SBPA Dibatalkan, SSM Ditambah baik

Thursday, March 8, 2012

PUTRAJAYA - Kumpulan Penjawat Awam dianggap sebagai tiang seri keramat kepada pihak Kerajaan. Segala dasar yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan akan dijalankan serta ditunaikan oleh penjawat awam.

Ianya tanpa mengira keadaan semasa sama ada dalam keadaan gawat mahu pun dalam keadaan stabil seperti hari ini. Penjawat awam akan terus memainkan peranan dalam kelansungan Transformasi Kerajaan melalui pelan - pelan yang telah disediakan.

Bagi menjayakan Transformasi sebagai agenda Negara, maka tugas dan tanggungjawab Penjawat Awam amat diperlukan. YAB Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukan oleh Presiden Cuepacs agar sumbangan perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan.

Pada tahun ini, Penjawat awam sekali lagi akan menikmati pelarasan gaji yang mengantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Kerajaan mengambil keputusan supaya struktur saraan baru yang diperkenalkan dikaji semula.

Jesteru, sebarang keputusan yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan rakyat tanpa menolak kelastarian ekonomi Negara ketika ini.

Perkara berikut telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

1. Struktur saraan baru SPBA dibatalkan. Ianya kembali kepada SSM yang ditambah baik.

2. Penubuhan Suruhajaya yang dianggotai oleh pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif akan dibentuk.

3. Selaras dengan komitmen Kerajaan, pelarasan gaji berdasarkan sistem berikut:

 - 13% bagi kumpulan pengurusan dan Profesional dari Gred 1 - 54
 - 9% bagi gred utama C, B, dan A.
 - 8% bagi gred 1 dan ke atas.
 - 7% bagi JUSA dan KSU.

Kerajaan juga besetuju untuk memberi bayaran insentif dikekalkan pelaksanaannya dibawah Sistem Saraan Malaysia. - Sumber

Analisa Keputusan STPM 2011

Wednesday, March 7, 2012

KUALA LUMPUR: Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon telah lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata 12 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.

Pada umumnya, prestasi calon tahun 2011 adalah sama dengan tahun 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini, Rabu.

Pada tahun 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya. Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

Mohd Noh berkata jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara apabila prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada calon luar bandar.

Katanya bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 948 orang atau 12.64 peratus berbanding hanya 93 (6.14) pelajar luar bandar.

Katanya bilangan calon bandar aliran Sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah 357 orang (14.2) berbanding hanya 11 (12.64) luar bandar manakala bilangan calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 591 (11.85) berbanding hanya 82 (5.75) luar bandar.

Daripada segi prestasi sekolah, beliau berkata sekolah kerajaan menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya, iaitu PNGK sekolah kerajaan pada tahun lalu ialah 2.29 berbanding 2.32 pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, sebanyak 52 buah sekolah mencapai PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 47 sekolah pada tahun sebelumnya dan 55 sekolah pada 2009.
Mohd Noh berkata daripada 12 calon yang mendapat Gred A dalam lima mata pelajaran, lima mencapai Gred A dalam semua kertas peperiksaan yang diambil.

Katanya terdapat tiga calon istimewa, iaitu kategori cacat penglihatan yang memperoleh 1A, 1A- dan 2B, rabun (3A dan 1A-) dan spastik (3A dan 1A-), cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seorang pelajar terbaik dari luar bandar yang mendapat keputusan 4A dan 1A-.

Mohd Noh berkata berdasarkan prestasi calon mengikut mata pelajaran, didapati tiga mata pelajaran meningkat prestasinya iaitu Bahasa Arab (4.1 peratus), Sejarah (3.8) dan Perakaunan (3.68) berbanding pada tahun sebelumnya manakala empat mata pelajaran menurun prestasinya iaitu Syariah (-2.02), Pengajian Am (-3.4), Pengajian Perniagaan (-4.06) dan Further Mathematics T (-12.73) berbanding pada tahun sebelumnya.

Sebanyak 16 mata pelajaran yang lain pula dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2011 dan tahun sebelumnya kurang daripada dua peratus.

Daripada segi penggunaan bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, Mohd Noh berkata 98.1 peratus calon telah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun lalu berbanding 97.1 peratus pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata prestasi calon Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 meningkat, iaitu sebanyak 46.8 peratus calon telah mendapat Band 3 atau lebih baik, berbanding 41.81 peratus pada MUET Pertengahan Tahun 2011.
Mulai tahun ini, MPM menawarkan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun iaitu sesi Mac, Julai dan November.

Pada majlis itu, Mohd Noh menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak kepada dua calon cemerlang MUET bagi tahun 2011, masing-masing bagi MUET Pertengahan Tahun 2011 dan MUET Akhir Tahun 2011.

Mereka ialah Nicholas Tan Ooi Kiat dari SMK Cochrane, Kuala Lumpur dan Joy Lee Xing Pei dari SMK Tinggi Kluang, Johor, kedua-duanya memperoleh Band 6. – BERNAMA

Semakan Keputusan STPM 2011 Online/SMS


Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) 2011 akan diumumkan pada hari ini. Pasti ramai calon STPM yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau melalui khidmat pesanan ringkas(SMS) mulai jam 12 tengah hari ini .

Tahun 2011 seramai 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian.

Pautan Semakan Melalui Laman Web : Sini

Pautan Semakan Melalui SMS : Sini


~ SEMOGA BERJAYA !!! AMINNN ~
DeSiGn By MiJiE BloG @ 2011. Powered by Blogger.