi Nuklear Malaysia, Bangi untuk buat projek sini. Dengan berbekalkan ilmu programming yang agak sedikit, entah berapa percent je kot tapi dengan minat yang mendalam tentang bidang ni alhamdulillah boleh juga mijie teruskan sampai sekarang. Tapi tak terer mana pun tapi boleh lah sikit-sikit..Masih banyak kena belajar kan.

    Apa2 pun mijie ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana memberi peluang mijie bekerja disini dan juga kepada rakan sekerja yang banyak membantu mijie dalam melaksanakan tugas selama setahun ni..

    25 random things, facts or goals about me !

    Saturday, November 6, 2010

    "Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."

    Assalamualaikum..Dah lama rasa nya mijie x jawab tag. Ok hari ni mijie ingin menjawab tag dari siti. Tag ni dah lama rasanya ditag tapi hari ni baru nak buat. Hehe..Busy lah..Dia amat berharap untuk mijie buat tag ni. Tapi soalan terlalu banyak lah.. "25 random thing, facts or goal about me!"

    1 - Seorang orang lelaki yang berumur 21 tahun 11 bulan 1 hari aka 22 tahun.

    2 - Berasal di Terengganu, mak dan ayah pun berasal dari Terengganu. Anak jati Terengganu tau.

    3 - Bekerja sebagai programmer disebuah syarikat swasta di Terengganu dan sekarang ada projek di Bangi sampai bulan 12 ni..

    4 - Pernah suatu ketika dahulu study di UiTM Dungun dalam course Computer Science.

    5 - Pernah suatu ketika dahulu study di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor dalam course Sains.

    6 - Tidak pernah merasa study di luar negeri.

    7 - Tidak suka keluar shopping. Tapi lebih seronok keluar dengan kawan-kawan.

    8 - Lebih gemar duduk di rumah sambil surt internet dan buat apa-apa yang patut. Kadang-kadang buat kerja-kerja yang belum selesai di office.

    9 - Suka design website.

    10. Happy dengan kerja sekarang dan tidak happy dengan keadaan aka suasana sekarang.

    11. Tidak suka dipaksa-paksa.

    12. Pernah tersalah masuk jalan suatu ketika dulu..

    13. Senang untuk bergaul dengan kawan baru walaupun sedikit kelemahan dalam berkomunikasi.

    14. Kurang bercakap dan kadang-kadang menjadi seorang pendiam.

    15. Sekarag dalam dilema untuk sambung study ataupun meneruskan dengan pekerjaan sekarang.

    16. Pernah bercinta suatu ketika dahulu tapi clash dan sekarang adalah untuk kali kedua bercinta..Dengan siapa??..R.A.H.S.I.A..hehe..

    17. Amat berjimat dalam perbelanjaan dan boleh menyimpan lebih banyak duit.

    18. Berazam untuk membeli sebuah kereta pada tahun depan. Tapi tidak pasti untuk beli yang baru ataupun yang tangan kedua. Tapi berminat pada Satria Neo tapi bila difikirkan balik kurang sesuai untuk masa depan disebabkan pintu 2. Dan kesian kat orang belakang jika terjadi apa-apa yang tidak diingini kan.

    19. Berangan-angan untuk menjadi seorang Internet Marketer, dan sekarang menjadi egen dropshipping untuk baju baby .

    20. Pernah membeli ebook untuk buat duit di internet dan pernah mencuba Commission Junction dan Clickbank.

    21. Mempunyai niat untuk membuat freelance untuk website dan sistem yang menggunakan PHP atau joomla. Tapi masih kurang pengalaman. Kalau korang-korang yang ada pengalaman buat freelance, boleh share tip-tip kan..hehe

    21. Baru siap buat mini sistem untuk pengiraan jumlah size kotak dalam m³ menggunakan PHP, javascript dan  jQuery.

    22. Cepat gemuruh bila bercakap depan ramai orang dan di depan depan.

    23. Kurang confident. Tapi sendiri untuk berlatih untuk jadi lebih confident. Ada tip untuk jadi jadi lebih confident x??

    24. Kalau siti setiap tahun tukar cermin tapi mijie termasuk yang ini baru 4 kali dalam masa 10 tahun..huhu..Pas ni kena ikut siti lah. Tukar cermin mata ikut trend kan..hehe..

    25. Mempunyai ramai peminat time study dulu tapi tak pasti pulak kot2 perasan je lebih..hihihi..Jangan marah..hehe..:P

    Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak hutang mijie dengan siti. Hutang mesti diselesaikan sebelum yang lain kan..Betul x??..Tapi yang tag 25 rakan lain terpaksa ditangguhkan..Nak kuar pulak nie..Ambik angin sikit. Sape nak ikut??..Jommm..

    *eh2..macam silap kira je..hehe

    Review Movie || Adele : Rise Of The Mummy

    Monday, November 1, 2010


    Salam. Entah tiba-tiba malam ni mood nak review movie sikit, movie yang terpilih malam ni adalah "Adele - Rise of the Mummy". Cerita ni tidak lah menarik mana tapi boleh lah layan dan banyak unsur-unsur kelakar nye. Tergelak-gelak tengok cerita ni. Movie ni sebenarnya dipetik dari sebuah komik yang bertajuk "The Extraordinary Adventures Of Adele Blanc-Sec by French writer/artist Jacques Tardi"

    Ok cerita dia macam ni, ia mengisahkan pengembaraan seorang perempuan yang bernama Adele Blanc-Sec untuk mencari doktor kepada Firaun Ramsee II. Tujuan nya adalah untuk menyembuhkan adik(kembar) dia dari koma.

    Ni lah mumia yang adele curi..

    Pada masa yang sama juga seorang professor telah menghidupkan seekor dinasour yang dikenali sebagai pterodactyl di Paris, iaitu tempat Adele menetap. Ganas juga lah dinasour ni. Tapi Adele berjaya menundukkan Pterodactyl untuk menyelamatkan professor yang akan menjalani hukuman gantung atas sebab membela Pterodactyl. Walaubagaimanapun, professor tersebut meninggal setelah berjaya menghidupkan mumia yang dibawa balik oleh Adele.

    Tapi malangnya, mumia yang dibawa balik oleh Adele bukan lah doktor kepada Firaun Rammsee II tapi seorang ahli Fizik tapi dengan kuasa yang ada, dia berjaya menghidupkan mumia-mumia yang lain. So, dia berjaya mencari doktor tersebut dan berjaya menyelamatkan adik Adele.

    Emm lebih kurang macam tu lah cerita dia. Kalau nak rate tu, rasanya 4/10 je kot..Ada agedan-adegan yang membosankan sikit. So, korang pandai-pandai lah menilai nanti. Okey..tata dan Selamat menonton kepada ynag ingin menonton..huhu..

    Contest || Pertandingan Header tercantik

    Monday, October 25, 2010

    Assalamualaikum..Firstly. Mijie ingin mohon maaf jika mijie tak sempat nak balas jejak-jejak korang disebabkan sekarang masa yang ada amat suntuk dan sangat terhad. Kalau boleh memang mijie ingin membalas semua jejak korang lebih-lebih yang sudi komen dan bertanya soalan kat mijie ni. Kalau ada masa terluang insyaAllah mijie akan terjah kembali.

    Emm. Tengah-tengah mijie blogwalking tadi, mijie telah di tag oleh aj yang juga kawan mijie. Dah lama rasanya mijie tidak menjawab tag.. Maaf yer kepada sesiapa yang tag mijie sebelum ni. Tapi tag kali ni rasa amat menarik minat mijie untuk membuatnya. Tag yang memberi seribu makna.. Hehe..Ye ke??..

    Sebenarnya tag yang aj bagi ni adalah contest dari alienelliz iaitu contest bertajuk "Pertandingan Header Tercantik Kali-2". Kali-2 !!, maknanya yang pertama dah terlepas lah nak join. Rugi kan. Walaupun header MiJiE BLoG ni tak secantik mana tapi mana tau ada tuah kan, tuah sape yang tau.. Dapat juga hadiah, tak sia-sia kan. hehe. Mijie pun bukan selalu join contest 'mengotest' ni.

    Tarikh tutup contest ni adalah 6/11/2010. So, sesiapa yang nak join, masih ada masa dan perlu mematuhi syarat-syarat yang pihak penganjur tentukan. So apa tunggu lagi, jom tengok apa syarat dia.. Dengar-dengar hadiah topup, best jugak tu..;)


    Ok misi mijie dah settle. Sekarang mijie nak tag 3 blogger lain pulak :-
    - ayie
    - yasha
    - mak

    Selingkap Rahsia Bantal

    Saturday, October 23, 2010

    Ayuh jom kita menyingkap rahsia anda melalui bantal yang anda gunakan. Tapi jangan percaya 100% pula tau, ia tidak semestinya betul. Tapi kadang betul juga kan. Sebab ini adalah daripada hasil penyelidikan.

    1) Memeluk Bantal
    Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

    2) Menggunakan Banyak Bantal
    Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

    3) Tidur Dengan Satu Bantal
    Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

    4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
    Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
    untuk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

    5) Tidur tanpa Bantal
    Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

    6) Tidak punya bantal
    Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!"

    Soalan-Soalan Penemuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

    Thursday, October 14, 2010

    Oleh MOHD HAFIZ

    Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.

    Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.

    Untuk makluman anda, soalan temuduga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu soalan umum dan khusus. Soalan umum meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am, sementara soalan khusus pula menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai komputer dan teknologi maklumat.

    Contoh Soalan Umum:
    1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
    2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
    3. Isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia.
    4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
    5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
    6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
    7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
    8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

    Contoh Soalan Khusus:
    1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
    2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
    3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
    4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
    5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
    6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
    7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

    Mijie suka berkongsi yang ini sebab mijie adalah salah seorang graduate Diploma Sains Komputer. So, nanti boleh buat sebagai rujukan kan..Tak susah-susah nak cari kan..hihihi..

    sumber rujukan http://www.mohdhafez.net

    Video Kemalangan Ngeri di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan - 2 bas, 1 van , 3 kereta - 12 maut 40 cedera

    Monday, October 11, 2010



    Ya Allah. Ngeri sungguh kemalangan yang berlaku di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Seramai 12 orang maut dan 40 lagi cedera. 



    REMBAU
    : Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

    Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

    Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

    Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

    Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

    Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA


    Ya Allah.. Tidak boleh nak bayangkan macamana keadaan penumpang dalam myvi ni. Dahsyat betul .


    Ni video mengenai kemalangan tersebut. 

    Gambar dan video dipetik dari blog sis DaHLia.

    Majlis Perkahwinan Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor

    Sunday, October 10, 2010


    Majlis pernikahan angkasawan negara Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangan Dr Halina Mohd Yunos dihadiri oleh orang-orang kenamaan, sanak-saudara dan sahabat-handai, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran 80 orang angkasawan dari seluruh dunia. Kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ini akan diteruskan pada majlis resepsi pada malam ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Stesen televisyen TV3 akan menyiarkan majlis ini secara langsung bermula jam 9.00 malam.

    Saksikan siaran langsung di http://apps.gua.com.my/sheikhmuszaphar.

    Antara gambar-gambar perkahwinan Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos dipetik dari mystar :-


    Sama cantik kan..memang sepadan..Macam pinang dibelah dua.


    Selepas selesai upacara akad nikah. Hanya sekali lafaz sahaja, pasangan ini sah menjadi suami isteri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan Lettenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai. 


    Begitu anggun sekali Dr Halina kan..


    Dikesempatan ini, mijie ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pengantin.. Moga kekal hingga akhir hayat dan bahagia sentiasa.

    Nasihat Anak Kecil Kepada Orang Tua

    Friday, October 8, 2010

    Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Semasa dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil wudhuk.

    Apabila orang tua itu melihat si anak kecil menangis, maka diapun bertanya: "Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"

    Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai ke ayat yang berbunyi "Yaa ayyuhal ladziina aananuu quu anfusakum" yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu". saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam neraka."

    Orang tua itu berkata: "Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka."

    Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini dahulu akan dibakar sebelum dibakar orang dewasa."

    Orang tua itu berkata sambil menangis: "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kamu nanti."

    Diriwayatkan orang tua tersebut adalah Hassan AlBasri.

    Berita “BAIK” untuk perokok tegar

    Monday, October 4, 2010


    Isnin, 4/10/2010. Ada berita baik untuk perokok-perokok sekalian, perokok tegar mahupun perokok tidak tegar. Kenaikan harga rokok sebanyak 70sen bagi pek 20 batang telah dijual hari ni. Sebelum ini harga untuk sekotak rokok yang berharga RM9.30 tapi hari ni RM10. Banyak jugak tu. Sementara rokok bergred tinggi adalah RM14. Kenaikan harga kali ini adalah yang paling tinggi, sebelum ini antara 10sen sehingga 30 sen sahaja.

    Tapi persoalan sekarang adakah dengan kenaikan harga ini akan mengurangkan bilangan perokok di negara kita??..Atau ia lebih memberi keuntungan kepada syarikat pengeluar rokok tersebut??..Ia semua bergantung kepada penghisap rokok tersebut.

    Kalau dihitungkan, berapa banyak duit dikeluarkan untuk membeli rokok selama setahun. Bayangkan jika :-

    Sekotak RM10 .
    Katakan sekotak adalah 3 hari .
    Setahun katakan 365 hari :

    365 / 3 = 121.67
    121.67 x 10 = RM 1216.70 setahun

    Ini untuk 1 kotak 3 hari, kalau 1 kotak = 1 hari, jumlah RM 3650

    Bukan setakat membazir duit malah ia menjejaskan kesihatan. Terlalu banyak bahan kimia yang berbahaya di dalam sebatang rokok tersebut. Tak perlu mengulas lebih lanjut disini kerana mijie rasa semua dah tahu keburukan merokok kan. Huh nasib baik mijie tak merokok..huhu..Ok jom baca kisah din tentang merokok..

    Mood dah pulih

    Sunday, October 3, 2010

    Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Setelah sebulan lebih mijie kurang aktif berblog/berblogwalking, hari ni mood untuk berblog dah kembali pulih sepenuhnya. Ni pun gara-gara internet dah kembali pulih. Tak tau selepas ni macam mana pulak kan.. Kalau problem lagi, maknanya mijie kembali menyepi lagi lah agak nya..

    Sebenarnya sejak bulan Ramadhan dulu lagi mijie dah kurang aktif berblog, selepas 2 minggu berpuasa, mijie  balik kampung. Time ni memang langsung tak berblogwalking disebabkan broadband yang agak mengecewakan. Nasib baik broadband kakak punye, kalau yang mijie dah lama dah menamatkan riwayatnya. Hentam-hentam habis-habisan. Sanggup ke??..~haha~.

    Mijie memang tak pakai broadband sebab disini (Bangi) memang dah ada disediakan WiFi, hanya 50sen sejam je, so kalau beli broadband membazir pulak kan. Buat masa sekarang WiFi memang laju, mungkin disebabkan students masih bercuti kot. Kan bagus kalau laju macam nie sokmo. huhu..

    Sekarang mijie dah tak dapat nak berblogwalking time kerja, sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ni. Hanya 2 bulan lagi untuk menyiapkan projek ni. 2 bulan !!!.. Bukan lama tu. Pejam celik pejam celik dah sampai 2 bulan kan.. Harap - harap projek siap dalam masa yang telah ditetapkan. Tak nak postpone kan. Aikhsss... pening2..

    Apa-apa pun berblog tetap diteruskan, bak kata Adly a.k.a Labanon "Urusan kerja dengan urusan peribadi tidak boleh dicampur adukkan". So, pada siang mijie akan menumpukan pada kerja sepenuhnya dan malam mijie akan tumpukan pada hal peribadi termasuklah MiJiE BLoG nie..

    Ok ..2 je..Sekian..wassalam..

    Nota tangan :: Ok, dah lepas satu pertanyaan dari korang kn..hehe..;P

    Tutorial Blogspot || Cara memasang jquery lava-lamp menu

    Saturday, October 2, 2010


    Assalamualaikum..Kali ini mijie ingin membuat tutorial cara membuat lava - lamp menu menggunakan jquery seperti yang anda lihat pada menu MiJiE BLoG. Cara  untuk membuat menu ini sangat mudah berbanding menu sebelum ini. Hanya mengikuti beberapa langkah sahaja dan kesannya amat memuaskan.. Ok, tanpa membuang masa, sila ikuti langkah mudah di bawah.

    Step 1 : Login Dashboard => Design => Page Elements => Add a Gadget => Pilih HTML/Javascript .

    Step 2 : Copy kod dibawah dan paste kan pada ruangan tadi.

    <style>

    #container {

    width: 970px;

    margin: 0px 0px;

    padding: 0px 0px 0px 0px;

    }

    ul, li {

    margin: 0; padding: 0;

    }

    #blob {

    border-right: 1px solid #0059ec;

    border-left: 1px solid #0059ec;

    position: absolute;

    top: 0;

    z-index : 1;

    background: #AE0000;

    background: -moz-linear-gradient(top, #AE0000, #C30000);

    background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#AE0000), to(#C30000));

    -moz-border-radius: 4px;

    -webkit-border-radius: 4px;

    -moz-box-shadow: 2px 3px 5px #011331;

    -webkit-box-shadow: 2px 3px 5px #011331;

    }

    #lava-lamp {

    background: #E4E2E2;

    background: -moz-linear-gradient(top, #E4E2E2, #FAFAFA);

    background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#E4E2E2), to(#FAFAFA));

    float: left;

    border: 1px solid #BDBCBA;

    margin: 0px 0px 0px;

    padding: 8px 0px 10px 0px;

    width: 970px;

    }

    #lava-lamp li {

    float: left;

    list-style: none;

    border-right: 1px solid #4a4a4a;

    border-left: 0px solid #4a4a4a;

    }

    #lava-lamp li a {

    color: #202020;

    text-shadow: 0 0px 0px #202020;

    position: relative;

    z-index: 2;

    float: left;

    font-size: 13px;

    font-family: arial, sans-serif;

    font-weight: normal;

    text-decoration: none;

    padding: 0px 20px;

    }

    </style>

    <div id="container">

    <ul id="lava-lamp">

    <li id="selected"><a href='http://mymijie.blogspot.com'><b>HOME</b></a></li>

    <li><a href='http://mymijie.blogspot.com/'><b>NAMA MENU</b></a></li>

    <li><a href='http://mymijie.blogspot.com/><b>NAMA MENU</b></a></li>

    <li><a href='http://mymijie.blogspot.com/><b>NAMA MENU</b></a></li>

    </ul>

    </div>
    <script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>

    <script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jqueryui/1.7.2/jquery-ui.min.js"></script>

    <script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.spasticNav.js"></script>

    <script type="text/javascript">

    $('#lava-lamp').spasticNav();

    </script>




    Step 4 : Klik Preview untuk lihat hasilnya. Semoga berjaya..;)

    P/S : -
    1 - Pastikan anda add a gadget/paste kod pada bahagian header.
    2 - Untuk menukar warna tab menu cari kod ni #AE0000; .
    3 - Untuk menukar warna background menu cari kod ni #E4E2E2; .
    4 - Untuk menukar width menu, jika size menu terlalu besar @ pendek, cari kod ni width : 970px;
    5 - Tukar href(link) kepada link untuk menu tersebut dan tukar NAMA MENU kepada nama pilihan anda sendiri.

    OK, done.. Jika ada masalah.. Boleh komen dibawah, Insyaallah mijie akan bantu jika ada kesuntukan masa..

    ** Lagi tutorial disini..

    20 Syawal = Open house

    Wednesday, September 29, 2010

    Assalamualaikum. Hari ni dah 20 Syawal tapi open house masih ada disana disini. Mijie pun telah menghadiri majlis open house yang di Taman Botani, Putrajaya petang tadi. Nak kata house tak juga sebab buat kat garden kan. So open garden(betul ke ni??) ar..hihi.. Sambutan nye agak meriah kerana ramai yang datang memeriahkan suasana tersebut.


    Tapi yang kurang bestnya hujan pula turun dengan lebatnya, habis basah basuh dan seluarku. Haha.. Macam nak buat cerita pulak kan, teringat masa darjah 6 dulu.  Ala yang sambung cerita tu. “Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat, tiba-tiba …“. Lebih kurang macam tu lah kot. hehe.

    Ok berbalik kepada cerita petang tadi. Sambutan hari raya ni adalah anjuran eNcOral. Banyak juga lah makanan yang disediakan tapi disebabkan hujan yang turun mencurah-curah dan baju dan seluar yang basah kuyup, rasa malas pulak nak makan banyak-banyak, mijie just makan nasi arab, udang goreng, rojak buah dan sedikit kuih muih je + air itu wajib. Rugi pula kan makan sikit-sikit, patutnya masa ni lah nak makan banyak-banyak. Ala bukan selalu pun program macam ni kan. Apa salahnya. hihi..


    Yang tahun lepas lagi best anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PMINT) yang dibuat di Taman Tamadun Islam(TTI). Siap berpakaian tradisional lagi gitu, dan ada juga acara nyayian. Meriah sikit kan. Jangan tanya mijie nyayi tak, sebab memang mijie tak suka naik pentas.. Mijie ni pemalu tau..haha..


    Apa-apa pun terima kasih pada pihak eNcOral kerana telah menjemput mijie dan kawan-kawan lain. Moga-moga dengan program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama staf.

    ** Hari ini rezeki mijie murah sikit. Makan pagi ada seorang kakak yang bermurah hati belanja mijie, tengahari lepas meeting ada jamuan raya kat bilik meeting, lepas tu ada jamuan raya pulak kat Taman Botani..Syukur Alhamdulillah..;)

    Tambah Senang, Kurang Tenang

    Thursday, September 23, 2010

    Assalamualaikum w.b.t. Di pasar malam semalam ada seorang budak sedang menangis teresak-esak, lalu datang seorang pakcik tua bertanya,  “Mengapa adik menangis?”, lalu budak itu menjawab “Duit saya hilang...” “Berapa duit kamu hilang?”, tanya pakcik itu lagi. “Seringgit,” jawab budak itu teresak-esak sambil tangan mengesap air mata yang keluar.

    Atas dasar kasihan, pakcik tersebut menyeluk saku dan memberikan seringit kepada budak tersebut. “Nah, ini duit seringit mengantikan duit kamu yang hilang tadi. Dah, jangan menangis lagi yer.” Budak itu terus berlalu dari situ.

    Namun, belum jauh berjalan, budak itu menangis lagi, kali ini lebih kuat. “Kenapa pula ni?, bukankah pakcik dah ganti duit kamu yang hilang tadi?”. “Sebab itulah saya menangis, sekiranya duit saya tidak hilang, tentu sekarang saya dah ada 2 ringgit. Tapi sekarang ada seringgit sahaja,” jawabnya terus menangis..Waaaaaaa”..

    Pengajaran :- Ramai manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang ada. Jika miskin, merintih inginkan kekayaan. Tetapi bila kaya, hati terus gelisah kerana hendakkan lebih kekayaan. Kekadang tambah senang, menjadikan kita kurang tenang. Sekian..Wassalam.Sama2 ambil iktibar.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Wednesday, September 8, 2010


    Assalamualaikum. Apa kabar pagi ni, semua dah balik ke kampung halaman masing-masing ke?. Kepada yang belum balik. Harap-harap berhati-hati di jalan raya. Rancang perjalanan anda dengan sebaik-baiknya dan harap bersabar ketika dijalan raya. Jangan jadikan jalan raya sebagai medan maut. Hargai nyawa anda dan ingat orang yang tersayang.

    Dikesempatan ini, mijie ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan ingin menghulur 10 jari pohon kemaafan kepada semua pembaca MiJiE BLoG secara langsung atau tak langsung andai pernah diri ini melakukan kesalahan yang mungkin tidak disedari sepanjang mijie menulis blog ini, dan mungkin ada sesetengah entry mijie ada yang menyinggung perasaan korang semua, harap dimaafkan yer. Kira 0-0. :)
    DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.